Tahukah anda, menambahkan garam ke dalam syampu dapat membantu anda untuk memiliki rambut yang lebih tebal, sihat dan hitam berkilau malah masalah kulit kepala gatal juga dapat diatasi.
Mungkin anda tidak percaya? Ya, sebenarnya garam dapat ‘bekerja’ melakukan fungsi-fungsi detoksifikasi, menghilangkan sel-sel mati di kulit kepala dan sehinggalah menjadikan rambut akan terlihat dan tumbuh lebih sihat dan bersinar. Cubalah sendiri dan rasai perbezaannya.
Namun jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian daripada Shakila Rahim ini yang telah diposting di fbnya beberapa hari yang lalu. Selamat mencuba!
INI PERKONGSIANNYA
Ada orang penah bagi petua, nak bagi rambut kuat, lebat, tak mudah luruh masa syampu tu campur garam. Ataupun basah kepala dengan air garam, kemudian baru syampu.
Ads
Petang tadi dah try. Masuk kali ni, cubaan kali ke3.
Bila campur garam, syampu dah jadik kurang berbuih tau.
Dah tak berbuih, jangan dok pi balun bubuh setengah botoi pulak.
Alhamdulillah, lepas syampu gini, rambut jadi lembut.
Kepala pun tak gatal dah.Jadi ringan kepala.
Sumber : Shakila Rahim
Ads
EKSTRA INFO:Kenapa perlunya cuci rambut dengan campuran garam?
1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut penuh dengan kelemumur, cara paling mudah untuk bersihkan rambut adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
Ads
2) Rambut kelihatan lebih segar
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilau.
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda, sebenarnya seluruh dunia sejak dahulu lagi telah menggunakan mawar sebagai bahan utama dalam dunia kecantikan.
Mawar dikenali sebagai simbol cinta dan kecantikan zaman berzaman. Itulah sebabnya, mereka selalu guna mawar dalam produk kecantikan mereka.
Melalui perkongsian Puan Sarifa Redzuan II, banyak dikupas perihal petua cantik dan sihat dengan bahan-bahan semulajadi.
Kali ini dikongsikan kebaikan dan manfaat bunga mawar. Jom kita fahami 9 cara mudah untuk cantik dengan menggunakan bunga mawar.
9 CARA MUDAH CANTIK DENGAN MAWAR
1. SEBAGAI PENYEGAR WAJAH
Rebus beberapa kuntum bunga ros kemudian biarkan semalaman. Keesokannya tapis ambil airnya dan masukkan ke dalam botol spray dan simpan peti sejuk. Gunakan setiap hari beberapa kali.
2. MENGECUTKAN DAN MENCEGAH JERAWAT
Ciri-ciri antibakteria bunga ajaib ini menghalang dari pelbagai jangkitan kulit seperti jerawat.
Sekuntum bunga mawar ditumbuk lumat dan di campur dengan bedak sejuk dan tepek di wajah sebelum tidur.
In Sha Allah, hari hari pakai, kecut jerawat tu. Kulit pun jadi cantik.
3. PUDARKAN LINGKARAN HITAM ATAU MATA PANDA
Sifat sejuk mawar mampu membantu memudarkan penampakan mata panda tu.
1/4 timun di kisar dan di tapis airnya.
1 kuntum bunga mawar direbus dengan sedikit air.
Campur jus timun dan air mawar. Simpan dalam peti sejuk. Rendamkan 2 kapas muka dalam campuran jus itu dan letak di mata. Lakukan setiap malam dan akan nampak hasil yang mengagumkan!
4. MELEMBAPKAN KULIT WAJAH
Minyak semula jadi yang ada pada kelopak mawar boleh melembapkan kulit jauh ke dalam. Sangat bagus untuk kulit yang kering.
Tumbuk kelopak mawar hingga lumat. Masak bersama sedikit minyak kelapa dara dengan kaedah seperti double boiler selama 10 minit. Kemudian masukkan dalam botol kaca dan perap selama 2 minggu. Kaedah ini mat Salleh panggil “infuse”. Lagi lama perap lagi bagus.
Lepas tu boleh guna sambil urut wajah tu. Hari hari pakai memang glowing habis.
5. SEBAGAI PELINDUNG MATAHARI
Kajian membuktikan mawar dapat melindungi kulit dari sinaran UV.
1/4 timun di kisar dan di ambil jusnya
Beberapa kuntum mawar di tumbuk lumat 20ml minyak kelapa dara
10ml glyserin
Panaskan cara double boiler selama 10 minit . Kemudian perap dalam botol kaca selama 2 minggu. Kemudian gunalah seperti memakai serum, baru pakai Make Up.
Pakai juga setiap malam sebelum tidur untuk dapatkan kulit yang halus dan licin.
