Baru sahaja mahu menarik nafas lega apabila majlis kenduri kahwin baru sahaja selesai, namun wanita ini terpaksa berdepan dengan satu episod sedih dalam hidupnya apabila lelaki yang baru sahaja bergelar suami padanya dijemput ilahi.
Ketika inai masih merah di jari, masih terniang-niang saat lafaz diakadkan, wanita bernama Azimah Zahari ini diuji dengan kehilangan suaminya akibat terbabit dengan nahas yang berpunca dari lubang jalan di Kampung Lubuk Kawah sekitar jam 10 malam.
Azimah dan pasangannya baru sahaja disatukan pada 4 Februari yang lalu.
Menceritakan detik kejadian, selepas tamat waktu bekerja, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Jengka 12 namun mereka menaiki kenderaan yang berasingan.
“Selalunya kami pergi dan balik kerja bersama, sama ada naik motosikal atau kereta. Tapi pada hari kejadian, kami naik berasingan. Suami naik motosikal sebab katanya nak ‘service’ motosikal.”
Ads
Menurut Azimah, kereta yang dipandu olehnya sedikit ketinggalan daripada suaminya kerana keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit. Ketika melepasi lokasi nahas,dia membuat pusingan u-turn apabila melihat warna motosikal yang terbabas seperti dikenali.
“Selepas melepasi tempat suami terjatuh, tapi saya pusing semula sebab saya kenal dengan warna motosikal itu dan memang tak sangka, suami saya terjatuh terlanggar lubang. Itulah yang diberitahu kepada saya oleh orang awam.”
Menurutnya, suaminya Hairul Hafizi dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui di lokasi. Hanya selepas beberapa minit dikejarkan ke pusat perubatan, alangkah terkejutnya Azimah apaila diberitahu oleh pihak doktor yang suaminya gagal diselamatkan.
“Bila tiba di hospital, saya terus mendaftarkan nama suami tetapi selepas lima atau sepuluh minit selepas itu, doktor panggil saya dan maklumkan yang suami sudah meninggal dunia.”
Ads
“Saya betul-betul terkejut, tergamam.. Macam tak percaya benda ini boleh berlaku.”
“Ada juga saya rasa ralat sangat. Kalau saya tahu akan berlaku macam ini, saya takkan benarkan suami naik motosikal.”
“Itulah laluan kami untuk balik kerja. Jalan tu selalu ada air dan saya perasan memang ada lubang.”
Azimah berharap kejadian yang berlaku kepada arwah suaminya itu tidak berulang.
Ads
“Janganlah jadi pada orang lain pula. Sebelum ini, ada juga dengar orang patah tangan, kaki.. Cuma nyawa je tak melayang lagi.
“Sekarang berlaku pada suami saya. Jadi saya minta dan berharap, pihak berkaitan dapat membaiki atau selenggara sekerap jalan itu.”
Memetik dari laporan akhbar Sinar Harian, tinjauan mendapati laluan di lokasi kejadian telah pun diturap.
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”.
[Riwayat al-Bukhari (6307)]
Itu level Rasulullah SAW. Seorang yang maksum. Seorang yang tak melakukan dosa. Seorang yang dijamin masuk syurga. Pun masih beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Level kita mesti la kena istighfar lebih banyak. Sebab kita tak terlepas dari melakukan dosa. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang sengaja, ada yang tak sengaja.
Kita pun boleh contohi Rasulullah SAW. Kita mesti memperbanyakkan istighfar. Paling kurang 70 kali dalam sehari.
So, saya nak share tips macamana kita semua boleh beristighfar lebih daripada 70 sehari macam Rasulullah SAW.
-Selesai solat Subuh – 14 kali.
-Selesai solat Zohor – 14 kali.
-Selesai solat Asar – 14 kali.
– Selesai solat Maghrib – 14 kali.
– Selesai solat Isyak – 14 kali
Semuanya berjumlah 70 kali.
Macamana nak bagi lebih daripada 70 kali macam Rasulullah SAW?
Ambil la peluang selain daripada waktu solat tadi untuk tambah sendiri supaya jadi lebih daripada 70 kali.
