Perkongsian kisah ini cukup manis untuk dikongsikan, bila mana seorang cucu berjaya menemukan datuknya yang terputus hubungan semenjak 30 tahun yang lalu. Apatah lagi bila tarikh pertemuan dengan datuknya itu begitu hampir dengan tarikh pernikahannya. Ia seakan satu hadiah terindah buat diri dan keluarganya.
Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.
Pada awalnya, dalam hal mencari datuk saya ini jujur saya rasakan bukannya mudah dan pernah juga beranggapan tidak akan berjumpa dengannya. Maklumlah, maklumat yang kami sekeluarga ada terlalu sedikit. Manakala gambar yang kami ada cuma gambar datuk semasa muda. Tidak mungkin orang akan mengenali dia.
Tapi siapa sangka selama 30 tahun pencarian dilakukan oleh pihak keluarga, akhirnya pada tanggal 14 Fabruari lalu saya berjaya bertemu datuk yang selama ini dicari.
Bergambar bersama selepas 2 hari bertemu.
Tambah bermakna lagi apabila pertemuan ini juga merupakan hadiah teristimewa anugerah Allah untuk saya. Memandangkan tidak lama lagi akan berlangsung majlis perkahwinan, dengan adanya datuk di sisi bertambah meriah dan lengkaplah sudah keluarga besar Ah Kaw.
Guna Media Sosial
Sebenarnya pencarian kami sekeluarga sudah dibuat dari dahulu lagi. Tapi dahulu, tak macam sekarang ni. Dulu cari setakat tanya saudara mara. Sekarang ni semua di hujung jari je. Boleh guna media sosial untuk meminta bantuan mencari.
Ads
Maklumat netizen
Sebelum saya menemui datuk saya. Saya juga menerima info dari netizen bahawa ada seorang yang mempunyai nama yang sama tinggal di satu area lain di Kuching (Tabuan Air). Saya telah mencuba menghubungi orang tersebut. Tetapi orang tersebut menyatakan bahawa dia bukan datuk saya yang dicari, disebabkan itu, saya agak sedikit kecewa.
Dua hari selepas itu , Suzie Morris telah berikan komen di Page Sarawak Edition bahawa dia mengenali datuk saya. Saya terus menghubungi Suzie Morries untuk mendapatkan detail orang yang dipercayai datuk saya.
Apa yang saya tahu, Suzie Morris tu adalah penduduk area tersebut. Kerana datuk saya telah bermastautin di Tabuan Dayak lebih 50 tahun. Semua orang mengenali beliau. Dari yang sudah tua sampailah yang masih kecil.. sebab dia antara yang paling lama tinggal di sana.
Kali pertama bertemu
Jadi pada 14/02/19 5pm, saya pergi ke rumah orang yang berkemungkinan datuk saya seperti yang di beritahu Suzie Morris. Sesampainya saya di rumah tersebut, saya bertemu seorang lelaki warga emas yang berumur 80an. Jadi saya menyatakan hasrat saya bahawa saya mencari datuk kandung saya yang lebih 30 tahun menghilang. Saya bertanya lelaki warga emas tersebut bahawa adakah dia Mohammad Bin Manaf @ Ah Kaw yang saya cari ? Dia menjawab “Ya, saya la Ah Kaw.
Ads
Saya meminta dia memberikan IC dia untuk kepastian. Saya lihat mukanya di dalam IC tersebut sama seperti muka anak kandungnya yang pertama. (Pakcik saya) Dalam masa yang sama dia menyebut nama-nama ahli keluarga di Sibu yang saya kenali sedangkan saya belum lagi bercerita apa-apa dengannya. Di masa itu, saya memang pasti bahawa dialah datuk kandung yang saya cari selama ini.
Saya merupakan anak kepada anak kedua datuk. Datuk ada dua orang anak kandung iaitu Mohd Musa@Gapur dan Sadon.
Gambar Di Makan Anai-anai
Berkenaan gambar datuk yang digunakan dalam usaha mencari di dalam surat khabar dan media sosial, sebenarnya sebelum ini disimpan oleh pak cik, (Anak Pertama). Sebenarnya gambar tersebut telah rosak dimakan anai-anai. Tetapi telah dibuat semula dalam 2 tahun ini. Sebab itulah kami semakin nekad ingin mencarinya. Sebab mempunyai bantuan gambar selain nama datuk.
Ads
Tip jika ada yang ingin mencari keluarga yang terpisah :
1.Jika ada detail Kad Pengenalan, boleh ke JPN, Balai Polis berdekatan untuk meminta bantuan mencari alamat terakhir yang di cari. (Dlm kes kami, kami tiada detail IC NO. Dlm Surat Beranak Pakcik & Ayah tiada IC NO Datuk )
2.Guna media sosial untuk mencari. ( Sy mesej page-page di area seluruh Sarawak untuk bantuan mencari. Syukur page-page yang berkaitan sudi menolong untuk pos hal pencarian tersebut.
