Pejam celik pejam celik, siapa sangka rupanya tinggal beberapa hari lagi sahaja anak-anak kita akan bercuti panjang bagi mengakhiri sesi persekolahan 2022/2023.
Difahamkan anak-anak kita akan bercuti hampir sebulan, bermula 18 Februari dan berakhir hingga 19 Mac 2023. Jadi apa perancangan ibu ayah untuk mengisi ruang masa yang ada ini ye? Andai tiada lagi perancangan, apa kata anda bawa anak-anak bersuka ria dengan mandi manda di Splash Out Langkawi.
Taman tema air Splash Out Langkawi ini adalah yang pertama ada di pulau penuh dengan mitos dan legenda, Pulau Langkawi. Taman tema air ini mempunyai himpunan permainan air yang mendebarkan dan pastinya meriangkan buat anda seisi keluarga.
Dibina dengan keluasan 12 ekar di Bandar Kuah; yang hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekali gus menjadikan ianya mudah untuk anda sekeluarga sampai ke destinasi percutian.
Menarik Di Splash Out Langkawi
Keterujaan anak-anak untuk merasai keriangan di Spalsh Out Langkawi akan dapat dirasai bermula daripada pintu gerbang taman tema tersebut.
Apa tidaknya anda sekeluarga bersama pengunjung yang lain akan diiringi dengan 12 tarikan berinspirasikan laman maritim. Secara tidak langsung, membuatkan anda merasakan seolah-olah berada dalam sebuah pengembaraan di lautan dalam.
Tidak dengan itu, menggandakan keseronokan anda sekeluarga adalah ketika berada di Sprinkle Island, taman permainan interaktif dengan penyiram air gergasi, dan Big Splash Kingdom, di mana kanak-kanak bakal disiramkan dengan 250 liter air selang setiap beberapa minit.
Bagi individu yang lebih gemar untuk memanjakan diri, anda boleh berenang di kolam gelombang, Wild Water dengan kedalaman 6 kaki. Lalu bermalasan dalam pelampung menyusuri River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih nyaman dan sesuai untuk seisi keluarga.
Ads
Selain itu, Slaid air dan tunggangan yang mendebarkan seperti Ragin’ Racers dan Perfect Storm pula sesuai untuk individu yang mahukan aktiviti ekstrem. Biarkan jeritan anda berkumandang saat berlumba turun pada kelajuan 50km/sejam dan hanyut merentasi corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.
Terokai juga Poseidon’s Revenge yang juga dipercepatkan oleh sebuah jet hidro menaik yang diakhiri dengan terjunan ke dalam terowong gelap dengan kesan visual unik.
Begitu juga jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan di Splash-Twister dan Splash-Python yang semestinya bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tunggangan yang memacu adrenalin ini bakal membuatkan anda berpusing ke bawah seperti roller- coaster. Tambahkan lagi keterujaan anda dengan mencuba Shipwreck Falls, sebuah kapal karam di mana anda akan merasai terjunan curam, sebelum diterbalikkan sekali gus menjadi tunggangan paling ekstrem di sini.
Sekiranya slaid tunggangan air pantas dan pusingan mengejut bukan untuk anda, lewati Rainbow Rider yang bakal menghadirkan pengalaman menarik untuk semua peringkat umur.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Ada Pelbagai Menu Untuk Dinikmati
Sudah pasti para pengunjung taman tema air yang paling tegar memerlukan rehat yang secukupnya untuk menambah tenaga dengan mengisi perut yang lapar. Terdapat pelbagai pilihan menu yang enak disajikan di Medan Selera Seafarers Haven.
Anda sekeluarga juga boleh menjamu selera di East India Coffee & Tea Company yang menghimpunkan menu pastri, kek dan minuman panas. Bahkan anda juga boleh pergi ke salah satu kios F&B di sekitar taman air untuk mendapatkan snek, jus buah-buahan atau menikmati ais krim yang menyegarkan.
Sekiranya ingin kekal terhidrat, Refuel adalah hentian pit yang mudah dengan menawarkan jus, soda dan minuman isotonik.
Ads
Kembara seharian anda sekeluarga pastinya terasa tidak sempurna sekiranya tidak singgah ke Bass Harbour Outpost and Supply. Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan cenderahati dan barangan eksklusif Splash Out Langkawi seperti mainan, aksesori, barangan fesyen dan banyak lagi.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh rancang percutian anda sekeluarga ke sini dan rasai keseronokkan yang luar biasa.
Ekstra info :
Splash Out Langkawi dibuka setiap hari Rabu sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 7 malam. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm mendapat kemasukan percuma manakala tiket masuk untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berharga RM35.
