Hubungan diantara menantu perempuan dan ibu mertua seringkali di tafsirkan sebagai ‘love-hate relationship’. Perselisihan faham,rasa cemburu dan memendam perasaan sering dialami dalam perhubungan ini terutamanya jika anda bukan menantu pilihan.
Sekiranya keadaan ini berterusan, suami pasti rasa tersepit diantara ketaatan pada ibu dan rasa cinta pada isteri. Sekaligus, perkara ini mampu menggugat keharmonian dalam rumahtangga dan keluarga yang dibina.
Oleh yang demikian, bersyukurlah andai dikurniakan ibu mertua yang sporting dan memahami keadaan menantu. Namun begitu, jika mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra, berusahalah untuk menambat hatinya.
Ini kerana ia secara tidak langsung merupakan cara yang paling mudah untuk membuatkan suami lebih sayang sekaligus mampu menawan hatinya. Percayalah!
Ada caranya untuk pikat hati ibu mertua agar menyukai kita;
1. Selalu hubungi ibu mertua
Andai tinggal berjauhan,selalu hubungi ibu mertua melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar keadaannya, kesihatannya dan sebagainya. Namun, apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
2. Ketika melawat, bawalah buah tangan
Ads
Tiada salahnya jika anda melawat ibu mertua tanpa membawa buah tangan. Namun, pasti ibu mertua berasa lebih gembira jika berusaha untuk menceriakan hatinya dengan membawa buah tangan. Kalau punya masa, boleh cuba memasak makanan kegemarannya. Dia pasti suka.
3. Kenali sikap sebenar mentua
Jika ibu mertua seorang yang suka bercakap atau berkongsi pengalaman, pastikan anda juga terlibat sama dalam perbualan tersebut. Bersikap ramahlah dengan mereka. Namun jika dia seorang yang pendiam, cuba berinteraksi dengan bertanya soalan-soalan yang mudah contohnya resipi kegemaran anaknya, cara dia menguruskan rumah tangga dan sebagainya.
4. Jangan sesekali marah suami dihadapan ibu mertua.
Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak yang mereka sayangi disakiti. Meskipun pada saat itu anda perlu menegur suami, cuba untuk menahan perasaan itu sementara semasa berada bersama ibu mertua.
Ads
Elakkan bertindak kasar atau memarahi suami dihadapan ibu mertua, ini kerana situasi ini akan memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anaknya.Sekaligus mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.
5. Berkongsi minat dengan ibu mertua.
Salah satu cara mudah untuk mendekati dan ‘membeli’ jiwa ibu mertua adalah dengan berkongsi minat yang sama. Sebagai contoh, kalau ibu mertua gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai.
Namun demikian, jika ibu mertua suka memasak dan anda juga gemarkan memasak, boleh luangkan masa bersama-masa, mencuba resipi-resipi baru dan bertukar-tukar resipi. Berkongsi minat yang sama memudahkan menantu dan mertua untuk serasi.
Ads
6.Sentiasa jaga tutur kata
Ketika bersama ibu mertua, bercakap dan bertuturlah dalam sebaik-baik bahasa dan tingkah laku. Jangan sesekali mengungkapkan perkataan yang boleh mengguris hati.
Orang yang lebih tua pasti mempunyai perasaan sensitif, agak cerewet dan mudah berkecil hati. Namun, bersabarlah dan berusahalah untuk bercakap hanya perkara yang baik-baik kepada ibu mertua.
7. Cuba sayang mertua seperti keluarga sendiri
Perlu ingat, ibu mertua darjatnya setaraf dengan ibu kandung yang melahirkan kita. Tidak ada salahnya melayan ibu mertua seperti ibu sendiri. Kasih sayang yang anda berikan pasti akan diingati dan dihargai. Anggaplah ibu mertua sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Semoga tip-tip ini dapat memberi panduan berguna buat anda dalam membina hubungan mesra bersama ibu mertua sekaligus membina keluarga yang bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup sebagai suami isteri perlu ada gurau dan senda agar kekal bahagia selamanya. Selain itu antara rahsia kunci bahagia dan kerukunan rumah tangga, perlu keduanya saling percaya dan mempercayai antara satu sama lain.
