Macam-macam nama diberikan untuk kuih yang satu ini, penjaram, cucur jawa atau cucur topi yang cukup ramai menggemari rasanya.
Bahkan untuk menyediakan menu ini cukup mudah dan ringkas.
Buat anda yang belum pernah mencuba rasa atau tidak pernah mencuba menyediakan menu untuk santapan keluarga, apa kata mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Menurut puan Leeina Qaliena, kuih penjaram ini menjadi menu kegemaran mereka seisi keluarga.
RESIPI PENJARAM
Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kepada 3/4 cawan sahaja)
2 1/4- 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, Tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati.
Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
**Tips: Wisk adunan sehingga timbul buble2 atau timbuk menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.
(Boleh juga diperap di dalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil).
Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota: Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik. Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik, ringan, rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Selamat mencuba ikhlas dari saya Qleena Kitchen
Sumber : Leeina Qaliena