Mungkin ada yang beranggapan, bahawa warga berusia lebih sering menjadi mangsa virus covid-19 berbanding yang muda dengan menyangka orang muda kuat imunitinya.

Namun penjelasan daripada doktor Ahmad Luqman Bukhari ini dengan memberi contoh nyata apa yang telah terjadi di Itali, rupa-rupanya orang muda juga ada yang meninggal akibat covid-19 ini. Diharapkan perkongsian  ini akan memberi keinsafan anak-anak muda untuk kekal di rumah dan kita sebagai ibu bapa kena lebih tegas untuk pastikan jangan ada anak-anak kita merayau tanpa tujuan sepanjang PKP.

Ini perkongsiannya.


Rupa-rupanya dekat Itali, ramai orang muda antara yang jadi mangsa meninggal dunia akibat dibaham Coronavirus.

Coronavirus Boleh Je Bunuh Orang Muda Melalui 2 Cara, Doktor Ni Kongsi Info!

Dekat sini, ada yang dah mula tunjuk perangai, tak nak patuh arahan PKP dan keluar rumah sampai 4 kali sehari sebab duk sangka yang orang muda ni kuat imuniti.

Padahal Coronavirus boleh je bunuh orang muda melalui dua cara ni:

Ads

Coronavirus Boleh Je Bunuh Orang Muda Melalui 2 Cara, Doktor Ni Kongsi Info!

⏩ Bila jumlah virus terlalu tinggi (viral load) dalam tubuh lalu menyebabkan berlaku keradangan pada organ penting.

Jika tidak dirawat, organ tu semua akan mula gagal berfungsi secara perlahan-lahan.

Buah pinggang gagal berfungsi.

Ads

Sel paru-paru cedera dan mati.

Jantung tak dapat bekerja dengan baik.

⏩ Kegagalan organ pulak boleh jadi sangat laju bila sistem imuniti tubuh bertindak secara melampau.

Ada satu keadaan ni dikenal sebagai cytokine storm. Sistem imuniti tubuh tak lagi sekadar attack virus tapi lebih malang, sistem tersebut akan serang sel-sel tubuh yang sihat!

Ads

Sebab tu banyak kes yang melibatkan pesakit bawah 50 tahun, awalnya kelihatan seolah-olah kuat dan boleh bertahan. Namun kemudian tiba-tiba je keadaan jadi merosot teruk lalu terus pergi buat selama-lamanya.

Waktu tu kalau anak dan isteri menangis air mata darah sekalipun, kematian tak mungkin dapat diundur balik.

Jadi tolonglah dengar nasihat pihak berwajib untuk kita lawan virus ni. Elakkan berkumpul ramai-ramai. Teruskan duduk rumah. Cuci tangan selalu dan amalkan penjarakan sosial jika berada diluar.

Tolong #pesan pada semua ahli keluarga kita ya. Jangan sampai benda ni berlaku pada orang yang kita sayang.

sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari,
Muda tak semestinya kebal.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI