Cuci Buah Mata Kucing Pun Ada Petuanya, Barulah Tak Batuk Atau Sakit Tekak Bila Makan!

Share

Buah mata kucing bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis malah turut boleh dijadikan pelbagai menu yang istimewa. Sama ada dijadikan air minuman menyegarkan mahu pun jeruk yang mempunyai rasa masam-masam manis, ianya memang mampu menjentik selera sesiapa jua.

Buat yang teringin nak merasa air mata kucing yang menyegarkan bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Asmawati Nasir ini.

Air mata kucing

Buah mata kucing kering secukupnya
1 buku gula Melaka
2 buku gula batu
Gula mengikut kemanisan
Air secukupnya
Daun pandan di simpul

Cara-cara

1. Cuci buah mata kucing hingga bersih
2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
4. Perasakan dengan gula.
5. Siap dihidangkan panas atau sejuk.

Tak pun lagi best kalau dapat makan jeruk buah mata kucing asam boi. Lihat sahaja gambar yang dishare oleh @eddriantjhia (instagram) ni, memang kecur liur dibuatnya.

Pun begitu, perasan tak ada juga sesetengah antara kita bila makan sahaja buah mata kucing ini akan mudah sahaja mendapat batuk ataupun tekak terasa gatal. Mengelakkan semua ini terjadi, ketahui dulu cara atau petua cuci buah mata kucing agar bersih dan selamat dimakan. Jadi jom semak cara cuci buah mata kucing dengan cara yang betul!

PETUA CUCI BUAH MATA KUCING DENGAN AIR GARAM

Buah mata kucing juga perlu dicuci dengan cara yang betul untuk hilangkan segala kotoran pada kulitnya serta elakkan keracunan dan sakit seperti batuk.

CARANYA:
1. Rendamkan buah mata kucing dalam air garam.
2. Biarkan dalam 15/20 minit
3. Keluar segala kotoran pada kulit
4. Lepas tu boIeh bilas buah mata kucing dengan air bersih.
5. Selamat dimakan.

Cuci dengan cara ini lebih terjamin bersih bila nak makan, berbanding sekadar cuci dengan lalukan air.

Selamat Mencuba!

Kredit:Azie Erme