Rasanya kita semua biasa mendengar saranan doktor untuk sentiasa minum air putih secukupnya untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Rupa-rupanya ia bukan hanya sekadar pesanan, malah Dr Malar sendiri turut menyakini dengan minum air putih terutamanya air mineral akan menjadikan kulit wajah seseorang akan terlihat lebih glowing dan nampak muda.

Bahkan bukan sekadar minum, Dr Malar akui turut menggunakan air mineral untuk mencuci wajahnya bila travel.

Apa sebabnya Dr Malar berkata begitu ya?

Nak tahu detail di sini dikongsikan faktanya untuk info bersama.

“Cuci Muka Dengan Air Mineral…”-Dr Malar Kongsi Tip Dapatkan Kulit Glowing & Sihat!

 

Ads

“Saya bagi satu rahsia, kalau travel saya cuci muka dengan air mineral saja. Saya tak guna air di hotel sebab takut ada outbreak, tumbuh jerawat. You all tak nak ikut tak mengapa tapi pastikan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup dan cari mineral yang cukup dalam air yang kita minum”

“Kulit yang glowing adalah kulit yang bersih dan sihat.

“Untuk dapatkan kulit yang bersih dan sihat you all tak payah pun pergi cari pil putih lah, jus nak jadi putih lah sampai buah pinggang rosak. Tak payah.

“Ada tiga sahaja tip dan langkah mudah untuk dapatkan kulit glowing yang boleh beri keyakinan diri yang tinggi.”

“Cuci Muka Dengan Air Mineral…”-Dr Malar Kongsi Tip Dapatkan Kulit Glowing & Sihat!

Ads

Langkah Satu

  1. Cuci muka paling kurang dua kali sehari. Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit.
  2. Guna skrub muka paling kurang dua atau tiga kali seminggu.
  3. Lepas itu guna pula facial mask. Lepak, rehat bagi kulit bernafas.

Langkah Dua

  1. Minum air putih yang cukup. Ini yang paling penting, bukannya minum jus-jus yang mengarut. Bila minum air putih, pastikan you all pilih yang ada mineral-mineral yang penting untuk kecantikan kulit.
  2. Cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika kerana ia penting untuk tubuh kita serap kolagen dalam proses pembinaan kolagen. Maksudnya kalau tubuh kita sedang membina kolagen, silika memperkuatkan ikatan tersebut seterusnya memastikan kolagen itu duduk di tempat yang sesuai.“Cuci Muka Dengan Air Mineral…”-Dr Malar Kongsi Tip Dapatkan Kulit Glowing & Sihat!

Silika juga penting untuk pastikan kulit kita tegang dan kurangkan kendur atau kedutan. Senang kata silika ini penting untuk kulit kita. Sebab itu sangat penting you all minum air putih yang cukup. Pastikan ia mengandungi mineral-mineral yang penting untuk kecantikan dari segi dalaman tu cukup.

Saya sendiri suka cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika. Saya tak percaya, makan suplemen kolagen boleh tinggikan kolagen dalam tubuh,itu saya rasa pelik sangat bunyinya.

Ads

Sekarang umur nak cecah 40an ni, kolagen makin berkurang dalam tubuh. Malah, wanita daripada usia 20an sebenarnya pembinaan kolagen dalam tubuh agak berkurang.

Langkah Tiga

1.Buat facial. Tapi kalau tak sempat, nak buat di rumah pun boleh. Sekarang ini banyak yang diy. Yang penting cuci muka dan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup untuk kecantikan kulit. Jangan minum jus putih sampai malaikat tak kenal korang.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Cuci Muka Dengan Air Mineral…”-Dr Malar Kongsi Tip Dapatkan Kulit Glowing & Sihat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI