
Hampir dua minggu melahirkan bayi sulung, Ain Edruce dan suami, Amirul Hafiz akhirnya mendedahkan wajah puteri pertama mereka. alam perkongsian terbaru itu, pasangan ini turut mengumumkan memilih nama Soraya untuk puteri kesayangan mereka.
Berita tersebut dikongsikan oleh Ain menerusi saluran YouTubenya apabila memuat naik video dan kompilasi gambar anak mereka sejak hari pertama dilahirkan.
Dalam video berkenaan juga, Ain turut berkongsi perjalanan sepanjang proses bersalin dan berpantang.
Dia juga menjawab beberapa soalan daripada peminat yang dihantar menerusi Instagramnya. Antaranya Ain mengaku bahawa dia bersalin secara normal namun turut mengambil epidural.
Sumber: Ainedruce
Belian barangan bayi online DI SINI
Ini Ujiannya Jika Beranak Ramai, Jangan Buat Main-Main Ye. Surirumah Ini Kongsi Cerita Anak Sembilan

Bila ada anak ramai tentu pelbagai cabaran nak membesarkan anak-anak ni. Jangan buat main-main ye sebab bukan semua ujian ni Allah bagi pada hambanya. Hebatkan mereka yang terpilih ni.
Ikuti perkongsian ibu beranak sembilan ni di laman facebooknya Juriah Halimatun Ahmad.
………………………………………………………………
Selalu mama fatim perhati, almost setiap kali pergi ke restoren menjamu selera bersama 9 anak-anak dan satu suami tu, mesti ada mata-mata yang melirik- lirik mengira jumlah budak-budak ni..
Apa? Tak pernah tengok orang beranak ramai ke? Tak pun pelik sebab tengok mummynya ni dan ayahnya muda kot? Kahkahkah!
Alhamdulillah, bukan senang ada anak ramai-ramai oii.. Tapi Allah dah bagi kami begitu. Ujian kami begitu bentuknya. Sungguh, memang mama fatim tak terjangka pun ada anak seramai ini masa baru kahwin.
Anak-anak kami bukannya setahun satu, tapi ada juga yang awal tahun contohnya Januari 2003, kemudian keluar adik nya November 2004. Ada yang Februari 2007, kemudian hujung November 2008. Tapi secara puratanya dalam 2-3 tahun selang.
Terus terang mama fatim cakap, bukan senang ada anak ramai. Kena ada persediaan mental dan fizikal. Bukan duit semata-mata, tapi hati dan perasaan pun kena kuat. Bila setiap anak lahir, mulalah tak tidur malam, anak-anak nak berkepit 24 jam. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang ye. Ingat tu!
Dah start sekolah dan mula remaja, lain pulak cerita nya.
SUAMI TURUT BANTU URUSKAN ANAK
Memang setiap anak-anak tu ada rezekinya masing-masing, tapi kena ingat, kita lah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Sebab itu amanah Allah tau! Banyak sangat tanggungjawabnya. Nanti kalau kena tanya kat akhirat esok, mama fatim tak tau.. Haha.
Alhamdulillah, dah beranak 9 ni, mama fatim ada bagitahu pada suami, sebenarnya dia sangat ok, suami yang bertanggungjawab, makan minum jaga, anak jaga sama-sama, register pindah sekolah, atau nak bersekolah, dia yang register, malam pun bangun juga buatkan susu, basuh berak anak, mandikan anak, anak buat perangai dia pun jaga sama, malahan setiap kali bersalin pun sama-sama duduk dalam bilik bersalin, tak tidur malam juga tunggu mama fatim nak bersalin, malahan 8 daripada anak-anak mama fatim ni lahir di hospital swasta. Anak-anak pun setakat ni alhamdulillah, kami jaga sedaya upaya. Tak kisah lah upah bibik atau hantar taska. Bila macam tu, ok lah kan, mama fatim beranak ramai?
BERHENTI KERJA
Dulu, mama fatim makan gaji, mama fatim berhenti bila anak masuk 5 orang. Sekarang ni kerja sendiri dengan masa yang lebih flexible, supaya pada masa yang sama, dapat juga tengok-tengok kan anak-anak tu. Dan pada yang sama, ada la juga elaun jadi suri rumah ni. Dan mama fatim tak sabar ni nak tunggu kwsp untuk suri rumah pulak ni. Bila la yek. Hahaha ! Jadi, ok lah kan beranak ramai pun. Jaga anak pun sama-sama.
Tapi mama fatim bagitahu dia juga, kalau lah anak-anak ni mama fatim yang jaga semua, siang malam mama yang buat, malam tak lena tidur, siang lagi asyik menempel si baby nya, klinik pun kita yang nak hantar cucuk, makan minum pun cukup-cukup aje, perangai anak pun kita yang nak jaga, sampai satu peringkat kita minta emak ayah pulak tolong sebab dah tak mampu dari segi upah pengasuh dan sebagainya, mama fatim bagitahu, mama hanya sanggup beranak 3 orang je paling ramai. Kalau semua-semuanya kita yang buat, biarlah tak payah ramai-ramai.
Itu pun, kadang-kadang mama fatim termengeluh juga sebab penatnya tak terkata. Astagfirullahala’zim.. Dan sekarang cukup lah 9 orang. Mental dan fizikal takat tu je. Badan sendiri pun nak kena jaga juga kan.
Jadi, jangan main-main. Beranak lah ramai-ramai pun, yang penting suami isteri kena bertanggungjawab sepenuhnya segala-galanya. Bukan satu pihak sahaja yang kena bertanggungjawab. Nanti Allah tanya kita semula.
Kalau rasa tak mampu nak beranak ramai, sebab tanggungjawabnya kena kuat mental, fizikal dan kewangan, pandai-pandai lah jaga diri. Zaman sekarang dah tak sama macam dulu-dulu.
Yang penting, beranak ramai tu memang awet muda.. Kuang-kuang-kuang! Yang ni, memang tak boleh blahh… Haha!
#Mamafatim
Si mummy 9 anak
~tailor baju budak
“Video Call Mesti Adik Menangis..” Puteri Sarah Sedih Tak Boleh Jaga Sumayyah Kena Covid-19!

