Mana peminat kerabu, ada ke kat sini? Haaa selalu kalau makan tengahari kat luar, pantang ada menu kerabu mesti akan ambil kan? Tak kisah lah kerabu perut ke, kaki ayam ke, kerang ke asalkan kerabu memang terus kecur liur melihatnya!
Yang mana ada pelam kat rumah tu, especially pelam muda boleh la cuba buat kerabu mempelam sendiri! Senang je rupanya, buat sendiri boleh makan banyak-banyak satu keluarga kan. So… tunggu apa lagi, jom tengok cara buatnya dan jangan lupa cuba ye!
Kerabu Mempelam
Bahan-bahannya :-
2 biji pelam (muda pelam apa pun xpa)
2 batang serai dihiris halus
2 kuntum bunga kantan
2 biji bawang besar dihiris hslus
1kecil corrot disajat jugak
2 inci halia hiris juga
Rm1 kac. Tanah digoreng dan tumbuk kasar2 sikit
Udang kering dan cili melaka ikut byk mana nak
Cabai melaka dan merah hiris halus2
Garam
Gula Secukup rasa
Cara-caranya:-
2. Goreng kacang tanah, sejukkan dan tumbuk kasar.
3. Sagat pelam dan carrot. Untuk serai, bunga kantan, bawang besar, halia dan cili hanya hiris halus-halus sahaja.
4. Boleh tambah udang kering atau ikan bilis jika perlu, hanya basuh dan toskan.
5. Bila dah siap sagat dan hiris, gaul sebati semua bahan bersama dan perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidang!
Sumber : Zalia Lia
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/