Kadangkala sering juga berlaku selisih faham dalam hal keluar rumah bagi pihak suami mahu pun isteri.
Namun berbeza pula dengan video yang dikongsikan di TikTok yang memaparkan seorang wanita akan memberikan isyarat dan aksi di CCTV rumahnya setiap kali dia keluar dan pulang semula ke rumah.
Beri Isyarat
Menerusi video yang dikongsikan oleh suaminya di akaun TikTok @mohdhabibullah, berkongsi gelagat isterinya selepas dia melihat rakaman di CCTV rumahnya dengan kepsyen : “Pengaruh cartoon mana la dia ni buat gaya macam tu 🤣 ada sesape tahu tak ? bukan ape risau lama2 buat boleh terbang pulak dia tangan duk kepak2 macam tu 🤣 geram nya lahai 😘”
Difahamkan, isterinya itu akan membuat pelbagai gaya dan isyarat pada CCTV rumah mereka ketika dia mahu keluar dan selepas pulang.
Gelagat isterinya itu ternyata membuatkan si suami terhibur kerana pelbagai perangai yang ditunjukkan isterinya dan siapa sangka video tersebut telah pun ditonton 1.4M view dan mendapat pelbagai reaksi atau komen daripada netizen.
Meninjau di rungan komen rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai pasangan suami isteri tersebut.
Dalam rumahtangga ni kalau boleh memang kita nak pertahankan sehabis baik. Siapa je tak sayang rumahtangga sendiri.
Rumahtangga ni ibarat masjid, masjid nak dibina bukan senang. Ambil masa bertahun. Bila dilanda badai, kita cuba perbaiki balik.
Sama la jugak dengan rumahtangga. Tapi, rumahtangga pon susah untuk berdiri teguh bila hanya ada satu pihak saja yang mencuba.
Kita dengar petikan “tepuk sebelah tangan tak berbunyi” dalam awal hubungan je tapi untuk rumahtangga pon valid.
Tambah lagi bila usia perkahwinan dah lama. Mustahil tak ada rasa sayang dengan perkahwinan tu kan.
Semenjak dua menjak ni isu Adira Suhaimi dan Datuk Red hangat diperkatakan. Adira memfailkan cerai terhadap Datuk Red pada Oktober lepas atas alasan tiada persefahaman.
Walau bagaimanapun, hubungan mereka di media sosial tetap kelihatan baik dan normal.
“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” – Datuk Red
Pagi ini, Datuk Red telah melafazkan cerai terhadap Adira dengan talak satu pada pagi tadi. Lafaz itu didengar oleh Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.
Datuk Red tunduk sayu manakala Adira nampak tenang. Mereka sempat bersalaman sebelum bersurai.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun hasil sepanjang lapan tahun perkahwinan itu.
Adira setuju untuk tak menuntut sebarang nafkah daripada Datuk Red.
Sedihnya kan bila benda macam ni berlaku. Tambah lagi bila netizen berharap dan mendoakan agar mereka tidak berpisah. Tetapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya sendiri.
Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka daripada terus bergaduh dan berada dalam hubungan yang toksik. Boleh buat anak-anak trauma tau.
Resipi simple tapi membuka selera seisi keluarga. Bagi anda yang tak suka makan menu berat baik ketika berbuka mahupun sahur, mungkin resipi sambal telur tiga rasa ini sesuai.
Lebih-lebih lagi kalau waktu bersahur. Daripada tak berselera terus tak cukup sepinggan nasi kalau dapat macam ni kan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka menu berasaskan telur.
Nah ibu-ibu, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Liza Idris. Selamat mencuba!
Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.
Bahan-bahan:-
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
Sedikit daun bawang jika ada.
Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.
Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.
Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
Rasa lah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.
Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.
Saya tak kacau sebab tak nak telur tu hancur.
Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. SIAP!
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...