Tiket dewasa berharga RM50 (13-60 tahun), dan tiket warga emas berharga RM35 (lebih 60 tahun).
Penduduk tempatan Langkawi layak mendapat Pas Langkawi dengan bayaran RM30 setiap tiket.
Para pengunjung juga boleh membeli Pas Family Rides untuk menikmati permainan Rainbow Rider, Big Splash Kingdom dan Wild Water pada harga RM25.
Semua tiket boleh dibeli lebih awal menerusi laman web rasmi Splash Out Langkawi atau pada hari kemasukan di taman tema air. Untuk tidak beratur panjang, langgan Admiral Express Splash Pass dengan hanya RM25 sahaja!
Atau untuk lebih lanjut lagi boleh layari laman web Splash Out Langkawi dengan klik DI SINI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelaburan emas semakin popular dalam kalangan masyarakat kebelakangan ini. Ia kini menjadi pilihan disebabkan potensi keuntungannya.
Ada yang membeli dan menyimpan dalam tempoh tertentu sebelum menjualnya dengan harapan dapat memperolehi pulangan yang berlipat kali ganda.
Sebagaimana cara wanita ini menjana keuntungan daripada jualan emas. Menarik! Boleh dijadikan panduan!
Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Minggu lepas ada sorg kwn menang bid lelongan ar rahnu.. dia dpt 5 brg d bawah.. total harga brg tu RM2,420 dan total berat semua brg tersebut adalah 14.35 gram.. semua emas 916..
Setelah dpt semua brg2 d bawah tu kawan minta pegi teman g kedai emas.. konon nak tanya brp harga klu kedai ambil.. ada 2 jenis harga yg kedai emas offer.. sbb dia ada berkenan dgn gelang trendy skrg ni.. konon nak g beli la..
Pertama, dia offer harga trade in iaitu 75% dari keseluruhan nilai emas. Trade in mksdnya tukar ke emas baru.
Kedua, tauke tu offer klu dpt cash.. akan dpt lebih rendah drpd harga trade in.
Bincang punya bincang, sy ajak kwn tu buat ar rahnu.. kat bwh ni simple calculation utk d kongsi bersama kenapa sy ajak dia utk buat ar rahnu.
Mutu emas : 916 Berat keseluruhan brg kemas : 14.35 gram Harga beli semasa lelong :RM2,420 Harga semasa emas d kedai emas : RM267/gram (Limbang)
Harga semasa emas : 14.35g x RM267 = RM3,831.45
Harga trade in yg tauke emas offer : RM2,873.90 (75%)
Harga klu ambil cash : RM2,540 (yg ni xtau mcm mana tauke kira)
Jika buat ar rahnu : 14.35g x RM258.73 = RM3,712.77 (harga emas hari ini @ 06.07.20)
Upah simpan utk 6 bulan = RM144.80 (RM24.13 je sebulan)
Kesimpulannya : harga buat ar rahnu lg tggi berbanding buat trade in atau ambil duit. Jadi, buat ar rahnu then dpt duit drpd ar rahnu pegi kedai emas balik beli la barang kemas yang diidam2kan tadi.. ar rahnu di Agrobank boleh bayar sikit2.. so bayar la sikit2 setiap bulan ikut kemampuan.. bila dah abis bayar ambil la balik brg2 yg digadai tadi tu..
Jadikan emas yang d mana kita rasa konon nya lama dan out dated sebagai modal untuk menambah simpanan emas kita.. rugi kalau trade in atau d jual.
Emas baru dapat, emas lama pun tak hilang. Begitu la cara nak tambah kan simpanan emas kita. Klu masih x paham boleh la roger2 team kami ya.
Semoga jadi panduan.
Kredit: Sarinah Binti Nayan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian kisah daripada Encik Hyzer Habeeburrehman dan Puan Sherin Mohd Yasin, mengenai anaknya Heily Jasmine, 4 tahun yang secara tiba-tiba disahkan ada tumor di bahagian otak, seharusnya diambil peringatan oleh setiap ibu bapa agar kita sama-sama mengambil berat terhadap kesihatan anak-anak kita.
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya. Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini.”
Demam Serta Muntah
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke DEMC Specialist Hospital, Shah Alam memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital lain, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada suatu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke DEMC Specialist Hospital sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Tetap Positif
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeriksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Bila saya melihat keadaan Bubu, jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkasima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan. Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
Bubu kini semakin ceria dan aktif.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak hospital yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut,” ujarnya di akhir perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengorbanan isteri tiada tolok bandingnya. Mencurahkan segala bakti pada keluarga menuntut pengorbanan yang cukup hebat. Ditambah lagi jika masa yang sama mereka turut membantu menambahkan sumber pendapatan keluarga.
