Bagi peminat si bulus, melihara kucing umpama menjaga seorang anak. Segala keperluan perlu disediakan dengan sempurna agar tahap kesihatan dijaga. Lebih-lebih lagi jika si bulus menjadi teman tidur dan bermanja.
Begitu juga dengan aspek kebersihan tubuh badan kucing. Segalanya kena tip top, agar tiada jangkitan yang boleh jejaskan kesihatan. Sebagaimana kita menjaga anak, begitu juga dengan si bulus.
Menarik perkongsian seorang pengguna facebook ini, Siti Maryam berkongsi sejenis cecair yang dikenali sebagai ear drops untuk membersihka telinga kucing. Lazimnya jika dibiarkan ia akan menjejaskan kesihatan kucing.
Boleh ikuti panduan lelaki ini selain mendapatkan khidmat doktor haiwan.
Ads
Hai mak pak meow sekalian,, saje nak share kot ada meow kesayangan korang pernah hadapi masalah yang sama..telinga meow saya bahagian dalam penuh dengan kerak2 hitam, ingatkan taik telinga tapi tak hilang hilang bila bersihkan. Lepastu bawak g vet, doc cakap ada parasite dan recommend beli ubat ni. Ni hasilnya lepas seminggu..
Ads
Ads
Bersih telinga si bulus ini. Mudah kan. Boleh jadikan panduan untuk menjaga kucing kesayangan anda,
Bagai kucing dengan anjing, begitulah yang selalu ibu ayah boleh katakan bila mengenangkan perangai dan ragam anak-anak. Memang boleh buat pening kepala jadinya, sikit-sikit ada sahaja benda yang ingin digaduhkan.
Tapi lain pula kisahnya baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang kanak-anak lelaki riang menyambut abangnya pulang dari bekerja, siap kedua-duanya menari di depan pintu telah menjadi tular di laman sosial.
Ibu mereka, Nirwana Azman, 39, tidak menyangka video memaparkan gelagat anak bongsu dan sulungnya itu telah mencuri tumpuan warganet. Tinjauan KELUARGA mendapati hantaran di laman sosial tiktok itu menerima 3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
“Perangai dua beradik, si bongsu memang tunggu abang sulung balik kerja. Macam itulah setiap kali abangnya balik kerja, perlu layan supaya beliau ‘happy’.
“Sebelum ini abangnya suka mengusik sampai menangis. Sekarang abang sudah kerja si bongsu sunyi,” jelasnya.
Apabila ditanya rahsianya, ternyata setiap butir perkongsiannya menyuntik inspirasi dan bolehlah dijadikan panduan untuk yang lain dalam hal bagaimana adik beradik ini menyantuni antara satu sama lain dan pendekatan ibu ayah dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Hubungan adik beradik Muhamad Shamil, 18, Muhamad Shazril, 12, dan Muhamad Shaqil, 8, ini sangat rapat. Ini sebagaimana memetik di SinarPlus.
“Tiada rahsia, cuma adik-adik banyak membesar dengan tangan abang. Maksudnya sejak dari kecil si abang rajin menguruskan seperti memandikan adik, makan abangnya akan suap atau bantu tukarkan baju.
“Kiranya abang sulung banyak ringankan tugas saya. Malah baginya adik-adik insan yang penting. Jika makanan tinggal sedikit, walaupun sudah hendak suap ke mulut beliau sanggup beri kepada adik-adik dahulu,” ujar Nirwana.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui beliau dan suami, Shahril Shaari, 42, juga memiliki hubungan yang erat dengan adik beradik masing-masing.
“Saya dan adik beradik memang rapat. Kalau berjumpa cukuplah kami sahaja tidak perlu orang lain. Riuh sekampung! Adik beradik suami pun rapat,” ujarnya.
Melihatkan hubungan teguh dan mesra anak-anak, hati ibu itu mahu semuanya kekal sehingga ke akhir hayat.
“Harapan saya dan suami pastinya mahu hubungan anak-anak ni kekal hingga ke akhirnya. Setiap malam sebelum tidur saya akan ke bilik mereka mencium dahi dan memeluk mereka.
“Saya akan berpesan ibu abah tiada harta hendak tinggalkan apabila tiada nanti, yang ada hanya harta yang tidak ternilai dan ditukar ganti iaitu anak-anak.
“Apa yang berlaku sekalipun jangan putus hubungan adik beradik. Susah senang, jangan lupa sesama kalian. Hormati abang sulung. Kepada anak yang sulung saya berpesan supaya menjaga adik-adik, itu amanah saya dan suami untuknya,” titip Nirwana.
Kongsi Rahsia Cipta Keharmonian
“Saya dan suami terapkan walaupun anak-anak lelaki perlu pandai melakukan kerja rumah. Solat jangan tunggu disuruh kerana pada masa hadapan hendak jadi ketua keluarga, perlu tunjuk contoh yang baik, rajin ‘turun’ ke dapur dan pandai kemas rumah.
“Untuk mereka adik beradik saya memang melarang menggunakan perkataan ‘kau’ dan ‘aku’, mesti sebut abang dan adik sahaja,” ujar nirwana tentang rahsia keharmonian hubungan.
Malah setiap minggu, beliau dan suami akan meluangkan masa bersama anak bergilir-gilir untuk mendegar masalah anak-anak.
“Rutin kami sejak anak berusia 12 tahun, masa tu anak akan cerita ‘one to one’ tentang isi hati dan masalah mereka. Atau ibu abah terlebih beri perhatian kepada salah seorang. Bimbang ada yang terasa dalam diam. Alhamdullilah rutin itu kami buat sampai sekarang,” kongsinya.
Semoga kisah yang dikongsikan ini memberikan inspirasi buat kita semua dalam mewujudkan hubungan baik antara adik beradik dan anak beranak.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tak luluh, jiwa ibu mana yang tak galau apabila anak yang ditatang bak minyak yang penuh sejak kecil tiba-tiba ‘hilang’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata membuatkan pelakon Noorkhriah tidak keruan.
“Saya tak mampu bayangkan kalau dia (anak) hilang selama lamanya,” itu luahan Noorkhiriah tatkala berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah Azfaizul, 12, dilaporkan hilang.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian, anaknya dilaporkan sudah dijumpai.
“Saya sedar dia hilang daripada pandangan mata sekitar waktu Subuh.
“Jujur saya menggigil ketakutan fikir bukan bukan. Apa jadi kepadanya. Macam macam berlegar dalam kepala.
“Tapi syukur, kawan suami saya menemuinya di sebuah kawasan parkir kereta,” jelasnya lagi.
Sebelum itu, pelakon drama Nur ini berkongsi kehilangan anaknya menerusi laman instagramnya dan memohon bantuan ramai untuk menjejaki anaknya.
Menurut Noorkhiriah, kali terakhir anaknya dilihat berbasikal merah dan menyarung ‘sweater’ berwarna kuning tertera tulisan negara Australia.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai termasuklah rakan artis seperti Azza Elite, Iesya Toh dan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Mereka turut memanjangkan berita berkenaan di Instagram masing masing.
Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkahwin dengan Azfaizul Ahtan sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Selain Hudhaifah, pasangan berkenaan mempunyai anak bernama Muhammad Yusoff, 10 dan anak perempuan bernama Nur (2 tahun).
Peningkatan kes denggi cukup membimbangkan, malah penyakit ini juga mampu membawa kepada kematian terutamanya jika mengalami demam denggi berdarah.
Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes.
Oleh yang demikian, pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah penularan wabak ini.Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.
Beliau berkata, dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan sahaja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.
Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di