Terutamanya perlu kerap menggunakan hand sanitizer ataupun mencuci tangan untuk singkirkan kuman.
Pun begitu, adakah mencuci tangan dengan menggunakan sabun biasa sudah memadai?
Hal ini dikongsikan infonya oleh Dr. Ahmad Luqman.
Soalan: Doktor, saya kerap cuci tangan tapi sekadar guna sabun biasa dan air je sekarang ni, okay ke?
Orang duk sebut pasal hand sanitizer tapi saya tengok harganya boleh tahan. Stok pun tak banyak dekat kedai kebelakangan ni.
Ads
Jawapan: Basuh tangan pakai sabun dan air pun cukup bagus sebenarnya. Malah ia lebih digalakkan. Hand sanitizer selalunya kita guna waktu tiada air dan sabun.
Jika kalian nak tahu, permukaan membran virus tu terbentuk daripada lapisan lemak dan protein.
Bila sabun jumpa lemak-lemak macam tu, memang seronok teruklah, hancur lebur terus struktur virus tu masa kita cuci tangan guna sabun.
Ads
Alah, kan biasanya jika tangan berminyak lepas makan, atau baru selesai buat kerja repair kenderaan ke, kita semua akan cari sabun. Dan ianya efektif benar untuk bersihkan kesan minyak tadi.
Haa, lebih kurang begitulah sabun akan singkirkan kuman dari tangan.
Lagi bagus jika kita gunakan sabun antibakteria.
Ads
Produk pembersih tu selalunya dah tersedia dengan bahan antimikrob tambahan seperti benzalkonium klorida, alkohol dan bahan-bahan antibakteria lain.
Mungkin antara hikmah berlaku wabak sekarang ni, kita semua jadi lebih pembersih. Kalaulah kita boleh nampak kuman-kuman yang berselerak dekat tangan, entah-entah boleh jadi kita terus tak ada selera nak makan, apatah lagi nak sentuh-sentuh muka.
Ikutkan kajian daripada Universiy of Colorado, rupa-rupanya secara purata tangan manusia ni mengandungi 3,200 bakteria daripada 150 spesis berbeza weh!
Orang lain pun tak pasal-pasal geli nak bersalaman dengan kita kalau nampak kuman dekat tangan ni. Huhu.
Selalunya kita akan mengalami masalah sakit kepala tidak tentu masa. Ada yang sekejap je ada juga berlarutan sehingga kena makan ubat tahan sakit. Ada juga dikatakan sakit kepala disebabkan angin dalam badan. Malah jika teruk sangat boleh menyebabkan pesakit muntah. Mungkin jika dibiarkan boleh cenderung kepada migrain.
Tapi tentunya kita tidak mahu kerap makan ubat untuk melegakan rasa sakit kepala. Namun terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan dan petua melegakannya.
Barangkali boleh cuba petua ini. Hanya mengunakan tiga bahan aje, ais dan limau nipis serta air.
PETUA MERAWAT SAKIT KEPALA DAN ANGIN DALAM BADAN
Bahannya
Ais (tak kisah banyak mana)
Limau nipis 3biji ( boleh buat kiraan ganjil)
Air sebaldi
Caranya:
1. Campurkan semua kedalam baldi.
2. Sebelum mandi baca ayat ayat ni diluar bilik air ye dan tiupkan dalam air dan niatlah yang baik baik. Bacaanya ;
Al fatehah 7 kali
Al Ikhlas 3 kali
Selawat 3 kali
4. Mandi macam biasa bersihkan diri dulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaiknya mandi lepas waktu asar ye.
5. Mulakan siram dari kaki bawak ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk. Kalau nak berendam pun lagi bagus yee.
6. Jangan lap dulu, kalau dapat kering sikit lebih baik.
Air ni bukan untuk masalah sakit kepala je, sakit sendi, susah tidur malam, badan bisa. Pun boleh buat.
Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ni,
1. Naikkan seri wajah
2. Kuatkan badan
3. Kuruskan badan
4. Aura positif
5. Merawat kulit jadi sihat
6. Hilangkan bisa dan angin kat badan
Boleh cuba la ye mana tahu makin berseri makin sihat bertenaga anasir negatif pun susah nak dekat.
Memang diakui cuaca masa ini memang panas dan kering, jadi tidak hairanlah bila ramai tidak sihat dan sering batuk-batuk. Hal ini tentu sahaja tidak memberikan keselesaan kapada kita apatah lagi jika di waktu malam pun terbatuk-batuk hingga menyebabkan tidur terganggu. Lagi bertambah kasihan, jika anak-anak kita juga mengalami batuk berpanjangan.
Andainya telah dicuba pelbagai ubat, namun tidak berkurangan ada baiknya dicuba petua dan amalan orang dulu-dulu. Mungkin sesuai dan serasi!
Limau nipis + Kicap
Ambil limau nipis dan perah ambil jusnya. Kemudian letakkan kicap dangaul sebati sebelum diminum. Amalkan sehingga batuk reda.
Madu
Ini antara petua yang cukup popular dan berkesan untuk menghilangkan batuk. Caranya ambil sesudu madu dan dibancuh dengan air suam. Ulang minum air ini dua kali sehari dan batuk biasanya akan reda.
Daun Pudina
Ambil daun pudina 10 helai dan direbus. Setelah itu tambahkan madu dan perahan lemon. Minum dan sebaiknya amalkan dua kali sehari.
Halia
Selain dapat meredakan batuk, halia juga dikatakan dapat mencairkan kahak dan melegakan tekak. Untuk itu, halia hendaklah direbus dan minum airnya. Lakukan amalan ini sehingga batuk berkurangan.
Dan ini pula petua hilangkan batuk untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dengan menggunakan buah delima. Petua ini dikongsikan oleh Farhany Ami Murad.
Katanya ini alternatif daripada pemberian madu. Sebab madu tak bagus untuk anak bawah 2 tahun. Delima ini tergolong dalam kategori yang boleh hilangkan mukus. Dan setelah diberikan jus delima tersebut anaknya alami hingus cair (perlu disedut dan lap selalu), lendir akan keluar ikut poopoo baby.
Bahan-bahan:
cara-caranya:
1. Ambil beberapa biji buah delima
2. Mak bersihkan tangan dulu. Pastu picit buah delima sampai keluar jusnya. Biji-biji tu buang ambil pati jusnya.
3. Masukkan jus pati delima dalam syringe ubat. Berikan pada anak yang batuk.
Nasihatnya, kalau makin teruk please refer doktor ya.
Kredit : Farhany Ami Murad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila dah meningkat usia ni, ramai yang alami sakit belakang. Betul tak? Kadang tu bukan orang tua, orang muda pun ada yang mengadu sebegini!
Selain faktor usia, salah satu sebab boleh sakit belakang kerana posisi badan yang salah yang dipraktikkan termasuklah cara bangun dari katil setiap hari.
Bangun cara salah
Nak tahu cara betul? Jom tengok perkongsian dari Ainphysio di aplikasi Tiktoknya tentang kesalahan yang selalu dilakukan ketika bangkit dari tidur hingga boleh jadi punca sakit belakang.
Dalam video yang berdurasi 15 saat , gadis ini menunjukkan cara bangun yang salah yang ramai orang buat iaitu terus duduk dan tegakkan badan. Cara ini lama kelamaan akan beri risiko pada tulang belakang dan menyebabkan sakit di bahagian itu.
Bangun cara betul
Cara yang sebetulnya untuk bangun selepas tidur adalah dengan mengiring ke sebelah dan menggunakan tangan untuk tolak dan barulah bangun.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...