Cuaca Tak Menentu, Jadi Mudah Je Dapat Sakit. Doktor Ni Kongsikan Tip Alami & Memang Berkesan Atasinya!

Share

Menyentuh tentang bab menjaga kesihatan diri dan keluarga, pastinya setiap antara kita begitu prihatin. Lebih-lebih lagi jika dalam cuaca sekarang yang tidak menentu. Terasa terik melampau pada waktu tengah hari dan tiba-tiba hujan di waktu petang boleh mendatang risiko kesihatan terjejas seperti mudah diserang batuk, demam dan selesema.

Umum maklum, meredakan masalah tersebut ubat perlu diambil namun tahukah anda selain itu terdapat beberapa cara lain yang boleh diamalkan. Hal ini telah dikongsikan oleh Doktor Suri Roowi di akaun fbnya. Nak tahu lanjut, jom semak satu persatu.


 

“Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema”-

Dr Suri Roowi

Caranya adalah;

1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.

Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.

Selepas itu barulah ditambah air suam. Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.

2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.

Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.

Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.

3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk.

Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;

“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80

7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

9. Bahan meruap mint

(Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus

10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.

11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam

12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis

sumber :  Dr Suri Roowi