
Sejak beberapa hari yang lalu angka peningkatan kes telah meningkat dengan mendadak. Hari ini pada 5 Oktober sebanyak 432 kes telah mengakibatkan mula rasa gelisah dan melahirkan rasa kebimbangan. Situasi ini juga turut terkesan kepada ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak ketika di sekolah.
Viral kini, di media sosial, apabila sepucuk surat contoh untuk merehatkan anak-anak buat sementara waktu dari menghadiri seisi persekolah. Kepada yang ingin berbuat demikian boleh merujuk surat untuk dijadikan panduan. Walaupun pihak kerajaan mengatakan kes masih terkawal, tidak salah untuk para ibu bapa bertindak berjaga-jaga daripada sebarang jangkitan. Bak kata perpatah, mencegah lebih baik mengubati.
Ni haa contoh surat rehatkan anak2 di rumah. Kes hari ni sahaja 432 kes baru.
Wpun KPM x umumkan pentupan sekolah tapi akak sebagai guru akak dah cutikan anak2 di rumah. Sbb akak tahu murid di sekolah rendah 85% memang langsung x patuh SOP .
Bayangkan murid sekolah rendah mana mungkin tak bergerak dalam masa 10minit, tambah lagi yg alatulis x lengkap pinjam pembaris, pemadam, pensel warna rakan, wpun setiap hari peringatan dibaca di corong pembesar suara
Semoga Allah memelihara keluarga dan keturunan kita, saudara mara, sahabat handai serta seluruh umat Islam dari waba dan bahaya.
Kredit to: Tengku Zuljack
“Papa Jadi Penguat Semangat Anak Ni.” Cara Dato Fazley Beri Semangat Pada Anak Suntik Imunisasi Tarik Perhatian Warganet.

Cabaran membesarkan anak-anak bukan sahaja menghadapi karenahnya, tetapi kesihatan juga. Di Malaysia setiap anak yang dilahirkan diberikan jadual suntikan imunisasi mampu mencegah atau mengelakkan komplikasi berat daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit yang berbahaya.
Sebagaimana ibu bapa lain, begitu juga penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob alert tentang jadual imunisasi buat anaknya bongsunya.
Ikuti perkongsianya.
PUJUK ANAK
“Hari ini saya bawa anak bongsu saya @elliefazley pergi ke hospital untuk dapatkan jab dia. Dia kata “adik tak sakit pon” sebab dia dah faham kaitan pergi hospital tu.
“Kita cuba untuk jujur dengan dia, dan elak gunakan apa- apa kata-kata yang mungkin menakutkan. Saya kata “doktor nak bagi ada ubat jadi adik jadi kuat dan sihat!”. Dia kata OK asalkan saya janji bawa dia pergi shop dia nak potato chips favourite dia.
“Disclaimer yang dia tak faham: Ubat tu datang dalam bentuk suntikan Alhamdulilah selesai, dan semua berjalan dengan sempurna. Sejam lepas tu, sambil makan potato chips dia, dia cerita semuaaaa abang-abang dia dengan Mama dia “tadi Adik good girl” Apa experience korang bawa anak pergi dapatkan childhood vaccine?
Dalam pada itu, warganet memberikan kata-kata semangat untuk kepada anak. Malah ada juga berkongsi pengalaman ketika memberikan imunisasi kepada anak sebelum ini.
Sumber: Fazleyyaakob
10 Cara Sweet Suami Isteri Untuk Makin Romantik. Rupanya Ini Yang Kita Hampir Lupakan.

