Cuka, Sabun Pencuci Bantu Hapuskan Rumput Liar Di Halaman. Cukup Mudah & Menjimatkan.

Share

Geram kan apabila tengok rumput liar tumbuh menghiasi kawasan rumah? Rasanya baru dibersihkan sebelum raya tempoh hari, sudah tumbuh kembali. Bagaimana agaknya cara mudah nak hapuskan rumput liar tersebut? Jangan risau, ada tips mudah yang boleh anda cuba.

Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, Lucius Maximus untuk hapuskan rumput liar yang tumbuh. Dengan hanya menggunakan dua bahan asas yang ada di rumah, masalah tersebut boleh diatasi. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.

Bahan-Bahan:

Cuka Masakan

Sabun Cecair Pencuci Pinggan

Alat Penyembur (Spray)

Cara Membuat:

1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.

2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.

3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

Tip Tambahan:

-Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati.

-Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.

-Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Selamat mencuba.