
Baru sahaja pihak kementerian Kesihatan menerusi Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham, memaklumkan bahawa 2 kes kematian telah dicatatkan pada tempoh 24 jam sebelum ini akibat Covid-19, kini angka tersebut meningkat kepada 6 orang selepas dua kes lagi diumumkan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan dua lagi kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19), menjadikan jumlah mangsa korban wabak itu seramai enam orang dalam negara.
Dalam kenyataannya, JPBNS menjelaskan dua korban itu membabitkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama, masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.
Katanya, mangsa pertama keluarga itu meninggal dunia pada 2 pagi Rabu lalu (18 Mac), manakala mangsa kedua meninggal pada 1 tengah hari, hari ini.
“Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.
“Pelaporan kes kematian pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.
Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan 10 lagi kes baharu Positif Covid-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 kes sejak pertama dilaporkan pada 13 Mac.
Dua kes baharu dirawat di Hospital Umum Sarawak, lima kes di Hospital Sibu, dua di Hospital Bintulu, manakala seorang meninggal dunia di Kuching semasa keputusan ujian pengesahan diperoleh.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menyeru semua fasiliti kesihatan dan perubatan swasta agar melaporkan semua kes disyaki dan disahkan Covid-19 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian yang berhampiran dengan kadar segera agar tindakan kawalan boleh dilakukan.
Sumber: Harian Metro & Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak
7 Penyebab Stress, Tanpa Kita Sedar, Punca Mudah Dapat Penyakit.

Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.
STRESS ZAMAN DULU
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
STRESS ZAMAN SEKARANG
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
7 RUTIN HARIAN PENCETUS STRESS
1.Kerisuan pekerjaan dan anak
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
2. Kesesakan Jalan raya
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
3. Parking tak ada
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
4. Terkejar-terkejar ambil anak lepas waktu kerja
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
5. Pinggan mangkuk bertimbun
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
6. Hidang makan malam, anak-anak bergaduh
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
7. Baru teringat tinggal barang dalam kereta lewat malam
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
SETIAP HARI STRESS CETUS PENYAKIT
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bila Isteri Terlebih Sayang Suami. Kenali 10 Tanda Ini Yang Buat Rumahtangga Makin Kukuh

Tanda istri sayang suami mudah dikenalpasti.Ada beberapa petunjuk dan indikator untuk mengesan perkara tersebut.Sebab tanda isteri sayang suami tak pernah menipu dalam perkahwinan. Jika tiada tanda tersebut,para suami hendaklah selalu kirimkan doa agar istri sayang sama suami.
Tujuan utama perkahwinan ialah menjaga kesucian dan kehormatan lelaki dan wanita dalam serba serbi. Saya sangat gembira untuk berkongsikan tanda istri sayang suami menurut buku Seni Bercinta & Memikat Lelaki.Buku ini hasil karya Tuan Khalid Al-Sayyid Abdul Al-‘Al.
10 TANDA ISTERI TERLEBIH SAYANG SUAMI
1.Meletakkan kedudukan suami pada tempat tertinggi
Istri yang baik dan soleh faham perkara ini.Mereka faham bahawa keredhaan Allah letaknya pada redha seorang suami.
Mereka akan meminta izin dan meminta pandangan suami dalam serba sebi.Sebab mereka cintakan suami kerana Allah SWT.
2.Cinta hati seorang istri hanya untuk suami
Dalam hati istri tiada yang lain selain suami.Cinta untuk anak-anak dalam sudut lain dan tidak bercampur dengn cinta terhadap suami.
Tidak hairan seorang istri menjadi amat cemburu kepada suami jika mendapat tahu suaminya akan kahwin baru hahaha.
3.Suaminya unggul berbanding lelaki lain
Ini adalah bukti yang nyata istri sayang suami. Mereka akan memaling muka dari melihat Fat Tah Ah Min atau Sa Ru Han.Dalam hati mereka hanya suami sendiri yang terbaik dan tiada seorang pun mampu menyainginya. Cewah!Agak-agak berapa ramai istri yang sanggup berbuat demikian ?
4.Menghormati suami dalam apa jua keadaan
Hormat suami bukan bermaksud takut kepada suami.Walaupun realiti sebenar ramai suami takut pada istri.hehehehe
Suara istri jangan melebihi suara suami ketika berbicara melainkan dalam keadaan terpaksa seperti minta tolong tatkala ular masuk rumah. Saya tergurau la pulak.
5.Seolah-olah tidak mahu berjauhan dengan suami
Adanya suami di sisi, jiwa istri tenang.Kalau boleh saling bersama bagaikan belangkas atau merpati sejoli.
Realiti hari ini ada juga yang tak suka berkepit dengan suami.Alasanya bosan tengok muka suami yang kurang hensem perut buncet. Yalahkan kalau ada suami yang ada kerja dari rumah.
6.Menyukai apa yang disukai suami.
Jika suami jenis kaki pancing maka istri pun mula suka memancing. Jadilah mereka berdua kaki pancing yang romantis di tepi sungai penuh syahdu.So sweet la ..ada ke ? Jangan pulak jadi —> kaki kencing. Tak baik.
7.Mengutamakan kepentingan suami melebihi kepentingan sendiri
Saya ragu-ragu juga.Dalan kehidupan berumahtangga hari ini ada lagi tak istri sanggup melakukan semua ini. Misalnya suami ingin berpoligami dan istri redha atas ketentuan takdirnya.
Dalam hatinya pasrah bahawa suami bahagia. Istri lama bahagia dan istri baru pun bahagia. Itulah dinamakan kebahagiaan berganda.
8.Menjaga kehormatan diri,suami,anak dan harta setiap masa.
Wanita yang sudah berkahwin berbeza dengan wanita yang masih bujang.Perbezaan utama dalam pergaulan dan tingkah laku. Ini tidak bermakna kebebasan diri sudah tersekat kerana terpaksa tetapi atas kerelaan sendiri untuk jaga kehormatan sebagai istri.
Malah ada istri yang sanggup berhenti kerja makan gaji dan ceburi kerja sambilan di rumah semata-mata untuk urus rumahtangga dengan sempurna.
9.Mendahulukan keperluan batin suami dari segala-galanya
Jika suami berkehendak yang itu [ faham sendirilah ya ] isteri wajar memenuhinya dengan sedaya upaya yang ada. Keperluan batin memang istimewa dan tiada tolok bandingnya.Ganjarannya pahala bukan alang-alang.
Andaikata suami rasa terpinggir dan kecewa jangan hairan cinta seorang suami akan beralih arah. Namun istri yang cinta suami sudah pasti taat dan bersyukur kerana bersedia untuk keperluan batin tersebut.
10.Membenci apa yang dibenci oleh suami
Pendek kata sudah satu kepala dengan suami.Si suami benci kepada budaya membazir maka istri pun turut sama.
Sebab suami faham membazir adalah amalan syaitan dan benci kepada pembaziran adalah amalan mulia. Jangan pula isteri suka membazir tatkala suami suka nak berjimat cermat.
Kesimpulan
Kebahagian suami istri adalah timbal balik.Tiada maknanya istri sahaja sayang suami ketat-ketat tetapi suami pula sayang kepada orang lain. Bukan kepada pembaca blog ini tetapi kepada masyarakat di ufuk Timur . Dalam erti kata lain tidak memghargai kasih sayang itu sendiri.
Kasih sayang suami istri hendaklah ikhlas kerana jika ditanya pasti suami-suami diluar sana akan kata, “Siapa yang tidak sayangkan istri” . Suami pula wajar lebih bertanggungajawab dalam rumahtangga agar istri makin cinta.
Makin sayang, Hari demi hari. Ingat tu para istri [ macam ramai istri] bahawa tanda istri sayang suami akan diketahui pasangan sama ada cepat atau lambat.
Sumber: mrhanafi.com
“Jangan Beza-Bezakan Anak, Mereka Akan Simpan Dalam hati. Kesannya Berbekas Hingga Ke Dewasa.” Deep Pesanan Ni!

