
Eyra Hazali dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli sepakat memilih nama anak lelaki kedua mereka dengan nama Muhammad Endra Haqimie.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya berserta gambar wajah si kecil Endra.
“Bismillahirrahmanirrahim MasyaAllah. Kenalkan putera kedua kami, Muhammad Endra Haqimie 🤍
“Terima kasih atas ucapan dan doa,” tulis Eyra ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji Kecomelan anak kedua pasangan ini. Bahkan ramai mengakui wajah Endra seiras abangnya.
Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan kini bahagia menerima kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Endra Haqimie.
Ini 5 Pesanan Buat Suami Agar Mudah Jemput Rezeki. Ramai Tahu Tapi Jarang Buat!

Suami yang bertanggungjawab akan sentiasa membahagiakan isteri dan anak-anak.
Walaupun hanya menjamah hidangan, itu sudah cukup membuatkan rezeki datang tanpa diduga.
Barangkali ramai yang tahu tapi jarang buat. Moga muhasabah diri untuk membahagiakan keluarga.
1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, dah dihidangkan atas meja, lepastu isteri panggil kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan makanan sejuk, maka lambatlah rezeki masuk.
2. Jika pulang ke rumah, sampai-samapi anak terus menerpa dekat dekat kita, sambil bising-bising.. nak itu nak ini. Penat macamana sekali pun, duduklah sekejap dan bercakap dengan mereka. Peluk cium anak, itu cara kita menghargai mereka ‘pembawa rezeki’. Jangan marah-marah, jangan cepat naik angin.
3. Bila bangun pagi, kejutkan juga pasangan untuk bangun sekali. Jangan dibiarkan saja pasangan tidur dan terus hanyut meninggalkan solat subuh. Ini juga salah satu rezeki susah nak dekat dengan kita. Bila rezeki sempit, hubungan rumahtangga pun makin dingin. Itu yang nak bergaduh je laki bini berantakan.
4. Usahakan untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita kecil. Kalau tak mampu bagi RM100, berilah RM50 @ RM10. Rajin-rajin tengok dompet isteri, jangan terkejut kalau nampak duit syiling je yang ada.
Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.
5. Banyak-banyak bergurau mesra dari marah-marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua kita. Macamana bonding kita dengan isteri. Selama ni kalau cara kita banyak sakitkan hati dia, berubahlah. Isteri tak pernah lupa untuk berdoa buat suaminya. Itulah antara salah satu asbab rezeki kita berpanjangan. Doa isteri mustajab buat suami.
Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tak suka itu ini, sering hatinya tak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah rezeki.
Jangan lupa untuk bahagiakan orang yang kita sayang
Kredit: 9bulan 10hari
Waspada Beli Baby Nanas, Bimbang Ada Pemanis Tiruan Yang Merbahaya!

Jika sebelum ini kita sering terlihat kelibat peniaga yang menjual jeruk mangga di laluan simpang lampu isyarat. Namun sejak kebelakangan ini, beralih pula dengan menjual baby nanas.
Melihat senario itu terpanggil Sazly Tulis berkongsi info di akaun facebooknya dan perkongsian daripadanya menarik perhatian warganet tentang bahayabya jika terbeli baby nanas daripada jenama Dragon King yang mempunyai rasa manis yang sangat ketara.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya semoga bermanfaat.
Baby Nenas (Baby Pineapple)
Dua tiga minggu lepas, saya ada ternampak peniaga-peniaga di tepi jalan yang sebelum ini menjual jeruk mangga telah beralih kepada baby nenas. Saya berharap sangat, produk ini bukanlah jenama “Dragon King” yang menggandungi siklamat iaitu pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis pada buah sehingga 30-50 kali ganda.
Ingatkan Musang King Malaysia je yang femes kan… Dragon King pun femes. Untuk pengetahuan semua, Siklamat ni tidak dibenarkan penggunaannya di dalam buah-buahan segar termasuk dikupas atau sedia dimakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tak silap saya, pada tahun 2019 DG Kesihatan pernah membuat kenyataan akhbar berkenaan hal ini. Menurut kenyataan akhbar tersebut, baby nenas jenama Dragon King ini tidak dieksport ke Malaysia. Jangan ada penyeludupan buah ini ke Malaysia sudah lah.
Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my.
Kepada penjual pula, saya nak maklumkan jika tuan puan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 yang mana memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.
