
Menyediakan menu ringkas dan sedap rasanya tentu sahaja akan menjadi pilihan untuk dimasak.
Oleh itu, buat anda yang merancang untuk menyediakan menu sarapan atau menu minum petang bersama seisi keluarga, apa kata sediakan resipi cucur udang dari 3 bahan yang dikongsikan oleh Chinta Eyja ini. Cucur udang yang siap dimasak nampak begitu menyelerakan!
Ini perkongsiannya.
Cucur Udang 3 Bahan Dah lama sangat nak try buat Cucur Udang versi semudah ABC niek. Makanya, hari niek try lah buat jugak. Wife tanya Husband , 1 – 5 berapa bintang awak nak bagi Husband cakap 5⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ sebab sedap + padu. Saya share kan Resepi di setiap gambar dan semoga bermanfaat.
Bahan-bahannya :
1- Cucur Udang Adabi
2- Udang
3- Daun Bawang
Step 1: cucur udang adabi, daun bawang dan udang disatukan dan bancuh dengan air.
Step 2 : Panaskan senduk supaya bancuhan tepung tidak melekat.
Step 3 : Masukkan sedikit bancuhan dan seekor udang.
Step 4 : Rendamkan dalam minyak yang telah panas.
Step 5 : Cungkil pakai pisau, alhamdulillah tidak melekat.
Step 6 : Terbalikkan.
Step 7 : Siap.
Sumber : Chinta Eyja via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Menyemai Capsicum Walau Bukannya Pakar, Wanita Ni Berjaya Menanamnya Di Laman Rumah!

Seumur hidup mungkin ada yang belum pernah mencuba menanam cili benggala atau capsicum ini.
Biasanya ramai lebih berminat menanam cili kulai atau cili merah dan juga cili padi di laman rumah untuk kegunaan sendiri. Sama ada ditanam dengan teknik fertigasi atau ditanam terus ke atas tanah atau di dalam pasu, ini telah biasa dipraktikan.
Pun begitu menanam cili benggala di tepi rumah, idea yang bagus juga. Bolehlah bila tanaman mengeluarkan hasil, diguna untuk menyediakan beberapa menu yang enak.
Untuk itu, buat yang pertama kali ingin mencuba, jom kita ikuti perkongsian daripada Mell Akmal. Walaupun dia bukanlah pakar dalam bidang tanaman, namun telah berjaya menanam pokok cili banggala dan tanamannya hidup subur hingga mengeluarkan hasil.
Ini perkongsiannya.
ANAK POKOK CAPSICUM
Haritu ramai pm saya, tanya kan cara semai anak pokok. Cara saya
1. Beli capsicum dekat pasar berdekatan
2. Ambil biji nya, dan rendam dalam air semalam.
3. Biji yang terapung tu dibuang . Yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.

7. Bila dah besar sikit sy spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain
Bagi yang nak beli anak pokok, saya tak jual. Saya boleh bagi free, cuma masalah sekarang saya x sure macam mana saya nak post anak pokok ni. Saya dekat kuala lipis pahang.
Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja.
Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ade yang salah. Mohon tunjuk ajar.
Sumber : Mell Akmal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Asingkan Biji Cili Kering Ada Cara Paling Ringkas. Tahu Cara Ni, Kuranglah Sikit Tangan Terasa Pijar!