Cabaran mendidik anak-anak sebenarnya cukup besar dan tidak dinafikan ia adalah satu ujian terbesar buat mak ayah. Terutama dalam berlaku adil sekali gus tidak membeza-bezakan anak-anak. Dengan kata lain, tiada istilah anak kesayangan sebaliknya semua harus dilayan sama rata.
Begitu juga dalam hal jantina anak. Usah membeza-bezakan anak-anak baik lelaki mahupun perempuan. Semuanya sama sahaja, lahir dari kasih sayang anda berdua, justeru kenapa perlu nak pilih kasih.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin tanpa perlu membanding atau membeza-bezakan mereka.
Beliau berkongsi pengalaman mengendalikan kes seorang anak yang masih berdendam dengan arwah bapanya. Menurut empunya diri, sejak kecil dia selalu dibeza-bezakan antara adik beradiknya.
Baik dari segi akademiknya berbanding adik beradiknya yang lain. Sehingga meninggalkan trauma pada si anak tersebut. Parutnya masih berbekas sejak kecil sehingga membawa ke alam dewasa dan mempunyai anak sendiri.
‘Kita jangan melihat anak semuanya negatif. Paling tak bagus sekali kita membeza-bezakan anak kita. Anak nombor satu pandai, mendengar kata. Sehinggakan ada anak berdendam dengan ayahnya.
“Walaupun umur sudah tua, si anak ini menangis-nangis dan bercerita bagaimana arwah ayahnya dulu selalu beza-bezakan anak-anak. Katanya dia yang paling tak pandai dalam adik-beradik. Adik -beradik lain semua pandai masuk asrama berbanding dia. Ayahnya cakap semua anaknya pandai kecuali dia seorang. Si anak ini simpan dalam hati.
Pesan Haji Hushim lagi, usah beza-bezakan anak baik dari segi warna kulit, pencapaian akademik mahupun akhlak moral.
“Dalam banyak kes saya, akhirnya yang bela ibu bapa adalah anak yang tak pandai. Manakala yang pandai semua sibuk.
“Sebab tu jangan beza-bezakan kerana kesannya membawa kepada dewasa. Kerana itu ibu bapa kena kawal mulut dari mengeluarkan perkataan tak sepatutnya. Budak ni akan simpan sampai dewasa,”jelasnya lagi.
Tonton video ini untuk mengetahui lebih detail tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua!
Sumber: Hj Hushim Salleh
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club