Cucur Udang Buat Makan Tak Henti, Gerenti Puas Hati!

Share

Bab makan jangan berkira terutamanya ketika menyediakan menu untuk keluarga. Biarlah yang terbaik dan puas hati menikmatinya.

Umpamanya lihat sahaja menu cucur udang ini, bukan main besar udang yang diletakkan, satu ekor untuk satu cucur. Puas hati kita melihatnya hidangan yang disediakan oleh Chinta Eyja ini dan sekali gus teruja juga untuk menyediakan menu istimewa ini untuk dihidang kepada keluarga tercinta.

Jadi di sini dikongsikan resipi untuk dijadikan panduan. Selamat mencuba.

 

Bahan-bahannya :

1- Cucur Udang Adabi
2- Udang
3- Daun Bawang

Step 1: cucur udang adabi, daun bawang dan udang disatukan dan bancuh dengan air.

Step 2 : Panaskan senduk supaya bancuhan tepung tidak melekat.

Step 3 : Masukkan sedikit bancuhan dan seekor udang.

Step 4 : Rendamkan dalam minyak yang telah panas.

Step 5 : Cungkil pakai pisau, alhamdulillah  tidak melekat.

Step 6 : Terbalikkan.

Step 7 : Siap.

 

Sumber : Chinta Eyja via MAHN

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club