Tahukah anda, menambahkan garam ke dalam syampu dapat membantu anda untuk memiliki rambut yang lebih tebal, sihat dan hitam berkilau malah masalah kulit kepala gatal juga dapat diatasi.
Mungkin anda tidak percaya? Ya, sebenarnya garam dapat ‘bekerja’ melakukan fungsi-fungsi detoksifikasi, menghilangkan sel-sel mati di kulit kepala dan sehinggalah menjadikan rambut akan terlihat dan tumbuh lebih sihat dan bersinar. Cubalah sendiri dan rasai perbezaannya.
Namun jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian daripada Shakila Rahim ini yang telah diposting di fbnya beberapa hari yang lalu. Selamat mencuba!
INI PERKONGSIANNYA
Ada orang penah bagi petua, nak bagi rambut kuat, lebat, tak mudah luruh masa syampu tu campur garam. Ataupun basah kepala dengan air garam, kemudian baru syampu.
Petang tadi dah try. Masuk kali ni, cubaan kali ke3.
Bila campur garam, syampu dah jadik kurang berbuih tau.
Dah tak berbuih, jangan dok pi balun bubuh setengah botoi pulak.
Alhamdulillah, lepas syampu gini, rambut jadi lembut.
Kepala pun tak gatal dah.Jadi ringan kepala.
Sumber : Shakila Rahim
EKSTRA INFO :Kenapa perlunya cuci rambut dengan campuran garam?
1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut penuh dengan kelemumur, cara paling mudah untuk bersihkan rambut adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2) Rambut kelihatan lebih segar
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilau.
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.