Perempuan ni memang sifatnya suka bercakap, suka berkongsi. Tak kira lah dari sebesar mana hal tu, atau sekecil mana pun benda tu, pasti mereka akan berkongsi. Lebih-lebih lagi dengan orang yang dianggap selesa atau yang rapat dengannya.
Kalau sebelum kahwin, orang yang akan menjadi mangsa untuk mereka berkongsi semestinya ahli keluarga seperti mak, adik atau kakak, dan semestinya rakan baik sehati sejiwa gitu!
Tapi bila dah masuk alam perkahwinan, malah dah beranak pinak, sememangnya the one and only yang mereka harapkan untuk berkongsi cerita semestinya suami, teman sehidup semati mereka. Tapi, apa akan jadi bila orang yang mereka harapkan untuk berkongsi cerita tak mampu untuk meluangkan masa walaupun sekejap untuk ‘pillow talk’ dengan mereka? Jom ikuti perkongsian dari Dr Redza Zainol ini.
Pernah kawan saya kongsikan cerita dia.
Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.
Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.
Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.
Tapi sekarang, dia rasakan yang isterinya banyak melayan anak dan buat hal sendiri je. Makin dia perhati, barulah dia perasan wajah isterinya yang lesu tu.
Terus dia tanya pada isteri.
“Ada apa-apa nak cerita kat saya? Awak boleh luahkan kat saya.”
Entah dari mana datangnya, tiba-tiba isterinya terus menangis. Berjurai-jurai air mata keluar. Seolah-olah dia lepaskan segala perasaannya melalui tangisan itu.
“Saya penat je.”
Nak belikan baju cantik-cantik untuk isteri? Tengok kat sini!
Mulalah fikiran kawan saya fikir itu dan ini. Nak ambil orang gajilah, nak isteri berhenti kerjalah.
“Saya tak nak semua tu. Awak tanya pasal saya pun dah cukup. Awak dengar pun saya dah lega. Terima kasih sangat.”
Wajah lesu tadi tu perlahan-lahan diganti dengan senyum di bibir. Air mata tadi semuanya hilang diganti dengan wajah yang berseri-seri.
Ya Allah, kawan saya betul-betul rasa tertampar.
Dia mengaku bila dia keluar rumah, dia fikir automatik semua urusan di rumah isterinya akan uruskan. Macam robot yang boleh ditekan butang untuk ikut apa saja arahan tuannya.
Rupa-rupanya, selama ni isterinya cuma harapkan suami dia bertanya tentang diri dia. Memang dari luaran nampak macam tenang, tapi bila ditanya, isteri sebenarnya penat dan perlukan bantuan suami.
Inilah isteri kita semua. Selain perlukan tidur, makan dan rehat yang cukup, isteri nakkan suami yang sensitif dengan emosinya.
Cukup dengan hanya bertanya dan mendengar cerita isteri dah boleh buat dunia isteri jadi lebih ceria dan bahagia.
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s