Cukup sekali tragedi, selamatkan anak-anak! Bahaya trend gula-gula bentuk vape & picagari! Pastinya kita masih belum lupa kejadian pilu yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat pengambilan gula-gula gummy yang berbahaya. Satu nyawa melayang, satu keluarga kehilangan insan tersayang cukup untuk membuka mata kita semua tentang bahaya makanan yang kelihatan ‘tidak bersalah’ ini.

Demi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang, langkah tegas diambil dengan melarang sebarang makanan berbahaya, termasuk kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan jarum suntikan membanjiri pasaran tempatan yang kemungkinan akan dijual atau dibawa ke sekolah.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subbarow meluahkan kebimbangan apabila trend itu dilihat semakin membimbangkan kerana produk berkenaan menyerupai alat vape dan jarum suntikan sebenar, dengan rekaan warna-warni yang menarik perhatian kanak-kanak.

Cukup Sekali Tragedi, Selamatkan Anak-Anak! Bahaya Trend Gula-Gula Bentuk Vape & Picagari

“Corak dan reka bentuk gula-gula ini boleh mendorong kanak-kanak meniru tabiat merokok apabila meningkat usia. Lebih membimbangkan, ada yang direka seperti jarum suntikan, menyerupai picagari yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.”

Ads

“Gula-gula ini bukan sekadar manisan biasa, tetapi boleh menjadi titik permulaan kepada ketagihan vape dan rokok. Ibu bapa mungkin tidak menyedari risiko ini dan membelinya untuk menenangkan anak-anak mereka,” ujarnya

Katanya lagi, pihaknya bimbang jika tanpa kawalan produk gula-gula itu yang memasuki pasaran tempatan sejak enam bulan lalu dan semakin popular dalam kalangan kanak-kanak meningkatkan risiko ketagihan terhadap vape serta rokok pada usia muda.

Ads

“Tanpa kawalan, lebih banyak produk serupa akan membanjiri pasaran. Jika dibiarkan, kanak-kanak yang membesar dengan gula-gula berbentuk vape ini mungkin akan beralih kepada produk sebenar seperti e-rokok dan rokok konvensional.”

Dia berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengharamkan penjualan produk ini demi kesihatan generasi akan datang.

KPM Larang Jualan Gula-Gula Berbentuk Vape

Cukup Sekali Tragedi, Selamatkan Anak-Anak! Bahaya Trend Gula-Gula Bentuk Vape & Picagari

Ads

 

Kementerian Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

“KPM memberi jaminan bahawa makanan berbahaya tidak akan dijual dalam kawasan sekolah namun kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan diperlukan bagi mengawal penjualan makanan itu di luar kawasan sekolah.”

Beliau menegaskan, KPM tidak mahu murid terdedah kepada makanan yang tidak sihat dan berbahaya sama ada di dalam atau luar sekolah.

Sumber: Bernama & Astro Awani

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI