Jika diingat-ingat bila rasanya kali terakhir anda membersihkan peti sejuk? Mungkin telah berbulan-bulan lamanya atau bagaimana? Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini.
Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar
Selain itu, sekiranya terjadi bekalan elektrik terputus untuk jangka masa yang lama tentu akan menyebabkan peti sejuk akan berbau kurang enak. Lebih-lebih lagi jika ketika itu ada menyimpan ikan dan daging, tentu petisejuk berbau hanyir dan sebagainya. Untuk itu, ada juga cara lain yang boleh dicuba untuk menyelesaikan masalah peti sejuk yang berbau iaitu dengan menggunakan bancuhan sodium bikarbonat.
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 sudu sodium bikarbonat
Satu mangkuk air
Roti
Cara penyediaan :
3. Letakkan soda bikarbonat di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk bersama dengan beberapa kepingan roti.
4. Buka suiz peti sejuk dan biarkan semalaman tanpa mengisi apa-apa barang di dalam peti sejuk.
5. Keesokan harinya barulah dikeluarkan semua bahan tersebut dan peti sejuk akan kembali berbau harum seperti baru dibeli.