Cuaca Panas Ni, Buatkan Laicikang Homemade Untuk Penyejuk Badan!

Share

Bilamana cuaca panas begini, tekak kita tentu mahukan sesuatu minuman yang enak dan menyegarkan, sebagai penghilang dahaga.

Andai dapat diteguk, air laicikang alangkah bagusnya. Bukan sahaja melegakan malah ramuan di dalam air tersebut seperti barli, kurma, fungus putih, gula batu dan beberapa bahan lain  cukup bagus untuk menyejukkan badan.

Jadi apa kata kali ini kita sediakan sendiri air istimewa ini kepada anak beranak di rumah. Sebelum itu, ketahui dulu resipi penyediaannya yang dikongsikan oleh saudari Wan Ashikin, jom semak.


Penyejuk tekak ..laicikang.
Buat sendiri baru puas hati. Boleh letak macam-macam.

Bahan-bahan:


Biji selasih ( rendam )
Buah kembang semangkuk ( rendam dengan air panas )
Barli ( rebus )
Fungus putih ( rebus )
Buah kurma merah ( rebus letak gula / gula
batu dan daun pandan )


Buah longan kering ( rendam dengan air panas )


Cincau
Kacang tanah panggang
Kismis
Buah kabung
Biji Sagu
Buah laici ( dalam tin )
Halwa kundur
Buah pala ( kering ) tapi saya tak letak sebab
anak-anak tak suka buah pala
Agar-agar kosong ( merah / hijau ) tapi hari tak sempat buat.
Ais

* Air rebusan buah kurma merah dah manis macam air gula. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi. Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.

Dan boleh makan!!

Bismillahhirrahmanirrahim.

sumber : Wan Ashikin Endut via MAHN