Sumber : Sazly Tulih
Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Maaf, Suami Puan Kritikal.” Kisah Kekuatan Cinta Isteri, Tabah Pulihkan Suami Hidap Strok Ini Cukup Berinspirasi

Tatkala ketua keluarga diberi ujian, lumpuh sistem kekeluargaan namun dibahu sang isteri lah menjadi tempat untuk keluarga bersandar. Wanita dan juga ibu bernama Raudzah Arippin ini cukup hebat dan kental orangnya. Berhadapan dengan suami, Muhammad Idzwan Othman yang diserang strok pendarahan, kisahnya menjaga suami ini cukup memberi inspirasi buat wanita di luar sana.
Biarpun bibirnya terukir senyuman namun di hati siapa yang tahu. Pengalaman menjaga suami sakit diinspirasikan di dalam sebuah buku bertajuk “Maaf Suami Puan Kritikal. Penulis berkesempatan berkunjung ke rumah pasangan ini bagi menelusuri kisah dan pengorbanan sang isteri.
Darah tinggi menyerang
Menurut Raudzah, suaminya diserang strok pendarahan pada 2015 secara tiba-tiba. Ketika itu, suami di pejabat, namun sempat menghubunginya untuk meminta pertolongan.
“Suami memang ada darah tinggi tapi waktu diserang itu ia berlaku secara tiba-tiba. Kebetulan saya dan anak-anak ikut suami ke pejabat walaupun hari itu hari ahad. Mungkin Allah gerakkan hati saya untuk ikut suami ke pejabat hari itu.
“Ketika kejadian, itu kami bersarapan bersama, suami cakap pening. Semua berlaku mengejutkan tapi saya tak panik, sebaliknya saya hubungi bahagian kecemasan dan terus ke hospital. Apabila sampai di hospital, suami dimasukkan ke wad kecemasan zon merah sebelum ditolak ke bahagian kritikal.
‘Maaf suami puan kritikal’
Saya masih ingat kata-kata doktor ketika itu. ‘Maaf suami puan kritikal’ dan kata-kata itu masih menghantui sampai sekarang. Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada anak-anak. Apatah lagi, suami merupakan tonggak utama keluarga.
“Apabila suami tak sedar diri anak-anak terkejut. Waktu itu anak sulung bakal menduduki UPSR, yang kedua darjah lima, yang ketiga tadika dan yang bongsu 1 tahun 2 bulan dan masih menyusu.
“Yang main peranan ketika itu adalah saya yang kena terangkan apa yang terjadi pada ayah. Selain menenangkan mereka,” jelas Raudzah lagi yang sebelum ini bekerja dalam bidang fotografi sebelum beralih kepada penerbitan buku.
Tak mudah jaga orang sakit
Cabaran menjaga orang sakit bukan semudah yang disangka. Terpaksa korbankan segalanya termasuklah tenaga, masa dan segalanya.
“Menjaga orang sakit ini berfasa. Fasa awal yang paling mencabar adalah menerima keadaan baru. Alhamdulillah saya tak ambil masa yang lama. Cuma minggu pertama itu sahaja saya rasa terawang-awang.
“Bila bangun pagi rasa macam mimpi. Bukan tak terima takdir tetapi rasa tak percaya sebab semalam dia sihat dan ada dengan kita, saya jadi tertanya-tanya betul ke benda ni jadi pada keluarga kita.
“Waktu tidur malam saya fikir apa akan jadi esok. Sampai bila suami akan terlantar dan doktor sendiri tak cakap bila dia akan sedar.
“Apabila dah berkeluarga, ada suami dan anak pasti ada impian yang kita bayangkan. Tetapi bila berlaku semua benda ini menyebabkan ia berkecamuk dalam diri.
Rutin harian berubah
Lebih memeritkan, ibu kepada 4 anak ini sudah lama berhenti kerja dan selepas suami sakit, rutin hariannya juga turut berubah.
“Biasanya suami hantar anak ke sekolah, saya pula uruskan rumah tangga. Tetapi kini semuanya berubah. Pagi saya uruskan anak dengan menghantar mereka ke sekolah. Pulang ke rumah saya mandikan suami. Semuanya dilakukan sendiri dan kekuatan itu datangnya dari Allah swt.
“Saya tak nak anak tengok saya lemah. Jadi, saya set dalam diri tak nak menangis depan mereka. Sebab saya fikir anak-anak akan tengok apa ibu buat dan respond pada keadaan tersebut.
