LEGOLAND Malaysia Resort sering menjadi lokasi percutian keluarga setiap masa dengan pelbagai permainan interaktif yang mengujakan! Selain itu, taman tema air dengan keluasan yang besar dan penginapan yang membuatkan anak-anak seakan berada di alam fantasi. Nyata, destinasi ini menjadi idaman setiap kanak-kanak dan orang dewasa.
Sejak penubuhannya tujuh tahun lalu, LEGOLAND Malaysia Resort sering menjadi lokasi percutian keluarga setiap masa dengan pelbagai permainan yang mengujakan! Terkini, tarikan baharu LEGOLAND Malaysia adalah SEA LIFE Malaysia.
Ia merupakan pusat perlindungan hidupan laut pertama di negara ini berkonsepkan akuarium interaktif dengan elemen LEGO yang unik. Menurut Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia Resort, Kurt Stocks, akuarium interaktif ini dipenuhi dengan 13,000 hidupan laut terdiri daripada 120 spesies dan 11 zon habitat berbeza dipersembahkan dalam persekitaran selamat, menyeronokkan dan berunsurkan pendidikan.
Konsep yang di bawa oleh SEA LIFE Malaysia dengan harapan keluarga yang melawat akuarium ini akan pulang dengan inspirasi untuk mempelajari, mencintai dan memelihara laut. Bagi memastikan semua pengunjung berpeluang menikmati tarikan baharu ini, menerusi pas tahunan baru, warganegara Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia.
Sememangnya LEGOLAND Malaysia Resort sentiasa mahu memberi yang terbaik kepada pengunjungnya. Memang benar! SEA LIFE Malaysia merupakan tarikan terbaharu di sini. Ia adalah akuarium interaktif pertama dengan elemen LEGO yang unik.
Selain tarikan baharu itu, LEGOLAND Malaysia Resort tetap dikunjungi ramai dengan taman tema permainannya yang mengandungi tunggangan mendebarkan, bengkel LEGO yang menarik, dan Miniland yang mengagumkan, di mana landskap, negara dan mercu tanda Asia yang menarik dicipta semula dalam skala miniatur menggunakan lebih daripada 30 juta bata LEGO. Selain permainan interaktif, LEGOLAND turut menyediakan taman tema air, hotel dan restoran bertemakan lego.
Juga Taman Air LEGOLAND yang mempunyai lebih daripada 20 slaid unik, lebih daripada 70 model LEGO dan banyak lagi untuk keluarga nikmati. Ini termasuk Sungai Build-A-Raft dan Joker Soaker. Yang pertama adalah konsep yang unik di mana kanak-kanak boleh menyesuaikan rakit mereka sendiri dengan bata LEGO yang lembut sebelum terapung di sungai yang mempunyai arus serta merasai siraman air deras melalui baldi gergasi menuangkan 350 gelen air.
Nyata taman tema ini merupakan lokasi percutian sehenti buat keluarga yang berunsurkan hiburan dan pendidikan. Tidak mustahil, ramai beranggapan ia sebagai pilihan percutian wajib untuk sesisi keluarga.