Menggambarkan perasaan dapat kunci rumah baru memang berbunga-bunga hati kita. Maklumlah itu tandanya kita sekeluarga akan berpindah ke rumah baru yang pastinya lebih selesa dan besar.
Pun begitu, sebelum berpindah masuk ada satu tugas yang perlu dibereskan terlebih dahulu iaitu ‘projek cuci rumah’. Selain memilih untuk menggunakan bahan-bahan pencuci yang sedia ada dipasaran, ada baiknya gunakan juga cara dan petua membersihkan kediaman iniyang bukan sahaja mudah dilakukan dan yang penting berkesan!
Jom semak, apa yang kita perlu buat.
Tip Cuci Rumah
Nak kilatkan lantai rumah berkilau seperti cermin
Ambil pencuci lantai dan campurkan bersama cuka dan air panas. Kemudian mop seperti biasa dan kesannya cukup puas hati. Lantai bukan sahaja bersih malah berkilau seperti cermin.
Elak habuk senang lekat di perabot
Biasanya kawasan kediaman baharu, terdapat banyak kesan daripada kerja-kerja pembangunan di kawasan perumahan. Jadi nak pastikan perabot di dalam rumah tidak mudah berabuk, ibu perlulah lap perabot menggunakan softener pakaian dgn kadar 1:10. 1 penutup softener dgn 10 cawan air.
Wangikan ruang rumah dan udara kekal segar
Petua yang cukup menjimatkan untuk pastikan rumah berbau harum dan segar, mudah sahaja campurkan softener dengan cuka, kemudian semburkan pada langsir. Jika tidak pun, boleh juga menggunakan limau atau lemon yang dihiris dan letakkan di dalam bekas berisi air.
Nak bersihkan lantai bilik air supaya berkilat.
Campurkan 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental dan cuci macam biasa.