Cuaca Panas ‘Lit-lit’, Ni Masanya Betapa Nikmat Minum Cendol Homemade!

Share

Cuaca panas ‘lit-lit’ sekarang ni kalau kita pergi beraya dapat pula tuan rumah hidang air cendol, nikmatnya memang sukar digambarkan dengan kata-kata. Syukur sangat!

Pun begitu, kalau ada yang tak sabar untuk menikmati air cendol ini apa kata anda sediakan sendiri di rumah. Banyak mana nak minum pun tiada siapa yang larang.

 

 

Nak buatnya, ikutkan sahaja resipi yang dikongsikan oleh Nina Mahdar ni, ada 3 pilihan resipi. Pun begitu menurutnya resipi cendol 1 lebih menepati seleranya kerana cendol terasa lebih kenyal dan enak berbanding dua resipi yang lainnya.

Jadi tepuk dada tanya selera, resipi mana satu yang ingin anda cuba.

RESIPI CENDOL 1

100g tepung jagung

500g air pandan

1 sudu makan air abu

 

RESIPI CENDOL 2

50g tepung jagung

50g tepung beras

450g air pandan

1 sudu makan air kapur

 

RESIPI CENDOL 3

100g tepung beras

1 sudu makan air abu

450g air pandan

 

 

Cara membuatnya:

– Satukan kesemua bahan. kacau sebati.

– Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.

– Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.

– Bila cendol dah masak. Tekan ke dalam acuan cendol. Boleh guna acuan maruku dan boleh juga guna penapis lubang besar.

– Atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan. Picit sewaktu panas ke dalam bekas berisi ais.  Alas tangan dengan kain.

RESEPI CENDOL (PENYEDIAAN)

CENDOL

200g santan kotak – dimasak bersama

2 cawan air dan sedikit garam.

(masak santan sehingga panas. hati-hati jangan sampai pecah santan)

1 buku gula melaka + 1 cawan gula merah (dimasak dengan 2 cawan air sehingga larut) dan tapis.

cara Membuatnya:

– Tapis dan masukkan cendol ke dalam mangkuk.

– letak ais.

– masukkan santan.

– akhir sekali masukkan gula melaka.

– sedia di nikmati bersama yang tersayang.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club