Cuaca Berubah Panas. Ikut Pesan Dr Ni Untuk Elak Dari Terkena Strok Haba!

Share

Perasan tak sekarang ni cuaca lain macam panas dia. Kan? Bila siang tengok panas terik nak keluar pun rasa malas! Apatah lagi bila malam, yang mana tidur guna kipas tu dapat la merasai bahang panas sampai nak tidur pun tak selesa!

Demi mengelakkan kita dan kelurga dari terkena pelbagai jenis penyakit seperti strok haba dan demam, jom ikuti tip dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan 

untuk menjaga kesihatan sepanjang musim panas ini!

MENJAGA KESIHATAN SEMASA MUSIM PANAS

Minggu ini ramai yang mengadu cuaca agak panas, dan ia sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan orang ramai. Pada musim panas begini, ada beberapa perkara elok dia akan.

◾Banyakkan minum air kosong. Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi yang optimum untuk mengawal-atur suhu badan.

◾Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan bergula. Elakkan pengalambilan alkohol. Ini dapat mengelakkan dehidrasi.

◾Kerapkan mandi untuk menyejukkan suhu badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap.

◾Sentiasa berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan pelindung diri seperti payung, topi dan pelindung UV.

◾Tutup tingkap kenderaan ketika memandu. Gunakan pendingin hawa dengan memilih aturan(mode) kitaran udara dalaman.

◾Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera sekiranya anda demam, sakit kepala, lesu, pitam dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my