Semakin usia meningkat, perubahan kulit wajah makin ketara. Kulit mula terasa kering dan berjelaga, kusam dan tak bermaya. Bintik-bintik hitam juga tanpa kita sedar makin banyak mula bertapak di kulit muka.
Mungkin boleh disorokkan dengan solekan tebal namun apabila tanpa solekan, wajah kembali jelas. Adakalanya buat kita rasa rendah diri di depan suami.
Jeragat dan bintik hitam adalah lumrah biasa. Malah kata pakar kecantikan ia sebenarnya berpunca daripada perubahan hormon. Buntu memilih produk untuk memulihkannya, ada cara tradisional yang boleh dilakukan untuk memudarkan bintik ini.
Halia antara salah satu bahan yang bertindak memulihkan bintik hitam ini. Caranya amat mudah. Hanya tiga bahan yang diperlukan iaitu halia segar, cuka dan madu.
Ads
Hilangkan Bintik Hitam Dengan Masker Halia
Caranya:
Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2. Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
Ads
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
Ads
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: How
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pada zaman sekarang, ramai isteri yang bekerja malah ada yang membuat extra kerja demi untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga.
Jika dulu, isteri bekerja untuk membantu suami namun kini sudah lain jadinya. Ramai lelaki yang memilih untuk duduk di rumah dan hanya bekerja sambilan tanpa berusaha mendapat pekerjaan tetap.
Namun bagaimana dari segi hukum jika si isteri yang membayarkan zakat fitrah bagi suami yang tidak bekerja juga seisi keluarga. Ikuti penjelasan dari Mufti Selangor berhubung perkara ini.
Soalnya, bolehkah wanita seperti ini membayar zakat fitrah buat sang suami? Untuk menjawab persoalan tersebut, Mufti Selangor ada berkongsikan berkenaan penjelasannya. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti jawapannya seperti berikut:
Kewajipan membayar zakat fitrah isteri dan anak-anak adalah terletak kepada suami. Seandainya suami tidak berkemampuan, maka isteri dan anak-anak tidak diwajibkan membayar zakat fitrah walaupun isteri berkemampuan. Tidak menjadi kewajipan kepada isteri untuk membayar zakat fitrah bagi dirinya mahupun bagi suaminya sekiranya suami tidak berkemampuan. Tidak sah bagi isteri membayar sendiri zakat fitrahnya melainkan dengan keizinan suami. Tanpa keizinan suami, wang yang dikeluarkan oleh isteri dianggap sebagai sedekah biasa dan bukan zakat fitrah. Walau bagaimanapun, diharuskan kepada isteri yang berkemampuan untuk bersedekah atau menghadiahkan wang kepada suami agar suaminya mampu untuk membayar zakat diri, isteri dan anak-anaknya.
Zakat fitrah ini sebenarnya adalah sedekah yang wajib dikeluarkan oleh semua umat Islam yang cukup syaratnya. Ianya wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat fitrah ini adalah bertujuan untuk memberi makanan kepada orang miskin dan mencukupkan keperluan serta permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kalau ada satu jenis makanan yang boleh dimakan bila bila masa tak kira tempat dan masa. . Jawapannya, biskut. . Sambil mengeteh mengopi. Pencuci mulut selepas makan. Pengisi perut selepas buat kerja. . Mesti ada kaki biskut. Macam macam jenis biskut dengan rasa, saiz dan warna berbeza. . Tapi ramai tak tahu, tabiat suka mengudap snek rangup kecil molek ni boleh bawa ‘padah’ kepada kesihatan. . Biskut senang dapat di kedai serbaneka. Biskut segera tak sihat. Ramai tak tahu dalamnya ada high-fructose corn syrup. . Penyebab nikmat sihat otak ditarik sekelip mata.
Keupayaan otak untuk belajar dan mengingat makin hari makin merosot.
Sensitiviti insulin menjunam jatuh. Lemak pada organ hati membukit. Berat badan makin bertambah.
Gula dalam darah mencanak naik. Badan jadi craving. Mahukan lagi. . Yang komplen kenapa kulit kedut kedut. Dia ni antara penyebabnya. Kolagen dan elastin dijahanamkan oleh kandungan gula tinggi.
Gerun membayangkannya.
Jadi, elak ambil biskut segera macam ni. Cari yang sihat.
Kening memainkan peranan penting dalam tatarias mekap. Bagi anda yang memiliki bentuk muka panjang, sebaiknya bentuk kening haruslah lurus, manakala muka bulat pula lebih sesuai dengan bentuk melengkung.
Untuk anda yang memiliki bentuk muka empat segi sesuai jika bentuk kening jenis bersudut. Sementara bentuk muka segi tiga sebaiknya memilih bentuk kening melengkung. Bagi mereka yang memiliki dahi sempit, sesuaikan bentuk kening jenis melengkung sedikit. Berikut langkah untuk mendapatkan bentuk kening sempurna:
Wajah sebelum solekan.
Letakkan pensel secara menegak dari hujung hidung ke kening.
Kemudian gerakkan pensel ke tengah tulang kening.
Diikuti pula ke bahagian hujung hidung dan ke hujung anak mata. Di sinilah sepatutnya kening anda akan berakhir. Bagi yang memiliki hidung kemik, pastikan hujung pensel anda berada pada tengah hidung.
Setelah itu, mula membentuk kening. Setelah itu, sapukan pula alas bedak di bahagian bawah kening untuk menampakkan bentuk kening yang sempurna. Pastikan sapuan di bahagian hujung mata lebih tebal untuk mengelakkan wajah nampak garang.
INFO: Elakkan menyapu tebal di bahagian awal kening kerana boleh membuatkan wajah tampak lebih garang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.