Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Ads
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
Ads
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
Ads
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyampai radio , Shiera membuktikan penceraian tidak membuatkan hubungan antara dia dan bekas suami terputus begitu sahaja.
Umum mengetahui, dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya hasil perkahwinan terdahulu bersama vokalis kumpulan lagenda, Black Dog Bone, Jatt Ali.
Namun hubungan mereka masih kekal baik daripada dulu sehingga kini. Bahkan pernah sebelum ini,shiera memuatnaik gambar bekas suaminya datang berkunjung ke rumahnya.
Terbaru, ibu kepada lima cahaya mata ini berkongsi gambar-gambar dan video ketika berlangsungnya majlis merisik anak sulungnya itu menerusi Instastory Shiera.
Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Jatt dan isterinya dikenali sebagai Ree. Yang pasti, insan paling sibuk adalah shiera memandangkan dia ibu bakal pengantin sementelah ini adalah majlis pertama dalam keluarga mereka.
Dalam meraikan majlis anak sulungnya, Sempat lagi Jatt jamming bersama Airra dan Airell .
Malah menurut Shiera, anak-anaknya bila bergabung dengan Papa Jatt, memang gamat jadinya. Seronok tengok hubungan baik yang terjalin antara mereka.
Tak lama lagi bakal mendapat menantu sulung, pasti tak sabar Kan. Bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru tak lama lagi. Moga semuanya berjalan lancar.
Setiap orang ada cara tersendiri untuk kekal positif dalam diri mereka.
Bagi penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz, untuk kekal positif dia sememangnya mengamalkan bismillah 5 yang diajarkan oleh Cik Manggis dan suaminya.
“Yang share dengan Azira is Cik manggis dengan husband dia. Diorang memang banyak ajar azira benda-benda macam tu. So diorang ada share dengan Azira selalu baca bismillah 5. Benda tu Azira memang amalkan.
“Kalau kata baca buku, for now Azira tak ada baca buku tapi rely on quotes yang boleh relate Azira save,” katanya ketika ditemui Majalah Keluarga ketika sidang media drama terbaru di Viu Ijab Kabut.
Bicara tentang jodoh, Azira yang mengimpikan tema perkahwinan ala ‘Garden’ ini beritahu bahawa dia sudah bersedia namun belum ada jodoh lagi.
“Honestly, saya dah ready dengan umur saya yang sekarang ni. Kalau nak cakap kita x ready, you will never be ready.
“So i guess like this time im ready cuma jodoh saya tak datang lagi.
“Azira memang impikan kalau boleh azira nak buat outdoor, dah fikir dah, dah ada konsep. kalau boleh azira nak buat dekat hill yang boleh nampak view, just like simple orang boleh sitdown.
“Kalau boleh memang outdoor, garden wedding, ada hill with great view.” tambahnya.
Ditanya lelaki yang tidak boleh mendekati Azira, dia mengatakan dia tidak suka lelaki yang tidak jujur dan panas baran.
Menjadikan ibunya sebagai inspirasi, Azira pernah simpan niat untuk memiliki perniagaan sendiri seperti ibunya.
“I call her my supermom, supergirls. one of it kenapa kita buat lagu supergirl sememangnya saya terfikir mak saya.
“Sebelum saya jadi De Fam saya simpan niat kalau boleh saya nak own a bisnes like her
and she my inspiration to be where im right now.” jelasnya.
Isteri sememangnya ladang pahala buat suami. Bukan hanya menjalankan tanggungjawab bahkan melayani isteri dengan baik juga terus menerus membuatkan suami makin luas rezekinya, tak putus-putus.
Perkongsian ringkas saudara Firdaus Shakirin ini sememangnya banyak benarnya. Layankan isteri dengan sebaiknya, makin berkat hidup berumahtangga. Makin murah rezeki.
Rezeki suami tak terus murah dengan adanya isteri. Tapi rezeki suami jadi murah bila suami layan isteri dengan baik hati.
Layanan tu yang membuka pintu rezeki suami. Dengan layanan baik hati suami, dengan tak berkiranya suami pada isteri, dengan suami tak abai dan tak culas tanggungjawab dan tugasnya pada isteri, buatkan si isteri itu sentiasa mendoakan suami.
Isteri bersyukur dijodohkan dengan suami sebegini. Isteri doa, isteri terima kasih pada Allah dan isteri nak Allah mempermudahkan lagi urusan seharian suami dalam mencari rezeki untuk keluarganya.
Banyak hak isteri yang suami perlu tunaikan. Banyak kewajipan suami yang suami perlu jalankan.
Penuhi hak dan kewajipan ini, berbuat baik dan layan isteri dengan penuh kasih sayang seperti yang dituntut oleh islam dan ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w, maka rezeki suami masuk mencurah-curah asbab kita dah buat apa yang wajib.
Bagi nafkah, wajib. Berbuat baik pada isteri dan anak-anak juga wajib. Layanan tu yang mendatangkan rezeki.
Anzalna tak percaya dengan maid, "Saya tak akan tinggalkan anak dengan pembantu rumah." Tular satu video yang dimuatnaik oleh pempengaruh media sosial, Dr Say. Video itu memaparkan anak lelaki ketiganya, Zeq telah dikasari oleh pembantu rumah yang sebelum ini pernah membawa masuk lelaki di kediamannya pada Julai lalu.