Ajal maut adalah di tangan Tuhan Allah. Tak kira usia muda atau tua tetapakan dijemput-Nya.
Tiada siapa pun tahu melainkan Dia. Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai kematian.
Bagi yang kehilangan ahli keluarga sudah tentunya memberi kesan paling mendalam sepanjang kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi, jika pemergian itu berlaku secara mengejut.
Begitulah suasana pilu yang kini dihadapi oleh sebuah keluarga ini yang kehilangan adik tunggal lelaki dan bongsu daripada tiga beradik.
Muhammad Sufian berusia 28 tahun meninggal dunia akibat kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki selepas menumbuk cermin Masjid Taman Scientex di Johor Bahru, Johor Ahad lalu.
Arwah yang merupakan Jurutera Kimia telah selamat dikebumikan kampung halamannya Kuala Berang , Terengganu. Jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan oleh Geng Bakal Jenazah di HSI Johor Bahru.
Dalam pada itu, coretan luahan hati, Siti Ayu Megawati yang merupakan kakak sulung mengenai arwah telah menarik perhatian netizen. Jauh disudut hati, kejadian itu meragut kebahagiaan keluarga, namun pasrah dengan ketentuan Ilahi. Memohon mendoakan kesejahteraan buat arwah yang pergi tidak akan kembali lagi ke negeri abadi.
Ads
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Momen indah akan dikenang jua
Innalillahiwainnailaihirojiun. Perginya seorang pejuang, seorang adik, seorang anak, seorang sahabat yang sangat baik. Sangat memikirkan ummah. Tenanglah adek kesayangan kami semua di sana. Allah lebih menyayangi arwah. Perginya 05.09 tarikh yang sama dengan arwah ibu tercinta.
Rehatlah, rehatlah dek. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa indahnya memiliki seorang adik yang bernama muhammad sufian bin mohd said. Indahnya dapat bersama, indahnya dapat berkongsi rasa, tawa, tangis dan segalanya. Indah segala-galanya.
Saya dan keluarga, mohon doakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin dan dpt bertemu dgn kesyangan kami yg lain disana. Pesanan akhir arwah, family adalah keutamaan. Allah jangan ditinggalkan. Semua yang berlaku adalah asbab Allah SWT. Sudah tiba masa, ya Allah kami redha. Tpi kuatkan kami menempuh hari tanpa dia. Sekiranya ada urusan yang belum selesai dengan arwah, boleh pm saya. Kakaknya.
Kata-kata arwah yang menusuk kalbu di media sosial.
Solat jenazah
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak dan simpati, sambil mendoakan supaya ahli keluarga arwah tabah dengan kehilangan secara mengejut.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebagai seorang ibu sudah semestinya kita mengharapkan anak yang kita lahirkan akan menjadi seorang yang baik dan berjaya dalam hidup.
Namun sejujurnya, tanggungjawab mendidik anak ini bukanlah suatu tugas yang mudah.
Dalam hal ini, kita sebagai ibu perlu lakukan beberapa usaha dan perlu jadikan amalan agar konsisten dan berpanjangan dalam mendidik anak-anak.
Untuk itu, di sini ada 11 pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak yang boleh kita jadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seminggu dua ini kembali kecoh tentang kemelut rumah tangga pasangan selebriti pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana apabila Syamsul membuat pengumuman bahawa dia telah selamat mendirikan rumah tangga bersama isteri keduanya, Ira Kaza.
Turut terpalit dalam isu ini, nama Pelakon Edika Yusof menjadi bualan orang meskipun netizen memuji kesetiaan Edika terhadap isterinya yang lumpuh, namun pelakon berusia 55 tahun itu tidak selesa apabila namanya terkait dengan isu rumah tangga.
“Bila isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi bualan hangat, nama saya mesti turut disebut-sebut. Bila saya pun terkena tempias sekali, saya jadi takut.
“Kadang-kadang bila saya berjalan dengan saudara perempuan, nanti orang ingat ‘Edika dengan siapa tu’… saya pula kena berjaga-jaga.
“Bukan risau fasal netizen tapi nanti sampai ke isteri saya, orang mengadu kata nampak saya dengan perempuan lain. Benda itu menjadi menyusahkan saya lagi.
“Macam sekarang tengah isu viral ini, saya nak ke mana-mana atau keluar pun kena dengan lelaki,” kata Edika kepada Gempak dalam satu sidang media.
Hanya ingin lakukan yang terbaik buat keluarganya, Edika bagaimanapun berharap kebaikan itu boleh menjadi contoh untuk orang lain.
“Kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa yang buat yang terbaik… bukan untuk orang lain tapi untuk keluarga kita. Tapi kalau kebaikan itu boleh mencontohi orang luar, saya rasa baguslah,” ujarnya lagi.
Ini mungkin adalah senario yang sering dialami oleh ramai dalam kalangan kita apabila menggunakan seterika. Tambah pula kalau kita menggunakan seterika jenis lama atau old school yang mempunyai besi yang lebih berat, makin lama diguna makin melekat di baju!
Oleh itu, ada cara yang anda boleh gunakan untuk membersihkan kotoran di permukaan seterika besi tersebut supaya tiada lagi masalah melekat di pakaian hingga terkoyak. Senang sahaja rupanya, jom kita tengok caranya.
CARA BERSIHKAN SETERIKA BESI OLD SCHOOL GUNA KERTAS PASIR
Sedikit perkongsian pada mereka yang masih menggunakan seterika macam saya, dengan masalah permukaan seterika yang rosak sehingga koyak baju/seluar yang diseterika..
Masalahnya disebabkan besinya sudah terlekat dengan plastik cair. Hanya guna kertas pasir sahaja untuk baiki permukaan besi seterika tu. Selamat mencuba, langkah-langkah di bawah.
1.Dah melekat-lekat dengan plastik dan kesan-kesan lama.
2.Kertas pasir halus, beli di Kedai Eco RM 2, dapat 4 helai
3.Sebelum guna
4.Gosok pada kertas kuat-kuat.
5.Hasil kotoran
6.Suci murni tanpa dosa.
7.Perbezaan sebelum dan selepas.. Selamat mencuba kawan kawan!
Boleh cuba!
Sumber: Ahmad Syahril Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...