Sudah pastinya ketika ini ramai sukarelawan membantu meringankan beban mangsa banjir. Ia termasuk mencuci rumah mangsa yang dipenuhi lumpur.
Menerusi perkongsian salah seorang sukarelawan, berkongsi pengalaman di facebook miliknya.
Katanya, sebak dan kagum melihat ketabahan mangsa banjir yang redha dengan situasi yang dialami.
Dalam pada itu, beliau juga memohon orang ramai yang ingin menjadi sukarelawan boleh berbuat demikian untuk membantu lebih ramai lagi keluarga.
Hari ini tak sempat nak update misi cuci-cuci. Terlalu banyak kerja pembersihan yang perlu diselesaikan hingga tak sempat buka FB.
Ini kisah hari kedua.
Sebelum jam 2 petang, siap cuci sebuah rumah. Atas bantuan lori Air Selangor, dapat kami gunakan water jet berkuasa kuda bagi membersihkan siling, dinding, dan lantai yang penuh lumpur.
Kali ini satu pasukan ada 13 sukarelawan, menjadikan kerja-kerja pembersihan lebih cepat banding semalam.
Terima kasih kepada semua yang berusaha walaupun ada insiden tak berapa best. *sabar*
Selepas zohor, saya ikut pasukan lain masuk ke kawasan yang lebih ceruk. Ya Allah, sangka rumah-rumah sebelum ini dah cukup teruk. Rupa-rupanya kali ini lebih hebat ujiannya.
Cuci tiga hari lumpur masih tebal
Lumpur paras lutut, yuolls.Tenggelam terus 1/4 badan hakak. Itu pun kata tuan rumah, mereka dah mula cuci rumah sejak tiga hari lalu.
TIGA HARI, GUYS. Tapi selut masih tebal hingga susah nak bergerak.
Dapatlah tolong kemas apa yang patut sebelum bergerak pulang. Tiada gambar sebelum – selepas kerana selepasnya tu belum benar-benar siap.
.
Dalam pada sibuk membersihkan rumah dan berhadapan insiden tak berapa best, saya kagum lihat salah seorang sukarelawan yang hadir bersama 4 anak yang masih kecil. Paling kecil berusia 5 tahun, sama dengan Safa. Oow.
Anak-anaknya pandai bawa diri; ambil penyapu dan tolak air serta lumpur. Sedikit pun tak dengar anak-anaknya merungut, samalah seperti ayahnya yang kami panggil “Cikgu”.
Waktu perlu kembali ke Kompleks Penghulu, saya dan 2 sukarelawan tumpang kereta Cikgu. Allahuakbar, jauhnya parkir di hujung kampung. Ada dalam 500 meter perjalanan dari rumah yang kami bantu.
Bayangkan anak-anak ikut berjalan sejauh itu dengan keadaan berselut. Tapi masa mereka sampai, semua muka steady. Masya-Allah. Hebat keluarga ini.
Kata Cikgu, dia dah biasakan anak-anak turun membantu sejak anak yang sulung. Maka adik-adik di bawah pun mudah mengikut. Kata Cikgu lagi, “Kalau anak-anak tak ikut, dah tak ada kesinambungan. Kita buat, anak-anak tak buat.”
Antara sebab saya usaha turun padang. Bukan kerana saya baik, tapi saya seronok ditemukan dengan lebih ramai orang baik-baik dan belajar daripada kehidupan orang lain.
Supaya saya belajar menjadi hamba yang lebih bersyukur, supaya saya belajar menjadi manusia yang fokus pada penyelesaian masalah banding menjadi manusia perungut.
Jauh lagi perjalanan saya.
Semoga Allah lorongkan ke jalan yang benar. Amin.
So!
Esok buat apa?
Sekiranya tiada aral, insya-Allah saya turun lagi ke Kompleks Penghulu Mukim Batu 10, Cheras.
Kali ini bukan lagi sebagai mak cik cleaner, tetapi kita akan memegang peranan sebagai acik bundle. Tiber.
Esok kami perlu asingkan pakaian-pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai ikut kategori kerana dah bertimbun.
Sesiapa yang nak jadi sukarelawan esok, ya masih dialu-alukan. Boleh lihat info di ruang komen.
Makan minum disediakan, ada surau untuk perempuan lengkap dengan tandas, kadang-kadang ada kuih dan biskut orang hantar. Kucing pun ada, boleh buat belai-belai.
Ini maklumat:
Sumber: Husna Adnan
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club