
Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah. Dia hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Wahh macam makanan pulak dah.
Khairul Abdullah
#SuperDaddy
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Masa Dapat Gambar Scan, Anak Tekak Dia Terbahagi Dua. Saya Rasa Down & Menangis Tapi Redha.”

Kehadiran zuriat sememangnya dinantikan dalam setiap pasangan suami isteri yang sudah berumah tangga. Gembira dan rasa bersyukur hanya Tuhan yang tahu bila mana di dalam rahim terisi satu nyawa. Kegembiraan berganda bila mana Tuhan menganugerahkan lagi zuriat kedua dalam rumah tangga.
Namun, siapa kita yang mampu menolak takdirnya. Di saat hati sedang teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua, tetapi pasangan ini diduga dengan berita anak yang dikandung isteri bermasalah.
Demikianlah yang dikongsikan oleh puan Wajihah Hassan menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Dapat gambar first scan deeja masa 26 weeks sebab masa 22 weeks tu dia tutup muka tak nak tunjuk. Tapi doc yang checkup saya tu dia memang specialist. Even 2D dia dah boleh nampak. Siapa ingat saya pernah upload gambar scan ni tapi dikaburkan ?
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Masa ni rasa seram sejuk, menangis, down. Kalau tengok gambar scan tu memang sampai ke dalam hidung. Gambar scan kedua yang lagi jelas masa buat details scan kat PPUM nak tengok palate. Masa tu dah 32 weeks. Sangat clear menunjukkan deeja bilateral cleft. Saya redha dah macam mana pun dia keluar. Nak tak nak saya memang kena ready mental fizikal. Tiap kali google baby bilateral cleft lips memang saya menangis. Suami siap cari info daripada A sampai Z pasal ni. Persediaan rapi katanya ?
Baiknya Allah bila lahir deeja hanya unilateral cleft. Allah dengar doa saya dan doa yang saya kirim untuk semua. Saya nak deeja normal tanpa sebarang cleft dan Allah beri unilateral cleft lips. Palate pun tak full. Masih ada sambungan cuma anak tekak deeja kena sekali. Terbahagi dua.
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Yeah! Ini lah Khadeeja Sofia. Anak yang saya paling tak sabar nak lihat. Anak yang saya paling excited beli itu ini untuk persediaan dia lahir sebab masa si kakak tak mampu sangat.
Bila keluar perut doc letak atas dada, dia dah duk hisap jari dan terus dibawa ke NICU.
I love u sayang. 6 bulan pertama dah nak habis. Struggle pula untuk next phase. Mommy simpan sini semua untuk kenangan selepas op nanti.
You are so perfect for me ❤️ #IamKhadeejaSofia #babycleftlipandpalate
Sumber: IG ukhti_wajihah
Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi.