“Saya tulis buku ni pun sebab saya rasa ujian ni besar tapi Allah mudahkan terutama dalam hal anak-anak. Walaupun saya tak dapat lihat mereka ketika tengah periksa, mereka terpaksa berdikari serta pandai bawa diri. Termasuklah yang darjah satu, siap gosok baju sendiri.
“Alhamdulillah pencapaian mereka cemerlang. Bila saya duduk dan fikir memang banyak hikmah dan rahmat yang saya dapat walaupun diuji dengan suami sakit. Sebab tu saya selalu pesan pada anak-anak, sentiasa berbuat baik di sekolah.
Keluarga dan rakan-rakan prihatin
Memandangkan tonggak utama keluarga sakit, ia memberi kesan kepada pendapatan keluarga. Akui Raudzah, awalnya agak susah memandangkan suami bekerja sendiri. Namun menakjubkan kerana mereka dikelilingi kawan yang cukup prihatin.
“Untuk fasa-fasa awal minggu pertama, kawan-kawan suami tubuhkan tabung #pray4idzwan di facebook. Saya dapat sumbangan yang banyak dan tak bimbang tentang belanja. Malah ada yang sponsor belanja anak-anak sekolah sampai sekarang. Kawan-kawan sekolah dan ada yang tak rapat dengan saya masih menyumbang. Keluarga pun banyak membantu kami.
“Selain kekuatan saya datang dari Allah, bagaimana kita menerima keadaan itu juga memberi kekuatan kepada saya. Bila suami sakit, saya tak suka dalam keadaan serabut, saya suka fokus pada penyelesaian dan bukan masalah. Saya kena dapatkan kekuatan dan salah satunya adalah dengan menulis.
Doa azimat terbaik
Diminta memberi kata-kata semangat buat wanita atau isteri senasib dengannya, kata Raudzah, doa azimat terbaik dalam memberi kekuatan.
“Saya selalu update keadaan suami di facebook dan itu satu terapi buat diri saya sendiri. Setahun lebih saya menulis dan kawan-kawan cakap patut keluarkan buku. Malah waktu itu saya dapat banyak mesej dari wanita lain yang bercerita tentang masalah dan pengalaman mereka menjaga pasangan atau keluarga.
“Dulu tak ada rujukan untuk panduan saya jaga suami. Daripada situlah timbul idea untuk saya tubuhkan grup whattsapp Info Strok dan Lumpuh. Bila ada grup ini memudahkan orang lain mendapat info dan maklumat tentang penjagaan orang strok dan sehingga sekarang grup ini masih aktif,” ujarnya lagi.
Hargai pengorbanan isteri
Walaupun sudah pulih namun Muhammad Idzwan mengakui masih perlu membuat rawatan susulan di hospital. Dalam masa yang sama, Idzwan turut berterima kasih kepada isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga mereka.
‘What u give , is what u get’
Kini selepas 4 tahun setengah, Idzwan sudah mampu menguruskan diri sendiri serba sedikit walaupun dengan berkerusi roda.
“Sudah lima tahun saya diserang strok pendarahan dan alhamdulillah berkat doa semua saya semakin pulih. Syukur kerana ini rezeki dan juga anugerah buat saya. Saya amat berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban.
“Betul lah apa orang cakap ‘what u give, is what u get’. Nasihat saya kepada suami di luar sana, hargailah isteri anda kerana pengorbanan mereka cukup besar untuk kita dan juga keluarga. Sebagai manusia, kita kena hargai apa yang ada disekeliling kita,” ujar Idzwan lagi.
Suami buat kejutan seminggu sebelum sakit
Sementara itu, Raudzah mengakui suaminya pernah membuat kejutan dengan membelikan kek seminggu sebelum jatuh sakit.
“Waktu itu kami janji nak makan bersama diluar tapi dia sampai lambat dengan membawakan kek. Katanya kejutan sebagai hadiah dan tanda penat saya menjaganya. Padahal sebelum ini tak pernah berbuat demikian. Selepas dia sakit, perkara itu yang terlintas difikiran saya. Tak sangka itu ‘reward’ daripada dia sebelum sakit.
“Walaupun orang kata waktu suami jadi perunding hartanah itu yang membuatkan dia stres, tapi pada saya itu fasa terbaik kerana suami ada masa untuk famili, ada masa untuk membaca al-Quran dan sebagainya.
Kalau ikutkan sebelum kami berpindah ke Kuala Lumpur itu lagi stres. Punca dia sakit sebab tak makan ubat dan ada masalah lain yang menjadi asbab untuk dia mengalami strok,” ungkap Raudzah lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.