Justeru, sebagai suami patut menghargai dan mensyukuri anugerah yang Tuhan kurniakan ini. Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan pada wang ringgit dan harta yang menimbun, namun ada isteri yang sudah cukup bahagia apabila memperoleh pasangan yang memahami dan mengambil berat tentang hidup dan kebajikannya.
Ada suami bila tengok isteri tidak sihat dibiarkan isteri lakukan semua kerja walaupun kerja berat yang sepatutnya dipikul lelaki. Sedangkan kerja rumah harus sama-sama lakukan barulah bertambah keharmonian dan mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
Perkongsian saudara Muhammad Hassan mengenai pengorbanan isterinya sangat menyentuh hati. Bagimana dia membahagiakan dan berkorban mengambil cuti selama setahun semata-mata untuk menjaga emosi isterinya yang ketika itu sedang bersedih dan kemurungan akibat kehilangan anak sulung mereka disebabkan komplikasi jantung, paru-paru dan masalah tulang belakang.
Semoga kisah keluarga ini menjadi panduan buat semua lelaki bergelar suami dalam menghargai pasangan masing-masing baik ketika gembira atau berduka.
Ptang semalam kami luangkan masa ziarah anak syurga. Setiap kali datang ziarah wajah bidadari saya selalu berubah,nampak sangat dia rindukan anak syurga ini. Sebelum ini langsung tak boleh masuk kawasan perkuburan,mesti dia akan menangis.
Ini anak sulong kami. Komplikasi jantung,paru paru dan ada masalah tulang belakang. Walaupun 1 tahun 4 bulan tapi tak boleh duduk,tak boleh mengunyah makanan pejal, tak boleh tidur dengan lena siang malam kerana batuk. Hanya ubatan,puri dan susu sahaja makanan dia. Beliau meninggal dunia 24jam selepas pembedahan.
1 tahun 4 bulan isteri tidur tak lena. Makan pun tak menentu. Minggu pertama berpantang kena ulang aling ke hospital susukan anak. Kesian sangat tengok baru kali pertama dapat anak Allah dah beri ujian. Isteri kuat sangat,macam mana pun dia nak susukan anak juga.
Begitulah mana ibu pun akan berjuang untuk anak. Sakit,demam,lapar,tak cukup tidur itu semua bukan penghalang untuk dia tunaikan tanggungjawab terhadap anak. Janji anak sihat,anak dapat susu,anak kenyang,anak tak nangis,anak tidur dengan selesa.
Masih terpahat dalam ingatan saya. Bagaimana malam pertama kehilangan anak. Isteri angkat bantal dan riba disangka itu anak,sedangkan itu bantal yang digunakan untuk tidurkan anak. Isteri nangis bila sedar itu hanya bantal.
Saya peluk isteri. Saya peluk erat. Saya pujuk isteri dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak kita sedang menunggu kita di pintu syurga. Anak kita tak sakit dah,dia tak batuk dah. Dia boleh jalan dah. Mesti dia sedang bermain main di taman syurga. Mesti dia rindu nak jumpa kita kat syurga. Allah kan janji kita redha,Allah akan bina sebuah rumah pujian dalam syurga untuk kita.
Saya ambil keputusan cuti kerja selama 1 tahun demi untuk jaga emosi isteri. Saya taknak dia bersedih,sunyi dan akhirnya mengalami kemurungan teruk.
Sehingga ke saat ini saya tak pernah lupa setiap hari ucap kepada isteri. Terima kasih susah payah jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. Terima kasih sebab jadi isteri solehah untuk saya. Saya janji akan jaga awak kerana Allah. Saya nak awak tahu,saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.
Saya dan suami diluar sana. Ketahuilah. Isteri sanggup buat apa sahaja demi kita. Dia sanggup hidup susah payah bersama kita. Dia dah berikan sepenuhnya jiwa,masa untuk kita.
Apakah kita tidak mahu hargai seorang wanita yang sanggup tinggalkan kesenangan bersama keluarga demi bersusah payah bersama kita?
Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan zuriat kita. Jangan lihat kekurangan mereka, tapi lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.
Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan ugama.Setiap Pelukan buatkan rahmat Allah dan rezeki mencurah-curah terhadap keluarga kita. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka,jangan tinggikan suara terhadap mereka. Bukan itu cara mendidik mereka.
Isteri adalah amanah Allah dikurniakan kepada kita. Jagalah mereka,bimbinglah mereka supaya Allah redha dan sama sama masuk syurga.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.