3.Guna surat khabar (Saya email detail-detail pencarian beserta gambar kepada reporter Utusan Borneo, keesokkan harinya pihak surat khabar menerbitkan berita pencarian saya di dada akhbar)
Pernah viral di Tiktok, sekali lagi agar-agar yang dikenali sebagai raindrop cake ini kembali tular dikongsikan di media sosial. Menu istimewa ini sebenarnya berasal dari Jepun dan diperbuat daripada agar-agar dan gula merah. Ia mendapat nama daripada bentuknya yang jernih seperti titisan hujan.
Mungkin ada yang menyangka bahawa bahan-bahan untuk menghasilkannya menu ini sukar namun tidak juga. Siapa sangka ianya sangat mudah, ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Siti Masitah Awang KechikFull.
“Dia niela yang duk viral kat tik tok sekang nih kan heheheh. Maksu pun terjebak jugak. Apa ke nama kuih ni..Haaaa!! Rain drop cake katanya. Ni guna agar-agar serbuk swan tu ja. Balance air gula lopez tu kita tuang dalam tu.
“Soy bean powder tak ada, saja nak test ja rupa dia. Memang dia lembut macam air embun pagi,” tulisnya di group Masak Apa Hari Ni.
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk hasilkan menu istimewa ini, jom semak bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.
RAINDROP CAKE
Bahan-bahan:
– 1/2 tbs serbuk agar-agar swallow laying-layang
– 1 tbs gula castor (gula nih tak cukup, kena tambah. Maksu just nak lihat texture ja,) tambah la gula kalu nak ya.
– 700ml air
Cara Buat :
Ambil periuk dan msukkan serbuk agar-agar dan tambahkan air. Kacau sehingga serbuk agar-agar larut.
Masak sehingga mendidih dengan menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
Setelah mendidih tuangkan campuran itu ke dalam bekas.
Bila suam boleh masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
Seorang wanita nekad menetap 40 hari di dalam Perodua Kancil kerana merajuk dengan anak dan menantu. Wanita berusia 51 tahun yang enggan dinamakan berkata penduduk Taman Suria, Pendamar di sini prihatin menghantar makanan sepanjang dia berada di dalam kereta itu.
“Ada perkara yang mereka (anak menantu) kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.
“Saya hendak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari.
“Memang saya ada niat hendak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya.
Keperitan wanita berkenaan mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor yang menyewakan sebuah rumah, bantuan makanan, wang RM500 dan kos baik pulih kenderaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Demi mendapatkan wang, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mencederakan insan yang tidak berdosa. Demikian yang berlaku kepada sepasang suami isteri yang cedera selepas bergelut dengan peragut semalam. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Keting, Bachok Kelantan awal pagi semalam.
Dalam kejadian 11 pagi tadi, mangsa Alias Awang, 64, parah di tangan dan kaki kanan manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56, cedera di mulut.
Anak mangsa, Mohammad Ayub Alias, 35 berkata, ketika kejadian ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pauh Lima, Bachok dengan motosikal Honda Ex5 selepas mendengar kuliah agama di Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.
“Sebaik keluar dari Pasar Selasa, ibu bapa dikejar dua peragut yang turut menaiki motosikal dari arah Kedai Menanti ke Kampung Keting, Bachok. Menurut cerita ayah, dua peragut itu tiba-tiba mengejar mereka dan cuba merampas beg yang diletakkan di atas riba mek (ibu).
“Tindakan itu menyebabkan ayah dan mek terjatuh daripada motosikal menyebabkan mereka cedera teruk.
“Seorang daripada peragut cuba merampas beg, namun gagal apabila mek sempat memulas tali beg dan kebetulan penduduk kampung melalui jalan itu menyebabkan dua peragut melarikan diri,” katanya
Sementara itu, Rahimah memberitahu tidak akan memaafkan kesalahan yang dilakukan peragut terhadap dirinya dan suami.
“Tiada maaf buat peragut kerana menganiaya orang tua seperti kami, hanya untuk dapatkan duit dengan mudah. Akibat kejadian ini , kami menerima lebih 60 jahitan di mulut, lengan, kaki kanan dan kedua-dua belah betis selepas terjatuh dalam parit akibat bergelut dengan dua peragut.
“Saya sendiri menerima 20 jahitan di mulut dan sakit seluruh tubuh, manakala keadaan suami lebih teruk apabila parah terkena tar jalan.
“Keadaan suami sendiri memang sudah tidak sihat memandangkan dia baru menjalani pembedahan membuang usus pada 2016 lalu, dan sekarang pula perlu tanggung sakit akibat peragut menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.
“Sebab itu, sukar saya nak maafkan peragut itu, tambahan pula kami berdua pernah kena ragut pada dua tahun lalu di Kubang Kerian. Sekarang saya jadi trauma nak pergi ke mana-mana.
“Mak cik tak nampak wajah mereka sebab mereka berdua memakai topi keledar yang menutup muka mereka, cuma mak cik ingat pemboncengnya bertubuh kurus,” katanya.
Bagi Alias pula, dia berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian menimpanya dan isteri apabila tidak meletakkan beg tangan di tempat terdedah kerana boleh mengundang jenayah.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.