Cuci Tandas Tak Perlu Sental Kalau Ikut Cara Wanita Ini. Wow, Cukup Mudah!

Share

Membersihkan kotoran degil dari bilik mandi dan tandas tidak semua antara kita suka melakukannya. Namun, bila bilik mandi dan tandas di rumah terlihat kotor pasti membuatkan kita seisi keluarga tidak selesa menggunakannya.

Apatah lagi jika ada tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah kita. Saat itu pasti kita berasa malu kerana tidak menitikberatkan soal kebersihan. Kemungkinan kita akan dilabel sebagai seorang yang pengotor!

Pastinya kita tidak mahu perkara ini terjadi dan oleh itu ketahui ada cara paling mudah untuk menanggalkan kotoran degil tanpa perlu untuk menyental bersungguh-sungguh. Ikuti tip atau cara yang biasa dilakukan oleh Ikin Maskuri ini untuk info bersama.


Tip Membersihkan Tandas/Bilik air.

  1. Basahkan permukaan dinding, lantai, tombol paip, belakang pintu, basin dan semua yang ada di dalam bilik air yang ingin dibersihkan.

2. Lepastu sembur dengan clorox original. Kalau boleh sila     masukkan clorox dalam botol spray. Gunakan hanya peluntur brand Clorox berpenutup biru saja.

3. Bila sudah spray, tinggalkan sekejap. Biar semua kotoran kembang. Setengah jam ke sejam. Kemudian rinse off.

InsyaAllah semua kotoran daki dan kerak akan tanggal begitu saja. Tak payah try hard nak gosok-gosok,  kecuali bekas selaput sabun.  Yang tu memang kena berus sikit. Settle,  Sekarang semua orang boleh cuci tandas dengan mudah !

Nasihat awal: Sila pakai spek dan tutup mulut dan hidung sebab cecair peluntur yang meruwap itu boleh merengsakan kulit.

Sumber : Ikin Maskuri