Cucu Usaha Cari Datuknya Yang Terpisah 30 Tahun. Siapa Sangka Jumpa Semula Dalam Pertemuan Yang Cukup Manis!

Share

Perkongsian kisah ini cukup manis untuk dikongsikan, bila mana seorang cucu berjaya menemukan datuknya yang terputus hubungan semenjak 30 tahun yang lalu. Apatah lagi bila tarikh pertemuan dengan datuknya itu begitu hampir dengan tarikh pernikahannya. Ia seakan satu hadiah terindah buat diri dan keluarganya.

Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.


Pada awalnya, dalam hal mencari datuk saya ini jujur saya rasakan bukannya mudah dan pernah juga beranggapan tidak akan berjumpa dengannya. Maklumlah, maklumat yang kami sekeluarga ada terlalu sedikit. Manakala gambar yang kami ada cuma gambar datuk semasa muda. Tidak mungkin orang akan mengenali dia.

Tapi siapa sangka selama 30 tahun pencarian dilakukan oleh pihak keluarga, akhirnya pada tanggal 14 Fabruari lalu saya berjaya bertemu datuk yang selama ini dicari.

Bergambar bersama selepas 2 hari bertemu.

Tambah bermakna lagi apabila pertemuan ini juga merupakan hadiah teristimewa anugerah Allah untuk saya. Memandangkan tidak lama lagi akan berlangsung majlis perkahwinan, dengan adanya datuk di sisi bertambah meriah dan lengkaplah sudah keluarga besar Ah Kaw.

Guna Media Sosial

Sebenarnya pencarian kami sekeluarga sudah dibuat dari dahulu lagi. Tapi dahulu, tak macam sekarang ni. Dulu cari setakat tanya saudara mara. Sekarang ni semua di hujung jari je. Boleh guna media sosial untuk meminta bantuan mencari.

Maklumat netizen 

Sebelum saya menemui datuk saya. Saya juga menerima info dari netizen bahawa ada seorang yang mempunyai nama yang sama tinggal di satu area lain di Kuching (Tabuan Air). Saya telah mencuba menghubungi orang tersebut. Tetapi orang tersebut menyatakan bahawa dia bukan datuk saya yang dicari, disebabkan itu, saya agak sedikit kecewa.

Dua hari selepas itu , Suzie Morris telah berikan komen di Page Sarawak Edition bahawa dia mengenali datuk saya. Saya terus menghubungi Suzie Morries untuk mendapatkan detail orang yang dipercayai datuk saya.

Apa yang saya tahu, Suzie Morris tu adalah penduduk area tersebut. Kerana datuk saya telah bermastautin di Tabuan Dayak lebih 50 tahun. Semua orang mengenali beliau. Dari yang sudah tua sampailah yang masih kecil.. sebab dia antara yang paling lama tinggal di sana.

Kali pertama bertemu

Jadi pada 14/02/19 5pm, saya pergi ke rumah orang yang berkemungkinan datuk saya seperti yang di beritahu Suzie Morris. Sesampainya saya di rumah tersebut, saya bertemu seorang lelaki warga emas yang berumur 80an. Jadi saya menyatakan hasrat saya bahawa saya mencari datuk kandung saya yang lebih 30 tahun menghilang. Saya bertanya lelaki warga emas tersebut bahawa adakah dia Mohammad Bin Manaf @ Ah Kaw yang saya cari ? Dia menjawab “Ya, saya la Ah Kaw.

Saya meminta dia memberikan IC dia untuk kepastian. Saya lihat mukanya di dalam IC tersebut sama seperti muka anak kandungnya yang pertama. (Pakcik saya) Dalam masa yang sama dia menyebut nama-nama ahli keluarga di Sibu yang saya kenali sedangkan saya belum lagi bercerita apa-apa dengannya. Di masa itu, saya memang pasti bahawa dialah datuk kandung yang saya cari selama ini.

Saya merupakan anak kepada anak kedua datuk. Datuk ada dua orang anak kandung iaitu Mohd Musa@Gapur dan Sadon.

Gambar Di Makan Anai-anai

Berkenaan gambar datuk yang digunakan dalam usaha mencari di dalam surat khabar dan media sosial, sebenarnya sebelum ini disimpan oleh pak cik, (Anak Pertama). Sebenarnya gambar tersebut telah rosak dimakan anai-anai. Tetapi telah dibuat semula dalam 2 tahun ini. Sebab itulah kami semakin nekad ingin mencarinya. Sebab mempunyai bantuan gambar selain nama datuk.

 

Tip jika ada yang ingin mencari keluarga yang terpisah :

1.Jika ada detail Kad Pengenalan, boleh ke JPN, Balai Polis berdekatan untuk meminta bantuan mencari alamat terakhir yang di cari. (Dlm kes kami, kami tiada detail IC NO. Dlm Surat Beranak Pakcik & Ayah tiada IC NO Datuk )

2.Guna media sosial untuk mencari. ( Sy mesej page-page di area seluruh Sarawak untuk bantuan mencari. Syukur page-page yang berkaitan sudi menolong untuk pos hal pencarian tersebut.

3.Guna surat khabar (Saya email detail-detail pencarian beserta gambar kepada reporter Utusan Borneo, keesokkan harinya pihak surat khabar menerbitkan berita pencarian saya di dada akhbar)

sumber : Nur Hazwani Sadon