6. MENGANGKAT KULIT MATI DAN KOTORAN DI KULIT SERTA MENCERAHKAN KULIT
Mawar kaya dengan vitamin C, yang mampu memberi kecerahan kepada kulit secara semulajadi.
Sekuntum bunga mawar dan sedikit kunyit hidup di tumbuk lumat. Kacau sebati dengan sedikit susu segar dan tepek di wajah selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air biasa. Amalkan seminggu 3 kali untuk kesan yang terbaik.
7. RAMBUT BERSINAR DAN REDAKAN GATAL KULIT KEPALA
Beberapa kuntum mawar di tumbuk lumat.
1/2 cawan air asam Jawa
1/3 cawan jus lemon atau limau
Gaul sebati dan lumur di kepala. Pakai shower cap biar 30 minit. Kemudian bilas dengan air biasa. Amalkan seminggu 2 kali. Migrain pun boleh lari kalau selalu amal resipi ni.
8. MAWAR TENANGKAN MINDA
Aroma mawar dapat membantu menaikkan Mood seseorang terutamanya wanita. Jadual kerja yang sibuk, memberi keletihan dari segi fizikal dan mental.
Jadi, salah satu kaedah warisan lama yang tidak patut dilupakan adalah dengan terapi mandi bunga.
Beberapa kuntum mawar
Beberapa kuntum melur
9 biji Limau dihiris dan diperah airnya
Beberapa daun sirih dan pandan direbus
Sedikit garam
Masukkan dalam baldi dan bersiram lah sambil niat baik baik.
Terapi mandian ini bukan sahaja memberi kesan menenangkan dan mengurangkan kebimbangan, tetapi juga menyegarkan minda dan badan.
9. KEKAL AWET MUDA
Orang lama suka minum jamu yang ada mawar. Ia bagus untuk kecantikan dalaman serta luaran
3kuntum mawar
1 ruas jari kunyit hidup
3 helai daun sirih
Sedikit daun inai
Rebus dengan 4 cawan air sampai mendidih. Kemudian tapis airnya. Tuang dalam cawan dan tambah sedikit madu dan minumlah sambil niat baik baik untuk keserian.
Boleh amalkan seminggu 2 kali.
Alhamdulillah, selesai 9 cara cantik dengan mawar. Apa apa pun kena la Istiqamah untuk dapatkan hasil . Selamat mencuba semua. Salam cantik dengan mawar.
sumber : Sarifa Redzuan II
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Salah satu penyebab kulit muka cepat rosak dan nampak tidak berseri adalah disebabkan seseorang wanita itu memang tidak melakukan rutin harian dalam penjagaan wajah. Mana mungkin nak cantik tanpa ada usaha, betul tak? Paling ringkas kenalah dicuci bersih wajah setiap hari.
Namun jika inginkan wajah yang lebih mulus dan flawless, selain menggunakan produk yang sedia ada dipasaran, anda juga boleh gunakan tepung beras!
Mungkin kedengaran agak pelik bagi sebahagian antara kita. Namun tahukah anda kaedah dan cara ini telah ada yang mengamalkannya bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai yang mana dia juga merupakan seorang yang begitu aktif berkongsi petua kecantikan dan kesihatan secara alami di akaun fbnya.
Melalui perkongsiannya ini dapat dilihat terdapat begitu banyak kaedah dan cara yang boleh diamalkan dalam perawatan wajah yang lebih menjimatkan. Dan apa yang lebih penting selamat sebab tiada menggandungi bahan-bahan kimia. Senang cakap, memang terbaik!
ICE CUBE KULIT PELOLES
“Walaupun dia murah, tapi dia ada memacam khasiat untuk kulit kita tau. Yang penting kalau rajin guna kulit boleh cerah dan peloles. Tapisiapa yang kulit sensitive dengan ice, tak yah guna resepi ni ye. Tunggu jek petua lain yang Aisyah akan share. Okey Senorita,”– Aisyah
Jom tengok cara buat ice cube ni
Bahan-bahan:
1 sdb tepung beras ( yg Aisyah beli ni dah siap campur dengan tepung jagung)
1 gelas air tapis/ mineral
Cara buat :
Campurkan tepung beras dengan air tapis. Kacau rata-rata.
Pastu masukkan dalam bekas ice cube. Dan bekukan selama 5-6 jam.
Bila dah beku, korang golek golek kan dia kat muka.
Tips : Buat sekurang kurangnya 2 kali seminggu. Kalau rajin, boleh buat selalu. 1 hari 1 ice cube jek dah cukup.
Ni antara khasiat ice cube tepung beras
– mengecilkan pori muka
– mengurangkan minyak kat muka
– mengurangkan merah akibat jerawat ( jerawat bengkak)
– sunburn
– kurangkan eye bag
– mencerahkan kulit
– kurangkan bintik hitam dan jerawat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.