Cucuk Vitamin C Sebab Nak Cantik, Sangat Bahaya! Sila Dengar Nasihat Dr. Cantik Ni Ye.

Share

Kebanyakkan orang perempuan memanglah hendak cantik dan cantik itu pula biasanya dikaitkan mesti mempunyai kulit wajah yang putih bersih dan berseri-seri. Pun begitu, tidak semua orang perempuan mempunyai kulit wajah yang diimpikan. Lantas cara paling pantas dan mudah yang difikirkan adalah dengan mengambil suntikan vitamin C.

Tapi tahukan anda, sebenarnya suntikan yang diambil itu mempunyai banyak kesan buruk dan boleh menjejaskan kesihatan.

Takkan lah kita nak nampak cantik tapi akhirnya terpaksa ‘menggadai’ nyawa sendiri akibat menanggung pelbagai penyakit merbahaya.

sumber Giphy

Ifa tidak lagi ambil suntikan vitamin C

Kuala Lumpur: Bimbang kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya, penyanyi dangdut, Ifa Raziah, bertindak berhenti mengambil suntikan Vitamin C, beberapa tahun lalu.

Ia susulan nasihat doktor yang merawatnya dan bertanya sama ada beliau mengambil suntikan berkenaan, lalu memintanya berhenti serta-merta.

 

 

“Doktor memberitahu pengambilan suntikan Vitamin C tanpa kawalan mampu merosakkan jantung, hati dan buah pinggang. Berderau juga darah mendengarnya ketika itu.

“Kata doktor itu lagi, walaupun bukan sekarang, kerosakan itu akan datang empat atau lima tahun kemudian. Mujur saya cepat sedar lalu tidak meneruskannya, jika tidak pasti tubuh saya yang akan menanggung kesannya,” katanya kepada BH.

Ifa mengakui, beliau mengambil suntikan berkenaan pada awal tahun 2000 untuk kelihatan cantik, berkulit putih dan gebu ketika membuat persembahan.

IFA Raziah berhenti mengambil suntikan vitamin C kerana bimbang dengan kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya. – Foto Syazana Rose Razman

Mudah diperoleh

“Saya menjadikannya sebagai amalan kecantikan di mana satu suntikan dalam tempoh dua minggu. Suntikan ini mudah diperoleh di pusat kecantikan sekitar Lembah Klang.

“Saya akui sememangnya ia terbukti berkesan dan mula menunjukkan sedikit perubahan pada minggu berikutnya. Ketika itu saya tidak mengetahui langsung sama ada barangan itu diluluskan atau tidak oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, bagi mengekalkan kesihatan diri, ketika ini beliau mengambil Vitamin C dalam bentuk tablet sebagai antibodi dan menolak sama sekali suntikan Vitamin C.

Ditanya penjualan suntikan Vitamin C sekarang berbanding dulu, Ifa berkata, kini ia dijual berleluasa dan mudah diperoleh terutama di laman sosial.

“Klinik pakar kecantikan juga dikesan terlalu banyak menawarkan suntikan Vitamin C hingga memudahkan orang ramai khususnya remaja perempuan mencubanya.

“Ketika saya mengambil suntikan dahulu, Vitamin C perlu ditempah dari luar negara seperti Switzerland, malah hanya farmasi tertentu yang menjualnya,” katanya.

IFA mengambil suntikan vitamin C pada awal tahun 2000 dan menjadikannya sebagai amalan kecantikan iaitu satu suntikan dalam tempoh dua minggu. – Foto Syazana Rose Razman

“Saya sendiri meragui apa kandungan suntikan itu pada hari ini. Adakah produk itu datang dari China, apakah produk ini halal, adakah ia mengandungi DNA babi dan betulkah produk itu mampu memutihkan wajah kita,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan kepada pengguna untuk mengetahui terlebih dahulu fungsi pengambilan vitamin tambahan, terutama suntikan vitamin C, sebelum membelinya.

“Setahu saya, ia tidak memutihkan wajah dengan berkesan sebaliknya vitamin C ini hanya satu cara untuk menguatkan antibodi tubuh.

“Jangan main terjah semata-mata untuk cantik. Tanya mereka yang betul-betul pakar seperti doktor atau sekurang-kurangnya ‘google’ untuk tahu baik atau buruk suntikan ini,” katanya.

Dengar penjelasan doktor cantik ni tentang bahayanya suntikan vitamin C pada yang mengamalkannya.

 

sumber : Kecoh Betul