Semakin usia meningkat, perubahan kulit wajah makin ketara. Kulit mula terasa kering dan berjelaga, kusam dan tak bermaya. Bintik-bintik hitam juga tanpa kita sedar makin banyak mula bertapak di kulit muka.
Mungkin boleh disorokkan dengan solekan tebal namun apabila tanpa solekan, wajah kembali jelas. Adakalanya buat kita rasa rendah diri di depan suami.
Jeragat dan bintik hitam adalah lumrah biasa. Malah kata pakar kecantikan ia sebenarnya berpunca daripada perubahan hormon. Buntu memilih produk untuk memulihkannya, ada cara tradisional yang boleh dilakukan untuk memudarkan bintik ini.
Halia antara salah satu bahan yang bertindak memulihkan bintik hitam ini. Caranya amat mudah. Hanya tiga bahan yang diperlukan iaitu halia segar, cuka dan madu.
Hilangkan Bintik Hitam Dengan Masker Halia
Caranya:
- Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2. Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: How
Amal Jus Ubi Bit Setiap Hari, Rahsia Muka Flawless, Kena Cuba Ya!
Ubi bit memang sedikit asing buat masyarakat kita tetapi tidak bagi masyarakat di Eropah. Mungkin kita tidak biasa dan kurang didedahkan akan khasiatnya. Ubi bit sebenarnya banyak khasiatnya pada tubuh.
Kalau anak tahu, antara kandungan dan nutrisi yang ada dalam ubi bit ni cukup banyak. Buah ini bukan hanya tinggi serat, malah kaya vitamin C, magnesium, zat besi dan banyak lagi.
Paling menarik yang kita semua tak tahu, ubi bit tersangatlah baik untuk kesihatan kulit. Selain mampu mengatasi masalah kulit kusam, ubi bit mampu meredekan masalah jerawat pada muka. Hebat kan?
Selain membuat masker daripada ubi bit ini, antara cara lain yang boleh dilakukan untuk kecantikan dalaman adalah dengan mengamalkan jus ini setiap hari.
Inilah yang diamalkan oleh Fyza Shah setiap hari. Jom ikut cara yang dikongsikan olehnya. Selamat mencuba!
Jangan tak tau yang ubi bit ni khasiat dia memang power kuasa lima untuk kulit dan kesihatan korang. Ubi bit antara superfood kalau kat negara mat salleh mata biru ungu tu. Biasa diorang memang guna untuk buat jus, makan macam salad, boleh gak nak buat ramuan untuk home remedy.
Contohnyer macam sapu kat jerawat dengan parut, memang cepat je hilang. Nak buat masker pun boleh. Nak sapu kat bibir bagi baby pink, nak merah- merah kan pipi pun boleh. Just sapu je jus ni kat tempat korang suka tu.
Jom breakfast dengan segelas besar jus glowing kulit, marbeles sangat. Sedap, resepi isitimewa dari ubi bit merah.
Bahan-bahan:
1/2 biji ubi bit merah
2 biji buah epal
2 biji oren
1 batang carrot
1 batang seleri
1 batang timun
Caranya:
1. Potong kecil buah.
2. Kisar semua bahan hingga sebati.
3. Sedia untuk diminum.
Ok, memang serius jus ni sedap. Kaya sangat dengan serat dan vitamin E dan C. Kulit glowing datang dari kulit yang lembap dan dalaman yang bersih je tau.
So tak heran bin pelik sebab jus ni memang akan cuci darah jadi bersih dari segala toksin mala’un tu.
Siapa yang amal, kulit dia jadi bersih, bebas dari jerawat dan lembap. Malah kulit lembut halus macam kulit baby. Masalah sembelit tak membuang pun dia setel sekali.
So korang cari je ubi bit ni kat mall macam AEON tu confirm ada.
Kredit: Fyza Shah
Manfaat Cuka Untuk Mudahkan Kerja-Kerja Ibu Bersihkan Perkakas Rumah. Hasilnya Memang Superb!
Ini tip mudah ketika membersihkan rumah, tidak perlu keluar belanja yang banyak.Cepat dan mudah terutama buat suri rumah dan juga untuk ibu-ibu bekerja yang sibuk.
Hanya dengan cuka, banyak manfaat yang anda peroleh. Tip ini dikongsikan oleh Puan Shida Rahman. Nak tahu jom semak!
Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh ibu-ibu cuba sendiri di rumah.
1. singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Bersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Bersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar.
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium.
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
24. Menghindarkan semut.
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan.
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Moga bermanfaat untuk semua.
Jeragat Boleh Dihilangkan Dengan Cuka Epal? Tak Percaya Sila Cuba!
Cuka epal selalunya kita dengar sebagai bahan untuk membantu menurunkan berat badan. Pengambilan cecair yang satu ini dikatakan dapat membantu untuk mendapatkan berat lebih ideal.
Jangan tak tahu, cuka epal juga ada manfaat lain untuk tubuh kita. Salah satunya adalah mampu menghilangkan jeragat dan bintik-bintik hitam di kulit muka kita. Wow..memang tak percaya!
Tapi inilah yang diamalkan oleh Shima Shari melalui perkongsiannya di facebook. Jom cuba!
Biasa dok dengar cuka epal ni orang minum untuk kuruskan badan tapi cuka ni juga boleh hilangkan jeragat tau. Bila dah jeragat ni menempel dan bertompok kat muka, memang stress la nak hilangkan dia kan. Cuba guna cuka epal ni.
Cara dia pun mudah je ni.
Bahan-bahan:
1 sudu cuka epal
1 sudu air suam
Kapas
Caranya:
1. Campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk, lepas tu kacau sebati.
2. Ambil kapas, rendam sikit dalam air tu dan sapukan pada muka.
3. Biarkan seketika dan bilas. Sebelum tu kena la bersihkan dulu muka tu.
4. Amalkan setiap hari untuk kesan yang lebih cepat.
Cuka epal ni bagus untuk jeragat, sebab dia bersifat antiseptik yang akan menyingkirkan bakteria dari jeragat dan
menyucikan kulit muka.
Cuba tau!
Kredit: Shima Shari