Hati mana yang tidak sedih, apabila duit simpanan hilang sekelip mata. Lebih sebak apabila duit KWSP baru sahaja diterima hilan begitu sahaja.
Menerusi facebook saudara Md Nor Izzudin mendedahkan dirinya telah diperdaya oleh scammer sehingga duitnya dalam akaunnya hilang sebanyak RM18,700.
Dia tidak menyangka, keputusannya untuk mengambil khidmat membersihkan rumah rupanya mengundang padah apabila ditipu dengan mudah.
Telah membuat laporan polis, dia turut berkongsi kronologi kejadian itu supaya menjadi iktibar buat orang ramai.
“Semoga lebih ramai yANg akan dapat maklumat tentang modus operandi scammer ini.”
Seterusnya ikuti perkongsian saudara Md Nor Izzudin. ini.
Kronologi Kena Tipu.
Kisah aku hilang duit dalam akaun selepas buat tempahan servis mengemas rumah.
Tak sangka benda ini berlaku dengan sangat pantas. Dan macam tak sangka lah macam mana diorang boleh curi duit aku.
- Mula-mula aku tertarik dengan iklan servis membersihkan rumah yang ditawarkan.
- Aku pon menekan button whatsapp yang diberikan dalam iklan tersebut.
- Dalam perbualan whatsapp aku diminta untuk melakukan tempahan melalui aplikasi yang mereka suruh download melalui link yang diberikan. Aplikasi itu bernama My Maid.
- Aku isi segala maklumat dalam aplikasi tersebut untuk menempah servis yang mereka ada.
- Kemudian masuk dekat bahagian bayaran. Hanya ada bayaran menggunakan FPX. Dan aku memilih untuk membayar menggunakan maybank2u.
- Semasa aku hendak buat bayaran, setiap kali aku masukkan Username dan Password akan berlaku error. Sedangkan username dan password adalah yang betul.
- Kerana banyak kali mencuba dan tidak berjaya, aku pon snaplah gambar transaksi yang tidak berjaya dan hantar semula kepada nombor tadi.
- Nombor tadi melakukan semakan dan menunjukkan memang tempahan aku masih lagi belum selesai. Lalu mereka setuju untuk tempahan aku dibayar selepas servis.
- Tamat perbualan aku tadi.
Terima notifikasi
2 jam kemudian. Kejadian tak diingini semua orang berlaku. Tiba-tiba aku terima notifikasi transaksi yang bukan aku buat. Mulanya hanya 1 transaksi. Aku jadi bingung kerana aku tidak ada lakukan transaksi tersebut.
Aku terus menelefon Maybank Customer Service punya nombor. Semasa menunggu customer service angkat call. Dua lagi transaksi dilakukan. Dan habis semua simpanan yang ada dalam akaun aku sekelip mata.
Transaksi berlaku tanpa ada permintaan TAC daripada nombor telefon aku dan tiada permintaan kebenaran pemindahan wang masuk dalam telefon ku. Benda berlaku sekelip mata. 3 transaksi berlaku dalam masa yang sangat singkat telah menghabiskan segala duit yang ada dalam akaun aku.
Taktik
Ini yang aku rasa tektik yang mereka guna:
- Menggunakan iklan yang menarik perhatian orang untuk menggunakannya. Terutama servis-servis mengemas rumah.
- Semasa proses pembayaran, layar Maybank yang digunakan berlainan dari layar biasa. Layar tersebut meletakkan Username dan Password dalam paparan yang sama.
- Walaupun sudah letak username dan password yang betul, transaksi tetap gagal.
Tak sangka sncammer
Kalau korang baca cerita ini mungkin akan berasa salah aku kerana aku terpancing untuk menekan link aplikasi dan membuat bayaran didalam aplikasi berkenaan. Bermaksud aku sendiri yang mendedahkan maklumat aku.
Tetapi aku tidak sendiri tidak menyangka yang scammer menggunakan cara sebegini untuk mendapatkan maklumat kita. Jadi aku dedahkan cara ini supaya tak ada siapa yang kena.
Lagi pelik transaksi itu tidak menghantar kepada nombor telefon aku untuk permintaan TAC ataupun permintaan kebenaran pemindahan wang. Kebiasaannya transaksi kepada pihak ketiga sama ada perlu isi TAC ataupun perlukan kebenaran transaksi melalui telefon bimbitku. Barulah transaksi tersebut boleh dijalankan.
Sekarang ini aku kena tunggu hari isnin baru boleh teruskan proses aduan aku. Sementara ini, akaun Maybank aku telah dibekukan. Hanya transaksi masuk sahaja boleh. Transaksi keluar dan segala maklumat akaun aku tak boleh nak semak.
Hilang RM18.7K!
Aku memohon doa-doa kalian supaya proses aduan aku berjaya. Dan duit yang hilang ini dapat dikembalikan semula. Duit yang hilang jumlahnya agak besar bagi aku. Kerana ia termasuk wang KWSP dan juga komisen kerja yang aku baru terima.
Aku cuma boleh cakap, aku terpilih untuk melalui pengalaman discam sebegini rupa. Dan aku harap pendedahan yang aku buat ini dapat mengelakkan orang lain pula yang discam.
Jom kita hentikan jenayah scam ini.
Apa-apa pun, kalian doakan aku berjaya dapat semula duit yang hilang itu ya.
Dan minta kalian hati-hati dan jangan jadi seperti aku. Sayangi duit anda. Alihkan simpanan ke tempat yang lebih selamat.
Dekat sini saya sertakan video dari Maybank tentang malware scam ini.
Updated
Kenapa saya tidak dapat TAC semasa proses pemindahan dilakukan
Kerana app yang saya telah install itu ada malware. Berkemungkinan telah memintas sms TAC tu kepada no fon mereka tanpa melalui persetujuan saya.
Scammer tidak boleh hack sistem bank, tetapi mereka hack melalui sistem pengguna seperti kita.
Minta semua kerap buat password update utk sistem perbankkan anda.
Bukti kena tipu
Sumber: Md Nor Izzudin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Baju Comel Disangkakan Baju Bayi, Rupanya Baju Haiwan Peliharaan. Gelagat Asha Buat Ramai Terhibur.

Beberapa hari lepas, dilihat Harris Annuar atau mesra dipanggil Aboy memuat naik gambar percutian bersama isterinya, Asha Merican di Starfield Library. Pasangan ini memilih Korea Selatan sebagai destinasi pilihan mereka.
Baru – baru ini di akaun Instagram Aboy, beliau ada berkongsikan satu video yang menunjukkan telatah Asha ketika terjumpa gerai menjual pakaian di tepi jalan di negara itu. Kelihatan dari jauh baju – baju itu seperti baju bayi dan Asha berasa sangat teruja untuk melihat baju – baju tersebut dan mengajak Aboy untuk melihatnya.
Perangai mak – mak memang begitu, nampak baju comel dan stail terus teringatkan anak. Terus rasa teruja dan bersemangat untuk membeli. Asha membelek – belek baju yang ada tanpa menyedari baju – baju itu adalah baju haiwan peliharaan iaitu anjing.
Aboy yang sedang merakam video it uterus tertawa semasa melihat patung anjing yang dipakaikan baju comel di situ dan menyedari bahawa baju – baju comel tersebut adalah baju anjing.
Asha memberi reaksi dengan penuh terkejut sekaligus mencuit hati selepas diberitahu baju itu adalah baju anjing. Dalam terkejut, sempat Asha berpaling dan memalingkan muka untuk melihat lagi sekali kea rah kedai itu.
Perkongsian video tersebut mendapat reaksi lucu daripada warganet. Rata – rata peminat terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh Asha.
Untuk rekod, Aboy dan Asha mula mendirikan rumah tangga tanggal pada 11 Jun 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Auraa Medina.
Sumber: Instagram Harris Annuar
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club