Cukup Sistematik Persiapan Ibu Ni Buat Untuk Anaknya Masuk Darjah 1. Terinspirasi Sangat!

Share

Alhamdulillah, hari ini 1 Mac 2021 merupakan detik bersejarah buat anak-anak Tahun 1 melangkah ke alam persekolahan.  Hari ini juga mungkin ramai ibu-bapa masih sibuk dan kalut menguruskan persekolahan anak-anak terutamanya bagi ibu ayah yang belum ada pengalaman menghantar anak ke sekolah sebelum ini.

Sebenarnya terdapat banyak tips dan perkongsian bermanfaat boleh dijadikan inspirasi dan panduan.

Contohnya perkongsian daripada Hani Mynis ini, nampak begitu teratur, detail dan praktikal. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.


Bila anak melangkah kali pertama ke alam persekolahan, ia juga menjadi detik indah dan istimewa untuk dikenang oleh ibu dan ayah.

Malah tidak dinafikan, pada hari pertama itulah juga pelba

Persediaan Aqil sekolah Darjah 1

Allahu esok anak nak masuk sekolah kali pertama, ibu yang berdebar tak ingat. Risau kan hal social distancing dia kat sekolah satu hal dengan kes covid kat Johor yg agak meriah. Anak bertuah ni peramah tak ingat.  Satu hal lagi of course risau nya dia nak handle diri sendiri tanpa ibu hahaha ibu dia memang over nau. Nanti jadi macam tahun lepas first day Aqil tadika, ibu dia kemain risau dan sebak, dia dah lari cari kawan-kawan nak main.

Semoga baik-baik sahaja lah dia. Kepada Allah sahaja lah kita berserah. InsyaAllah Allah jaga.

Btw hani kongsi sikit persediaan kitorang untuk Aqil masuk darjah 1. Walaupun sebenarnya dari penghujung Disember hani dah mula sikit-sikit persediaan dia ke sekolah, tapi selagi tak sekolah selagi tu ada je benda nak kena beli.

Hehe maklumlah first time dia masuk sekolah. Darjah 1. So banyaklah kena beli baru. Saja raikan dia mana yang ibu ayah mampu.

Takda tips apa-apa pun yang hani boleh kongsi yang semua belum tahu. Hani banyak follow je tips-tips yang ramai dah kongsi sebelum ini. Mana yang sesuai hani follow je. Yang kurang sesuai, hani adjust lah mana yang patut.

So, jom tengok gambar ya. Ada penerangan di gambar. Mana yang parent sama bot dengan hani esok anak dia masuk sekolah darjah 1, boleh follow kalau sesuai.

Semoga bermanfaat.

First day sign mesti kena ada. Hani selagi
boleh nak dia ada kenangan bergambar
hari pertama dia masuk sekolah walaupun ni kiranya bukan hari pertama darjah 1 dia lagi dah haha tapi still kenangan dia bersekolah di
tengah-tengah pandemik covid.

 

Ini self-ready station Aqil. Semua keperluan dia untuk bersiap ke sekolah hani letakkan di sini supaya dia berdisplin simpan barang di tempat masing-masing.

Baju sekolah tu tinggi haha so hani sediakan bangku untuk dia ambil tapi buat masa ini hani rasa hani akan tolong ambil bawa turun hehe.

Hani dah sediakan pakaian sekolah dia dari Disember haritu lagi. Tapi hani beli satu saiz lebih besar semua. Hani iron siap-siap semua untuk seminggu. Dan asingkan ikut hari pemakaian.

Beg kecemasan Aqil

Yang cikgu suruh bawa
Wet tissue ✅
Tisu biasa✅
Hand sanitiser✅

Ibu tambah

✅Mask- memandangkan sekolah Aqil
tak benarkan pakai mask fancy, maka
simpan lah mask Among Us Aqil haha so
pakai mask plain hitam ni je.

✅Baju hujan – just in case

✅Hansaplast dah pesan kat dia kalau luka kena cepat-cepat bagi tahu cikgu.

Hani setuju guna sistem fail ni lebih kemas dan mudah diuruskan. Kesihatan buku pun lebih terjamin. Bila hujan InsyaAllah buku tak basah bila beg basah. Sebab itu hani pilih fail plastik berbanding jenis kain.

Malah banyak lagi yang dikongsikan oleh Hany Mynis ini dan bolehlah dijadikan panduan untuk ibu-ibu  yang pertama kali anak bersekolah agar lebih terurus dan sistematik.

Apa yang pasti, setiap perkongsiannya memang hebat dan pastinya ramai yang terinspirasi!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club