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Sumayyah yang dikhabarkan dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat bersama menjaga Sumayyah akibat daripada kesibukan bekerja.
Namun begitu, Puteri Sarah bersyukur dengan kehadiran ibunya yang membantu dalam menjaga Sumayyah.
“Ni kali kedua Sumayyah kena. Harini dah hari ke-6 kuarantin.
“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan.
“Tapi setiap kali video call mesti adik (Sumayyah) menangis nak mama. Allah je tahu luluh hati ini berjauhan dengan anak.” tulisnya di laman Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 38 tahun itu memohon doa dari orang ramai agar diberikan kesembuhan segera buat anaknya, Sumayyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Sumayyah agar dapat segera bertemu dengan ibunya. Selain itu, kecantikan Sumayyah juga mencuri tumpuan yang saling tidak tumpah seperti ibu tercinta.
Baca juga :-
Simple Tapi Sedap! Resipi Churros Cicah Coklat Pekat, Likat Ni Confirm Lulus – KELUARGA
Peminat Popia Sira Sambal! Ini Tips Untuk Popia Kekal Rangup & Sedap. Anak Pun Suka – KELUARGA
Sumber: Instagram @puterisarahliyana
Kosmetik Murah ‘Beracun’ Ancam Kanak-Kanak, Mak Ayah Jangan ‘Suka-suka’ Beli

Isi Kandungan
ToggleKosmetik murah ‘beracun’ ancam kanak-kanak, mak ayah jangan pandang ringan. Dalam usaha mencari produk kecantikan yang murah dan mudah didapati, ramai pengguna tidak menyedari bahaya tersembunyi yang terkandung dalam sesetengah kosmetik yang tidak berdaftar atau tidak diuji secara klinikal.
Kosmetik Murah ‘Beracun’ Ancam Kanak-Kanak
Lebih membimbangkan, produk-produk ini kini menjadi ancaman serius kepada kanak-kanak, sama ada melalui penggunaan langsung atau pendedahan tidak sengaja.
Kandungan Berbahaya Dalam Kosmetik Murah
Kosmetik murah sering mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, plumbum, hidrokuinon, dan steroid. Bahan-bahan ini digunakan bagi memberikan kesan pantas seperti mencerahkan kulit atau menutup cela wajah. Namun, penggunaannya boleh menyebabkan alahan kulit, kerosakan organ dalaman, dan lebih parah, risiko kanser.
Bagi kanak-kanak, risiko ini lebih tinggi kerana kulit mereka lebih nipis dan mudah menyerap bahan toksik. Selain itu, sesetengah kanak-kanak mungkin terdedah kepada bahan kimia ini apabila bersentuhan dengan ahli keluarga yang menggunakan produk kosmetik beracun atau melalui peralatan rumah seperti tuala atau tilam yang tercemar.
Mak Ayah Jangan ‘Suka-suka’ Beli
Tanda-Tanda Bahaya
Antara tanda-tanda awal keracunan akibat penggunaan kosmetik beracun termasuk:
*Kerengsaan kulit -Ruam, kemerahan, atau kulit mengelupas.
*Masalah pernafasan – Terhidu bahan kimia boleh menyebabkan sesak nafas atau batuk.
*Kesihatan umum terganggu – Keletihan, pening, atau muntah tanpa sebab jelas.
Jika tanda-tanda ini muncul, pengguna disarankan untuk segera berhenti menggunakan produk tersebut dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah Pencegahan
1.Pilih produk berdaftar – Pastikan kosmetik yang dibeli mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2.Baca label – Semak senarai bahan dan elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
3.Elakkan produk terlalu murah – Harga yang terlalu rendah mungkin menunjukkan kualiti yang diragui.
4.Pendidikan pengguna – Didik diri dan ahli keluarga, terutamanya remaja, tentang bahaya produk kosmetik tidak berdaftar.
Tanggungjawab Bersama
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada kosmetik beracun. Pemantauan produk yang digunakan di rumah serta memastikan kebersihan persekitaran adalah langkah asas yang perlu dilakukan.
Pihak berkuasa juga perlu memperketatkan kawalan terhadap penjualan produk kosmetik haram. Kempen kesedaran masyarakat mengenai bahaya kosmetik beracun perlu diperhebatkan bagi mencegah lebih ramai mangsa.
Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat melindungi generasi muda daripada ancaman ini dan memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih selamat dan sihat.
Kesimpulannya, kosmetik murah beracun bukan sahaja mengancam pengguna dewasa tetapi juga kanak-kanak yang tidak berdosa. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mesti mengambil tindakan tegas untuk mengekang penyebaran produk ini dan melindungi kesihatan kita serta keluarga. Jangan biarkan harga murah menjadi punca kerosakan kesihatan jangka panjang.
Baca artikel lain juga: Paraben Dalam Kosmetik Dan Skincare, Setakat Mana Tahap Bahaya Pada Kesihatan
Suka Cuba Tester Gincu Di Bibir, Doktor Jelaskan Tabiat Ni Antara Faktor Jangkitan Herpes
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my