InsyaAllah kita dah berjaya mengamalkan antara sunnah Rasulullah SAW yang paling mudah.
Salam Jumaat buat semua teman atas talian.
Perbanyakkan istighfar di hari yang mulia lagi berkat. Semoga hidup kita mendapat keredhaan dan juga rahmat.
Pelakon Jasmin Hamid berkongsi pengalaman terkena serangan jantung menerusi aplikasi TikTok.
Jujur mengakui dirinya tidak sangka akan diri mengalami penyakit yang digeruni itu memandangkan dia mengamalkan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
“Saya berlapang dada dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh dan boleh keluar hospital secepat mungkin,” kata pelakon berumur 48 tahun ini.
Jasmin Hamid sebelum ini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung.
“Dada terasa berat seperti dihempap batu, kalau lambat ke hospital saya mungkin terkena serangan strok”.
“Selepas berjumpa Datuk Eizlan Yusof, saya sedang mengemas di dapur. Kemudian saya mula rasa kurang selesa seperti hendak pitam, yang mana tangan, muka dan rahang terasa kebas. Manakala kepala dan perut saya juga terasa sakit.
“Saya terus masuk ke dalam bilik kerana suami dan anak sudah tidur. Takut apa-apa terjadi saya berseorangan di ruang tamu. Peluh dingin sudah membasahi seluruh tubuh.
“Kemudian saya cuba tidur namun tidak mahu lelap. Saya makan ubat kerana mula rasa sakit-sakit badan kerana sebelum ini saya terkena ‘diarrhea’.
“Rupanya saya terlupa, arwah mak saya dulu dia sakit perut. Rupanya itu adalah tanda-tanda sebelum terkena serangan jantung,” kata Jasmin yang berkongsi pengalaman tersebut menerusi aplikasi TikTok.
Kebanyakan peminat mendoakan kesejahteraa dan kesembuhan pelakon itu.
“Saya tidak suka tinggal di hospital, terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Suami hanya boleh berada di sisi ketika waktu melawat saja.
Terdahulu, berita itu dikongsikan suami Jasmin iaitu Nazmir Abd Rahim, 36, menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Jasmin memohon orang ramai dan pengikut pelakon itu sama-sama mendoakan kesihatannya kembali pulih.
Jasmin dan Nazmir yang juga pembantu peribadinya melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada 19 November tahun lalu selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Apabila kita doa, tentu kita memohon kepada perkara kebaikkan untuk diri, pasangan dan anak-anak.
Malah, doa adalah senjata untuk kesejahteraan hidup dan memudahkan segala urusan.
Begitulah yang dijelaskan oleh ustaz Ebit Lew mengenai kabul doa seorang isteri dan anak.
Beliau menjelaskan bahawa betapa pentingnya doa seorang isteri termasuk anak.
Ikuti perkongsiannya.
Doa isteri.. Bidadari saya tanya? Kenapa abang setiap kali keluargasunnah bawa bidadari dan anak-anak kita semua sekali sebelum program tengah sibuk-sibuk disini. Kerana doa bidadari dan anak-anak penting. Allah kabulkan. Doa isteri dan anak-anak itu ajaib
DOA ISTERI DAN ANAK ITU KABUL
Bila seorang suami dan isteri serta anak-anak sama. Fikir,niat doa sama. Allah akan kabulkan. Semoga menjadi asbab hidayah untuk ribuan orang Ahad ini. Ramai orang pandang rendah doa isteri dan anak-anak. Ada yang suka marah-marah isteri dan anak-anak. Cuba kenang betulkan? Banyak perkara bila isteri kita terlibat doakan cepat dan berkat. Tapi jika tanpa sokongan mereka biasanya jadi susah.
Nabi saw berdakwah dengan isteri dan semua anaknya bersama. Islam tersebar seluruh alam. Semua manusia. Sehingga hari ini. Nabi Ibrahim as semua ahli keluarga dapat hidayah. Bila Nabi yang isteri tak bersama hidayah lambat tersebar sehingga anak sendiri tak dapat hidayah. Nabi Nuh as. Nabi luth as. Isteri tak ikut. Anak semua tak bersama.
.
Pohon doa semu yer keluargasunnah
www.transformjiwa.com
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.