Cuba Resipi Kek Coklat Yang Satu Ni, Nak Bakar Atau Kukus Pun Boleh. Tetap Moist & Enak!

Share

Lain orang lain citarasanya, namun bila menyentuh tentang resipi kek coklat ramai teruja untuk menikmatinya. Bukan sahaja kanak-kanak malah kita orang dewasa pun Kek coklat memang enak dan ramai yang suka, sama ada dimasak bakar atau dikukus. Andai kata tiba-tiba terasa teringin untuk menyediakan sendiri, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan ini.

Resipi Kek Coklat Moist
Bahan A
1 Cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak
~ Campur semua bahan.A … masak di atas api kecil hingga larut sebati … bila dah sebati …tutup api ..

Bahan B
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
~ Ayak bahan B …

Bahan C
3 Biji telur size A
1 Sudu kecil esen vanilla
~ Blender bahan c hingga kembang

Cara-cara …
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain masukkan pula bahan B dan C secara selang seli.

2. Semuanya guna whisk sahaja ye  bila dah sebati semua. Kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni kalau tak tapis pun tak apa.

3. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.

4. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Bekas yang paling kecil 10 minit yang sedang 15-17 minit, yang besar 40-45 minit. Boleh juga cucuk dengan lidi  untuk mengetahui telah masak sepenuhnya, jika lidi kering dah masak la tu

Saya bakar menguna teknik waterbath, masak selama 40 minit, suhu 180 atas bawah

****Yang tanya bakar dalam bekas tu cair ke? Jawapanya tak cair . Sebab ada air dalam tray tu .

Topping
1 cawan koko
1 Cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 Cawan susu cair
Campur semua .. masak secara double boil .
Jika nak.lagi leleh .. tambahkan lagi susu cair sedikit.


Selamat mencuba

Sumber : Hazila Baharudin

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club