Makan nasi kalau tak ada sambal memang kurang terasa padunya. Lebih-lebih lagi kalau yang memang kuat makan pedas, cili padi pun boleh dijadikan ulam. Hal ini bukanlah menjadi perkara pelik.
Dalam bercerita tentang penyediaan sambal, umumnya selain rasa pedas yang diingini oleh penggemarnya, perlu juga beringat tentang bahaya memakan biji cili tersebut. Biarpun ramai sudah maklum makan biji cili adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan memudaratkan.
Oleh itu, bagi ibu-ibu yang ingin menyediakan hidangan berasaskan sambal, bolehlah praktiskan cara ini untuk mengasingkan biji cili tersebut dengan cara yang lebih mudah. Malah dengan cara ini juga dapat mengurangkan daripada tangan menjadi pijar terkena cili.
Nak tahu caranya, jom semak.
Petua hilangkan biji cili kering
Gunting-gunting dulu, masukkan dalam plastik, pastu goncang-goncang sambil joget pun boleh, hasilnya sila rujuk gambar, hampir semua biji cili kering tanggal.
Selapas itu,bolehlah rendam, siapa yang dah biasa rebus tu rebus la.
Ni cara saya, kalau korang dah biasa guna cara sendiri, teruskan saja, Saya selalu guna cara ni, almaklum la tangan saya ni cepat pijar.
Selamat mencuba.
sumber : Nana Sabrina Sarsan via MAHN
Ini pula perkongsian daripada Aida Hirdayati berkenaan tip jika tangan terasa pijar selepas membersihkan biji cili tersebut. Ini perkongsiannya;
Tadi nak buat sambal bilis pijar-pijar tangan la pula. Ida kongsikan cara nak hilangkan pijar terkena cili.
Ada beberapa petua mudah yang boleh hilangkan pijar tangan dengan cepat dan mudah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah dijumpai di dapur anda.
1. Lumurkan jari dengan gula atau garam – Cara yang paling mudah untuk hilangkan pijar tangan adalah dengan melumurkan jari jemari dan tangan anda dengan gula atau garam. Biarkan seketika kemudian barulah bilas dengan air. Atau anda boleh ambil sebekas air dan letakkan sedikit garam atau gula. Rendamkan tangan anda ke dalam bekas itu sambil menggosok kedua-dua belah tangan untuk beberapa minit sehingga hilang rasa pijar.
2. Masukkan tangan ke dalam tong beras – Nak hilangkan rasa pijar tangan dengan cepat, masukkan tangan anda ke dalam bekas berisi besar. Tetapi pastikan tangan anda bersih dan kering. Jangan masukkan tangan yang masih basah, nanti rosak pula beras dalam tong tersebut.
Satu cara lain adalah dengan menggenggam sedikit beras dan gosokkan ke seluruh bahagian tangan yang rasa pijar, selepas tu bilas tangan macam biasa.
3. Sapu jari atau tangan dengan susu – Kalau anda suka simpan susu pekat atau susu cair dalam peti sejuk, ia boleh juga dijadikan penawar pijar tangan. Hanya ambil sedikit susu dan gosokkan pada bahagian jari yang pijar. Sedikit demi sedikit, rasa pijar itu akan hilang.
Selain tiga petua hilangkan pijar tangan ini, ada beberapa cara lain yang boleh anda cuba, antaranya dengan menyapu minyak masak pada bahagian tangan yang rasa pedih. Selepas itu lap dengan tisu atau cuci dengan air bersih. Kalau ada hampas kelapa, anda boleh ramaskan pada seluruh jari dan tangan yang rasa pedih dan cuci bersih selepas itu.
Dua lagi tips hilangkan pijar tangan yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini adalah dengan menggosok tangan pada keluli seperti pada sinki atau gosok dengan sudu. Menggosok tangan pada keluli juga dapat menghilangkan bau masakkan yang terletak pada tangan. Ataupun anda boleh ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan air. Kemudian rendamkan tangan anda dalam air asam jawa itu untuk menyejukkan rasa pedih pada tangan anda.
Barisan Hadapan Dihargai, Penggali Kubur Dinobat Anugerah Tokoh Frontliner, Kebumi 40 Jenazah Covid-19 Sehari.

Saban hari, kes jangkitan meningkat Covid-19 meningkat begitu juga dengan kematian memberi khabar duka buat seluruh rakyat Malaysia.
Dalam kebimbangan terhadap penularan wabak bahaya ini, sudah pastinya para frontliner bagaikan wira yang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan tanpa kira masa.
Namun salah satu peranan yang jarang didendangkan adalah penggali kubur. Mereka sebenarnya adalah individu yang memainkan peranan besar dalam mengendalikan jenazah terutama jenazah Covid-19.
Bagaimana pun hari ini, sempena ambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H, hari ini, peranan penggali kubur dinobatkan dalam senarai barisan hadapan.
Ini terbukti apabila Penggali kubur, Roslee Ali, 63, dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Frontliner pada sambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.
Memetik Harian Metro, Roslee berkhidmat sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh sejak tahun 2011.
Pemilihan Roslee dibuat atas sumbangan beliau dalam pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail, Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021M memuktamadkan pemilihan pemenang pada 26 Julai lalu dengan mengambil kira sumbangan individu terbabit dalam bidang masing-masing ke arah memperkukuhkan syiar dan syariat Islam di negara ini.
Serta termasuk sumbangan mereka khususnya di Wilayah Persekutuan berdasarkan beberapa kriteria termasuk daya kepimpinan dan teladan, sumbangan kepada masyarakat serta sumbangan kepada organisasi dan sumbangan peringkat negeri. Kesemua pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai, sijil dan plak.
Penerima anugerah.
Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H: Mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.
Anugerah Tokoh Frontliner: Penggali kubur, Roslee Ali di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh.
Anugerah Tokoh Frontliner: Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari
Anugerah Tokoh Korporat: pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Datuk Ramly Mokni
Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif: Pengacara dan Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya.
Anugerah Tokoh Mualaf: Nur Maisarah Leong Yoke Keen yang merupakan Pembantu Mubaligh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sumber: Harian Metro & JAWI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520