“Cukup Sekadar Nasi Panas Berlauk Ikan Masin. Yang Penting Air Tangan…” Radin Kongsi Kenangan Sambut Puasa Bersama Arwah Ibu!

Share

Kehilangan orang tersayang ibarat separuh nyawa di bawa bersama. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata betapa rindunya bila orang yang kita sayangi sudah tiada lagi.

Bagi penyampai radio Era FM iaitu Radin,  tiada kata mampu untuk dia meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya. Memuat naik luahan hati mengenangkan esok dia akan menyambut ramadan tanpa insan bernama.

Kalau dulu selepas pemergian arwah ayah since 2010, arwah mama lah tempat aku berpaut, bergantung, berharap waima apa masalah sekalipun… Tak pernah sekali pun keluar dari ucapan arwah penat, jemu & letih bila dengar keluhan aku selama ini.. Satu-satunya wanita yg boleh terima buruk baik aku.

 

Walaupun tinggal berasingan, namun sikap prihatin dan penyayang si ibu membuatkan dia wajib akan masak lauk kegemaran anaknya itu walaupun diri sendiri tidak sihat.

Setiap kali balik kampung, arwah wajib akan masak lauk favourite aku walaupun arwah tak larat.. Cukuplah sekadar nasi panas berlauk kan ikan masin.. Yang penting air tangan.. Setiap bulan bila gaji masuk, arwahlah orang pertama aku akan kongsi rezeki.

Malah, arwah ibunya menjadi orang pertama yang dia akan kongsi rezeki. Buakn itu sahaja, Radin turut menyediakan duit ubat arwah dan akan menelefon arwah setiap hari. Mereka akan berborak mengenai pokok bunga.

Paling penting, duit ubat arwah.. Setiap hari akan call/FaceTime even borak pasal pokok bunga.. Setiap kali masuk Ramadan, arwah lah yang akan kejutkan sahur, ingatkan pasal mengaji , tanyakan berbuka apa harini..remind kan pasal terawih.. Dan bayar zakat.. Tahun ni, esok dah masuk Ramadan, aku Rindu arwah sangat-sangat..

Anak mana yang tak rindukan bidadari yang bawak aku ke dunia.. 18/2/2021 adalah hari paling sedih seumur hidup selama ini.. Tuhan sahaja yg tahu apa yg aku rasa .. Rindu hati ni Allah je tempat aku bergantung harap.

Ya Allah Ya Tuhan, masukkan ibu bapa ku ke dalam syurga tanpa dihisab.. Halalkan mereka untuk mencium syurga mu, haramkan mereka daripada dijilat api neraka jahanammu Ya Allah..

Damailah mama, disana…♥️ Dari seorang anak yang sentiasa merindui Mama..

Salam Ramadan, al-fatihah Mama

Sumber: radin_era