Siput pepahat atau ada juga yang menamakan dengan siput buluh  memang enak dimakan sama ada dimasak tumis mahu pun dibakar.

Pun begitu, sebelum dapat dimasak perlu diberi perhatian dan  ketelitian dalam mencucinya agar bersih sepenuhnya. Ini memandangkan makanan bercengkerang biasanya akan terdapat lumpur, pasir dan sebagainya yang perlu dikeluarkan dengan sempurna.

Jika terlepas pandang tentang perkata itu, maka tidak hairanlah boleh menjadi penyebab kita seisi keluarga boleh keracunan makanan selepas makan makanan yang bercengkerang.

Jadi bagi yang teringin untuk menikmati enaknya rasa siput pepahat ini dan ingin memasaknya sendiri namun masih tidak tahu cara membersihkannya, apa kata anda baca perkongsian daripada seorang chef di facebook akaun Arbi Mohd Arbi ini.

Rupanya tidak susah mana pun dan ini perkongsiannya.

Cuci Pepahat Tak Akan Bersih Jika Tak Buang Ni. Mungkin Ada Tak Tahu, Begini Chef Ni Tunjuk Caranya!

 

Membersihkan Siput buluh atau pepahat atau ambal ataupun kalau orang NismeyLand panggil bamboo clamp.

Habitat pepahat ni ialah di dalam pasir di kawasan pantai, dan umum mengetahui di dalam pasir yang sedikit berlumpur ni mengandungi 1001 kekotoran serta bakteria dan di sini juga saya ingin menyatakan..makanan bercengkerang ini ialah makanan yang berisiko tinggi untuk golongan lanjut usia…wanita mengandung dan kanak kanak (TCs Food dalam istilah serve safe management)

 

Ads

Jika salah cara pengendalian makanan ianya akan menjadi bahaya dan boleh menyebabkan food borne illness dalam erti kata lain. Jika anda tidak membersihkannya dan ianya tidak dimasak dengan betul anda mungkin akan bermalam di dalam tandas!

Saya serta kan gambar dan langkah-langkah pembersihannya. Rasanya amatlah berbeza selepas dibersihkan kerana “funny taste” yang sebelum ini anda rasai telah hilang.

So…inilah rupanya pepahat. Nampak ianya berpasir dan sedikit berlumpur. Rasanya kenyal-kenyal dan kandungan garam yang amat banyak sebab rasa dia dah cukup masin jika dimasak tanpa garam.

Cuci Pepahat Tak Akan Bersih Jika Tak Buang Ni. Mungkin Ada Tak Tahu, Begini Chef Ni Tunjuk Caranya!

Ini pula rupa isi perut dia, di dalam ini lah yang saya katakan terkandungnya pasir dan sedikit Lumpur. Ianya harus dibersihkan di bawah air yang lalu, just koyakkan buang isi yang berwarna coklat serta line hitam tu.

Inilah yang amat bahaya jika tak dimasak dengan sempurna, toxic di dalam makanan.

Cuci Pepahat Tak Akan Bersih Jika Tak Buang Ni. Mungkin Ada Tak Tahu, Begini Chef Ni Tunjuk Caranya!

Ads

Setelah dibersihkan. Inilah hasil bedah siasat kita…ianya sedikit berpasir serta mempunyai bau yang tersendiri. Ini yang saya maksudkan “funny taste”

Cuci Pepahat Tak Akan Bersih Jika Tak Buang Ni. Mungkin Ada Tak Tahu, Begini Chef Ni Tunjuk Caranya!

Hasil untuk satu pepahat, baru satu tau kalau 10?15?25? Mesti penuh mangkuk ni. Selama ni telan je semua masuk dalam perut, tengah malam sikit berebut toilet.

Cuci Pepahat Tak Akan Bersih Jika Tak Buang Ni. Mungkin Ada Tak Tahu, Begini Chef Ni Tunjuk Caranya!

Nampak tak hasilnya bersih, suci, murni je tanpa dipengaruhi warna isi perutnya. Saya suka bakar je, simple but padu.

Semuanya terpulang pada anda. Anda yang menentukan apa yang anda makan tapi tugas saya mengajar apa itu keselamatan penyediaan makanan.

Ads

Sumber : Arbi Mohd Arbi 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI