Biasanya orang yang mengidap diabetes atau juga dikenali dengan penyakit kencing manis akan menjalani ujian darah untuk pastikan kandungan gula dalam darah tidak tinggi untuk terus mengawal penyakit yang dialami.

Cara kawalan yang paling mudah dilakukan adalah dengan mengawal pengambilan makanan yang manis dan tinggi kandungan gula. Ini penting untuk pastikan kesihatan pesakit diabetes dapat dikawal dengan baik dan sekali gus mengurangkan risiko kepada penyakit lain seperti jantung, buah pinggang mahu pun darah tinggi.

Hal ini menyebabkan andai ada dikalangan ahli keluarga yang ada mengidap kencing manis, pengawasan daripada suami atau isteri malahan anak-anak penting untuk pastikan hanya pengambilan makanan sihat dimakan oleh pesakit diabetes ini.

Ini samalah juga apa yang dilakukan oleh anak kepada ayahnya yang mengidap diabetes ini. Bila melihat ayahnya mula makan makanan manis setelah bacaan gula dalam darah diparas bawah 10, terus sahaja mendapat bebelan manja daripadanya.

Hal ini telah dikongsikan oleh pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai @hannymaru1. Apa yang menarik perhatian netizen adalah telatah lucu bapanya yang ketika itu sedang ‘curi-curi’ makan makanan manis setelah bacaan gula dalam darahnya menurun.

@hannymaru1Geramm je dengan ayah ni😂 mentang2 kencing manis dia dh turun sekrg ni asyik makan senyap2 jee!!…♬ original sound – Hannymaru

“Geram je dengan ayah ni, mentang-mentang kencing manis dia dah turun sekarang ni asyik makan senyap-senyap je”

Ads

Lantaran perkongsian video ini, rata-rata netizen memberi komen yang positif malah ada yang turut berkongsi memori bersama insan bergelar ayah dan datuk.

‘Curi-curi’ Makan Makanan Manis, Siap Sengih Walau Kena Bebel. Ramai Terhibur Lihat Telatah Bapa Ni! ‘Curi-curi’ Makan Makanan Manis, Siap Sengih Walau Kena Bebel. Ramai Terhibur Lihat Telatah Bapa Ni! ‘Curi-curi’ Makan Makanan Manis, Siap Sengih Walau Kena Bebel. Ramai Terhibur Lihat Telatah Bapa Ni!

 

 

Ads

Ceria & Sempoi Orangnya

Menerusi perkongsian video tersebut, ayahnya terlihat tersenyum-senyum sambil makan buah mangga yang baru dikupas sambil tidak ambil hati dengan bebelan manja yang diberikan oleh ahli keluarga yang lain berkenaan penyakit yang dialaminya.

Bahkan dapat dilihat pada perkongsian video-video yang lain, ayahnya cukup sporting dan suka bergurau dengan anak-anaknya. Ada sahaja gelagat dan telatah yang menghiburkan daripadanya.

Ads
@hannymaru1Reply to @hannamochiii_ comel tak ni??🤪♬ original sound – Hannymaru

@hannymaru1tak de bf? No hal!! Ayah kan ada 😏♬ original sound – Hannymaru

 

 

Sumber : @hannymaru1

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI