Ramai yang bekerja makan gaji sering terlepas pandang tentang pentingnya merancang kehidupan jangka panjang.
Dalam kesibukan kerja dan mengejar gaji bulanan, kadang-kadang kita lupa untuk memikirkan masa depan, terutama bila tiba masa untuk bersara.
Berdasarkan pengalaman 29 tahun bekerja, menerusi facebook lelaki Nik Ahmad Nik Hashim atau dikenali sebagai Poknik ingin berkongsi 20 pesanan penting yang boleh dijadikan panduan, supaya hidup korang lebih tenang dan terjamin, walaupun selepas meninggalkan dunia pekerjaan
Guys,
Poknik dah 53, dan dah kerja makan gaji hampir 29 tahun dah. Poknik nak bagi input sikit untuk korang yang kerja makan gaji ni. Benda ni nampak simple, tapi impak dia besar bila korang fikir betul-betul
1. Bina Rumah Awal-Awal
Tak kisah la kampung ke bandar ke, yang penting ada rumah sendiri. Kalau dah umur 50 baru nak bina rumah, tu bukan achievement. Jangan selesa sangat dengan rumah kerajaan atau syarikat sebab tu bukan jaminan selamanya.Dan yang paling penting sekali.. itu bukan rumah korang. Biar family korang dapat rasa hidup dalam rumah milik korang sendiri. Anak poknik sendiri pun poknik paksa beli rumah.. baru setahun kerja… sekarang ni dia jadi sempit sikit hidup… tapi dah ada rumah la. Awal awal ni you kena sempit dan tak boleh mewah.. kalau tidak, bila dah tua nanti, you akan sempit. Poknik dah rasa dah… pedihhhh
2. Balik Rumah, Jangan Lekat Kat Tempat Kerja
Jangan rasa diri tu penting sangat sampai nak stay kat pejabat sepanjang tahun. Kalau korang jatuh sakit atau apa-apa berlaku, diorang akan ganti korang dengan cepat. Keluarga tu lagi penting, buat mereka jadi prioriti dalam hidup.
3. Jangan Kejar Pangkat
Fokus pada kemahiran dan jadi yang terbaik dalam apa korang buat. Kalau diorang nak bagi pangkat, Alhamdulillah. Kalau tak, tak perlu stress. Yang penting, korang teruskan perkembangan diri. Poknik sendiri pun dah kena sidah 7 tahun tak naik pangkat sebab boss tak suka. Lantak la… rezeki poknik bukan kat tangan diorang.
4. Jauhkan Diri Dari Gossip Tempat Kerja
Jangan sibuk mengata orang atau bos. Jangan join geng yang suka cakap buruk pasal orang lain. Jaga nama dan reputasi sendiri, elakkan dari terlibat dengan perkara negatif.
5. Jangan Cuba Lawan Bos atau Kawan Sendiri
Berlumba dengan bos atau kawan sekerja tu cari penyakit. Jaga hubungan, jangan banding-banding sampai burn out sendiri. ini bodoh amat ni geng
6. Buat Bisnes Sampingan
Gaji korang tak cukup untuk sustain semua keperluan dalam jangka masa panjang. Jadi, mulakan bisnes sampingan dari sekarang. Korang selesa macamana pun mula je secepat mungkin.. Jangan jadi bodoh macam poknik.. bila dah kena tukar notis 24 jam baru terhegeh hegeh nak bina bisnes sendiri … masa tu poknik sedar yg alam pekerjaan ni tak ada masa depan.
Bila bila masa orang atas akan pancung bila ada orang bawak cerita buruk pasal you. Berita baiknya…. bab fitnah ni… memang asam garam dalam dunia pekerjaan.
7. Menyimpan Tu Wajib
Jadikan ia automatik tolak dari slip gaji korang. Simpan sikit-sikit, lama-lama banyak juga.
8. Pinjam Untuk Pelaburan, Bukan Kemewahan
Kalau nak ambil loan, pastikan untuk bisnes atau ubah keadaan hidup, bukan untuk beli barang mewah. Barang mewah, beli guna keuntungan bisnes. Ini silap paling besar poknik buat. 200k personal loan utk joli. bangang nak mampus. Nasib baik ada rezeki bisnes, boleh la tutup balik dengan bergaya.
9. Privasi Tentang Kehidupan Peribadi
Jaga urusan keluarga dan peribadi, jangan bawa masuk ke tempat kerja. Tak perlu orang pejabat tahu semua hal keluarga kita. Tak perlu juga orang dalam media sosial tahu pasal kita. Sembang pasal projek cukup la.. buat apa nak cerita pasal benda peribadi pulak.
10. Setia Pada Diri Sendiri
Buat kerja dengan ikhlas, tapi jangan sampai sangkut kat bos je. Jangan harap bos tu akan jaga kita sampai pencen. Bila bos pergi, kita mungkin tinggal terpinggir.
12. Join Kebajikan Tempat Kerja
Sentiasa aktif dalam kebajikan tempat kerja sebab benda ni akan bantu kalau ada hal kecemasan.
13. Ambil Cuti & Buat Projek Masa Depan
Setiap kali cuti, buat benda yang ada manfaat untuk masa depan korang. Kalau cuti asyik layan netflix je, tu jugaklah gaya hidup lepas pencen nanti.
14. Mula Projek Sambil Masih Kerja
Jangan tunggu pencen baru nak mula projek. Buat projek sekarang, biar ia running masa korang masih kerja. Nanti bila pencen, korang manage bisnes yang dah stabil, bukan baru nak start.
15. Duit Pencen Bukan Untuk Start Bisnes
Duit pencen tu untuk jaga korang masa tua. Jangan guna untuk mula bisnes atau beli barang mahal. Itu duit untuk maintain hidup, bukan untuk mulakan sesuatu yang baru.
16. Jadi Role Model Lepas Pencen
Bila korang pencen, jangan jadi contoh hidup susah. Biar orang tengok korang happy dan berjaya lepas pencen, jadi mereka pun ada inspirasi nak retire awal.
17. Pencen Masa Masih Bertenaga
Jangan tunggu lepas habis kudrat baru nak berhenti kerja. Pencen masa masih bertenaga, masa korang masih boleh enjoy hidup, boleh travel, boleh buat apa yang korang suka.
18. Pencen Kat Rumah Sendiri, Bukan Rumah Syarikat
Biar pencen kat rumah sendiri, senang nak blend balik dengan komuniti. Jangan sampai dah tua baru nak adjust hidup di tempat sendiri.
19. Manfaat Kerja Bukan Untuk Dilayan Sampai Lupa Pencen
Benefit kerja tu hanya sementara. Jangan sampai benefit tu buat kita leka. Ingat, lepas pencen nanti, semua kemudahan tu hilang.
20. Jangan Takut Pencen
Kita akan pencen juga satu hari nanti. Sama ada suka atau tak, hari tu akan tiba. Jadi plan la dari sekarang, supaya kita pencen dengan tenang. Poknik harap korang boleh nampak pentingnya plan masa depan ni. Jangan tunggu esok-esok. Start today guys, start immediately untuk masa depan yang lebih tenang.
Poknik start lewat guys, umur 44 baru start. Kalau korang start sekarang masa masih muda… you akan akan happy dan tenang lama insyaallah.
Sumber: Nik Ahmad Nik Hashim