Memikirkan untuk menyediakan kudap-kudapan untuk dimakan pada waktu-waktu lapang bila seisi keluarga duduk berkumpul, mungkin menu nan satu ini boleh dijadikan pilihan terbaik.
Spicy Salted Egg Cornflakes, bukan sahaja enak dimakan, malah menyediakannya amatlah mudah.
Jadi apa kata kita pelajari cara membuatnya daripada Mama Yaya.
Masak ni..Antara komen-komen anak saya pasal spicy salted egg cornflakes mama dia..
Anak no 1. Mama, sedap giler..
Anak no 2. Mama, sedap sangat-sangat..
Anak no 3. Mama, adik suka la..
Anak-anak selalunya jujur..haha…
Saya joint kelas untuk belajar buat ni. Tapi kat group masakan banyak je resipi-resipinya. Tapi yang saya buat ni betul-betul saya jatuh cinta. Kalau ada permintaan saya sudi untuk berkongsi resipi olahan saya.
***Edited
Ni resipinya ya…
Spicy salted egg cornflakes mamayaya
90g butter
80g serbuk salted egg
4 tangkai daun kari
5 biji cili kering (hiris halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging babas
1/2 sudu kecil serbuk cili babas (nak pedas boleh tambah)
275g cornflakes nestle
Cara penyediaan :
1)Cairkan butter dengan api yang perlahan
2)Masukkan daun kari + cili kering
3)Masukkan serbuk salted egg, serbuk kari dan serbuk cili..kacau sebati dan tutup api.
4)Masukkan cornflakes..gaul biar sebati dan rata.
5)Masukkan kesemua dalam tray oven..bakar dalam oven suhu 120°c, 10minit..Sejukkan dan packing.
sumber : Ida Idy via MAHN