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Untuk itu, sudah tentu memerlukan sikap yang saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.
Dengan ini sudah tentu hubungan makin sweet dalam mewujudkan keharmonian yang berterusan.
Pelbagai petua untuk kekal bahagia. Barangkali petua ini boleh dijadikan panduan untuk kita muhasabah diri untuk menjadikan diri dan pasangan kita terus sweet.
1.Utamakan Agama
Setiap perkara yang dilakukan haruskan bertunjangkan kepada Islam. Dalam perkahwinan setiap pasangan mesti mencintai pasangan kerana Allah dan menjadikan akhirat sebagai matlamat, bukan kerana rupa dan harta semata-mata.
Kita juga boleh mengajak pasangan mendirikan solat secara berjemaah dan sama-sama berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Selain itu, dianjurkan juga untuk sentiasa berdoa dan memohon agar hubungan perkahwinan kita berbahagia selalu.
2.Restu Ibu Bapa Dan Keluarga
Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.
Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.
3. Menerima Pasangan Seadanya
Terimalah pasangan seadaanya dan bersyukurlah bahawa pasangan kita itu sebagai jodoh kita. Jangan sesekali memaksa pasangan untuk berubah dan mengikuti cara kita sendiri. Bahkan jangan sesekali mengharapkan pasangan terlalu terlalu sempurna dan menyamakan pasangan kita dengan orang lain.
Seharusnya, kita sendiri cuba memahami sikap pasangan dengan menerima setiap kekurangannya. Carilah keistimewaan dan kebaikannya, bukan hanya melihat pada keburukannya sahaja. Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza?
Jika pasangan mempunyai tabiat yang buruk sekalipun seperti merokok Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
4.Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan dengan selalu mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya walau perkara yang dilakukannya adalah hal yang kecil sahaja.
Hulurkanlah pertolongan walaupun pasangan kita mampu melakukannya sendirian. Berilah nasihat, pendapat atau kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda bahawa kita selalu berada di sampingnya dan dia begitu berharga kepada kita.
Selain itu, berilah sedikit hadiah sebagai penghargaan pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan walaupun hadiah tersebut murah dan kecil. Ataupun masaklah makanan kesukaannya ketika dia meraih kejayaan demi mengembirakannya. Bahkan senyum dan memegang tangannya setiap kali bertemu juga merupakan penghargaan buat pasangan kita.
5.Sentiasa Bersama-sama
Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau kita sendiri tidak meminatinya.
6.Bertolak Ansur
Sikap ini sangat penting dalam hubungan suami isteri. Jika berlaku perselisihan, perlu ada sikap mengalah dan jangan mudah marah. Jangan mementingkan diri dan asyik menegakkan pendapat sendiri sehingga perselisihan tersebut berpanjangan, lebih penting utamakan hati pasangan dan tamatkan perselisihan dengan segera. Jangan sesekali kecewakan pasangan dalam apa-apa jua situasi.
7.Hormat Antara Satu Sama Lain
Menghormati pasangan sangat penting terutamanya apabila berada di hadapan orang lain, iaitu tidak menjatuhkan maruah mereka dengan tidak menyindir dan memerli pasangan, jauh sekali membuka kisah silam yang mengaibkan.
Hal ini termasuklah mengusiknya dengan alasan bergurau. Kadang-kdangn tanpa kita sedari kita telah melukakan hati pasangan dan membuatnya kecewa dan terasa hati dengan kita.
8. Sentiasa Memaafkan
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Jadi sebagai pasangan yang baik, jangan sesekali mengulang atau mengungkit hal yang telah lepas.
Contohnya menceritakan kepada pasangan tentang percintaan kita dengan bekas kekasih lama sewaktu belajar dahulu. Hal ini akan melukakan hati pasangan dan membuatkannya cemburu serta menimbulkan pelbagai anggapan negatif lain.
Selain itu, bersedialah untuk memaafkan dan tidak harus ada sikap dendam dan merancang untuk membalas kesilapan tersebut.
9.Jujur Dan Tidak Berahsia
Bercakap benar dan tidak berbohong akan menjadikan pasangan yang sangat dipercayai. Dengan bersikap jujur juga akan menimbulkan rasa selesa.
Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan memendam perasaan tidak puas yang sedia ada.
Tunjukkan perasaan sebenar dan berterus terang untuk kebahagiaan bersama, selain menjadikan pasangan tersebut lebih terbuka dan bersefahaman, serta saling mempercayai.
10.Jauhi Perbuatan Yang Menyakiti Pasangan
Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasannya. Jika pasangan kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan dan perbuatan tersebut sememangnya tidak berfaedah, belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan pasangan.
Sumber: tazkirah.net
Impian Jadi Kenyataan! Ifa Raziah Hadiahkan Anak Kereta Mewah “Tak Buat SPM Betul-Betul, Siap!”

Untung seorang anak bila keinginan mereka dipenuhi oleh orang tua. Itulah yang dirasai oleh anak kepada penyanyi, Ifa Raziah yang baru meraikan ulangtahun kelahiran ke-17 baru-baru ini dan dihadiahkan sebuah kereta mewah model BMW 3 Series (e30).
Detik istimewa buat Aqili ini dimuat naik oleh ibunya sendiri di laman Instagram miliknya yang menyatakan kereta ini merupakan kereta idamannya.
“Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya menghadiahkan anak saya sebuah kereta.
“Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah birthday boy’. Selamat hari jadi.
“Dia belum ada lesen lagi. Nanti dia akan ambil lesen selepas SPM. Tak buat SPM betul-betul, siap!” kata Ifa dalam video yang dimuat naik itu.
Malah, Ifa Raziah juga sempat membuat nukilan ucapan istimewa buat anaknya itu di ruangan kapsyen.
“Buah hati Mama & Papa yang tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu.
“Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat Aqili,” tulisnya.
Terdahulu, Ifa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun kedua duanya berakhir dengan perceraian.
Pada 2004, Ifa sekali lagi berkahwin dengan suami ketiganya, Mohd. Yani Abdul Rahman dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Shakir Aqili. Ifa juga mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.
Mengikut tinjauan di enjin carian Google, harga semasa kereta mewah tersebut sekitar RM321,000.
Sumber : Instagram Ifa Raziah