Menarik minat anak kecil makan bukan perkara yang mudah bagi sesetengah ibu. Ini kerana masalah anak cerewet makan merupakan masalah biasa yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Ibu zaman sekarang perlu menggunakan kreativiti untuk menarik perhatian si kecil menjamah hidangan makanan yang disediakan supaya mereka dapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran.
Selain daripada itu trend ibu-ibu muda masa kini sangat menitik beratkan makanan untuk anak-anak yang sudah ke sekolah turut dikagumi.
Masing-masing tampil dengan pelbagai idea kreatif demi memastikan hidangan bekal dapat menambat selera anak untuk makan.
Idea Kreatif Bekal Umar Pergi School
Anak-anak kecil tentu seronok bila bawa bekal makanan yang menarik ke sekolah. Antara ibu yang tampil dengan idea kreatif dalam penyediaan bekal untuk anak adalah Nurul Azrena Razak.
Dengan tagline ‘Bekal Umar Pergi School’, siapa sangka video-video perkongsian Azrena menyiapkan bekal makanan untuk anak lelakinya, Zhafran Umar, 3, mendapat jutaan tontonan dan trending di TikTok.
Ads
Lebih mencuri tumpuan semua video menggunakan suara comel Zhafran Umar atau lebih mesra dipanggil Umar sebagai suara latar.
Suara Latar Umar Yang Comel
Sesiapa pun pasti terhibur dan leka untuk menonton sehingga tamat video tersebut kerana seronok mendengar suara latar Umar yang pelat memberitahu aksi ibunya sewaktu menyusun setiap isi makanan di dalam bekalnya.
Keunikan bekal makanan yang dikongsi bukan sahaja pada bekas makanan yang berwarna- warni tetapi juga pada pemilihan makanan yang berkhasiat serta dipotong berbentuk karektor yang comel.
Setiap makanan serta snek yang dibekalkan untuk Umar akan dipotong dan dihias dengan kreatif oleh Azrena. Antara perkataan kegemaran Umar yang kerap disebut dalam semua video tersebut adalah ‘cucun-cucun’ (susun-susun), ‘nyum nyum’, ‘telumbos’ (telur rebus) pastu’ (lepas tu) dan banyak lagi.
Berkenaan bakat Umar membuat suara latar untuk video-video rakaman penyediaan bekal kreatif, Azrena memberitahu awalnya Umar curious melihat ibunya membuat voice over dan akan meniru di sebelah ibunya.
“Mula-mula bagi dia cuba lepas tu dia suka pula dan setiap kali rakam video dia nak ikut buat voice over.”
Menurut Azrena dalam temu bual sebagai tetamu jemputan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), dia sememangnya gemar berkongsi resipi makanan Umar sejak si kecil mula makan makanan pejal lagi.
Ads
Bila Umar mula ke sekolah, dia nekad untuk sediakan sendiri bekal makanan kerana lebih yakin dengan pemilihan makanan selain lebih faham selera anaknya.
Mempunyai lebih 20 ribu pengikut di pelbagai platform media sosial, Umar yang petah berkata-kata membuatkan ramai kalangan ibu bapa menjadikan tip bekalan makanan ini ini sebagai tarikan utama anak-anak mereka menikmati hidangan makanan yang berkhasiat.
“Manis Sangat”-Nad Zainal Raih Pujian Ramai & Akui Masih Dalam Fasa Belajar Berhijab!
“Cantiknya Nad berhijab”, “Manis sangat, Semoga terus istiqomah”, itu antara komen dan doa peminat Nad Zainal apabila pelakon berbakat besar itu membuat hantaran beberapa keping gambar dan video di akaun instagramnya yang memaparkan dirinya berhijab.
“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan saja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja.”
“Saya masih dalam fasa belajar sebab masih lagi menjalani penggambaran macam biasa. Ada saja watak yang tak berhijab. Lagi pula, masih ada beberapa projek yang sudah ditandatangani terlebih dulu, jadi saya perlu lunaskan.
“Saya memang tak ada nak berjanji dengan orang ramai pun nak cakap saya berhijab sepenuhnya atau apa. Saya perlukan masa lagi untuk kongsikan perkara ini. Kalau ada nampak begitu (berhijab), begitulah. Tapi saya memang akan menjaga ‘posting’ (hantaran) selepas ini untuk kurangkan gambar ‘free hair’,” jelasnya sebagaimana memetik temubual bersama pihak media.
KELUARGA juga turut mendoakan yang baik-baik buat Nad Zainal.
Dalam masa sama, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berasa sangat gembira apabila mendapat banyak ucapan dan doa daripada peminat mengenai penampilan itu.
“Saya berasa gembira apabila orang mendoakan perkara baik untuk kita. Tapi saya tak ada nak menjanjikan apa-apa, sebab saya masih fasa belajar lagi. Macam dikatakan tadi, sebab ada saja perkara lain yang masih ‘on going’ saya tak berhijab.
“Apa boleh dikatakan saya berusaha, saya suka apa saya buat. Namun, saya gembira bila ada orang mendoakan,” katanya.
Selain itu, Nad juga berkongsi Travelog yang diusahakan bersama pelakon Ungku Ismail Aziz untuk saluran YouTube mereka iaitu UIA x NZ bakal ditayangkan bulan depan.
“Insya-Allah, saluran ini akan dilancarkan serentak ketika drama Cina Buta ditayangkan nanti,” katanya.
Bila menanam pokok jenis berbuah di sekeliling rumah tentunya dengan harapan suatu hari nanti pokok tersebut hidup membesar dan subur akan mengeluarkan hasil untuk dimakan bersama seisi keluarga. Lantaran itu sejak dari anak semaian lagi, pokok dijaga rapi dengan disiram, dibaja dan diracun agar tidak diganggu oleh serangga perosak.
Umumnya bila meletakkan baja, ianya akan ditabur pada bahagian sekeliling pokok. Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada teknik yang lebih bagus untuk pastikan baja yang digunakan dapat meresap ke dalam tanah dengan lebih cepat untuk kebaikkan pada pokok dengan cara yang mudah seperti yang dikongsikan oleh Halim Waghih ini.
Menurutnya, pokok yang telah besar ada cara membaja yang perlu dilakukan iaitu dengan teknik menggali lubang. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Cara Baja Pokok Buah Yang Telah Besar
Saya hendak tunjuk cara membaja pokok yang sudah besar. Ini saya menggunakan baja bunga.
Langkah 1 : Gali lubang kecil-kecil di sekeliling pokok.
Langkah 2 : Masukkan baja pada setiap lubang dan kemudian tutup lubang itu dengan tanah.
Keistimewaan membaja dengan teknik ini
Jika selepas membaja dan hujan turun dengan lebat, baja tersebut akan dibawa meresap ke dalam dengan lebih cepat. Jadi pokok terus dapat baja dan itulah yang saya buat pada kuinin saya.
Pokok kuinin berbunga lebat.
Ekstra Info
Jika mana-mana pokok yang sedang BERBUNGA … Jangan letak apa-apabaja.
Pokok berbuah lebatBuah yang lekat dan perlu dibalut
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.