Kalau ada yang teringin hendak makan cucur udang untuk dijadikan menu minum petang, bolehlah dibuat sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini.Malah menariknya, pemilik resipi ini iaitu Puan Tyra Manan turut berkongsi rahsia untuk pastikan cucur udang yang dimasak tidak serap minyak.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
Ads
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
*Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
CARA NAK GORENG:
1. Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
Ads
2. Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
Ads
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara buat : Rebus cili dan bawang putih lepas itu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba!
Ingat tak masa kecil dulu, balik aje dari sekolah, akan singgah membeli aiskrim Malaysia. Memang banyak perisa. Paling best harganya murah aje serendah 10 sen pun ada.
Tetapi dengan peredaran masa, aiskrim Malaysia semakin dilupakan setelah kewujudkan pelbagai jenama aiskrim yang mempunyai pelbagai rasa.
Namun, aiskrim Malaysia sejak akhir-akhir kembali dekat di hati rakyat Malaysia, malah kanak-kanak generasi kini. Malah beberapa resepi membuatnya telah menjadi viral. Terkini, resepi perkongsian daripada puan Aida Radzuan yang telah mendapat 15 ribu lebih share. Apa lagi, resepi pun dah ada. Jom kita semak resepi aiskrim Malaysia yang viral ni.
Haritu Aida ada post pasal Aiskrim Malaysia ,,ada yang massage nak tanya resepi dan cara-cara ikat aiskrim tu..Jadi harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim malaysia..Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline. Alhamdulillah rezeki anak-anak Aida.Tiap-tiap minggu order masuk..Budak-budak area rumah pon ramai datang beli kat rumah
Resepi Aiskrim Malaysia 1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 1/2 tin Air Masak
2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (utk lembutkan aiskrim)
Garam sikit (utk rase lemak2 )
1sudu kecik Essence Vanilla
Cara-Cara Masak Campurkan susu pekat,susu cair. Aida guna Susu SuJohan je..Campur sekali air masak 4 1/2 tin..Lepas tu bancuhkan 2 1/2 sudu besar tepung jagung dalam bekas sebelum masukkan dalam periuk untuk dimasak.Campurkan garam dan Essence Vanilla.
Masak sampai semua betul-betul masak(mendidih).Dah mendidik tutup api dan biarkan sejuk,dah sejuk bolehlah masuk dalam plastik aiskrim cap kingkong
Kat sini Aida ada share skali video cara-cara ikat plastik aiskrim tu..Kalau tak berapa clear boleh search kat youtube
*semua jenis aiskrim yg bersusu dan tak bersusu mesti masak air tu sampai mendidik walaupun pakai air coway atau cucco
Masakan bertemakan ayam memang menjadi kegemaran sekeluarga. Tambah lagi, jika nak buat pun mudah.
Begitu dengan perkongsian puan Norhafizan Ezan Sulaiman yang berkongsi resipi ayam masak kicap. Lebih sedap apabila aroma daun kari dan kuah yang pekat tentu menambah selera. Malah resipi ini viral telah dishare lebih 83K.
Mesti best ni. Jom buat lunch hari ni. Bahan-bahan memamg ada di rak dapur.
Setiap kali ada sambutan hari ulang tahun kelahiran pasti kek yang menjadi pilihan pertama seisi keluarga. Kek brownies antara kek yang sangat digemari ramai kerana rasa coklatnya yang sangat pekat dan sedap.
Kek brownies juga sangat terkenal dengan lapisan kedutan yang lebih membuatnya nampak menarik dan cantik. Jadi, bagi penggemar kek brownies bolehlah mencuba resipi yang paling simple oleh Adinie Syahadinie ini.
– Cairkan coklat masakan secara double boil dah cair masukkan butter kacau sampai sebati dan butter cair siap tutup api dan biar suam sekejap.
– Campur telur dan gula perang dlm bekas kacau biasa-biasa je agak-agak dua tu sebati, guna senduk kayu pun boleh.
– Ayak tepung gandum dengan serbuk koko dan masukkan bancuhan coklat masak ke dalam bahan campuran telur dan gula tadi, kacau dengan senduk agak sebati.
– Dah sebati masukkan tepung gandum dan serbuk koko sikit-sikit. Kacau agak-agak bahan sebati je sehingga tiada tepung ketul-ketul.
– Dah siap boleh sapu butter pada loyang dan masukkan adunan dan ratakan. Nak tabur badam atau chocolate chip terpulang.
– Panaskan oven dalam 10 minit, bila oven dah panas boleh terus bakar pada suhu 160 dan selama 35 minit mengikut oven masing-masing.
– Dah masak jangan terus keluarkan dari oven, biarkan dalam oven dan renggangkan pintu oven sedikit selama 10 minit untuk dapatkan kedut brownies.
Info Tambahan: saya guna loyang 8 inci, kalau guna kertas minyak tak perlu sapu butter.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.