Pelakon popular, Datin Atikah Suhaime, 33, kini menjadi tumpuan peminat setelah mendedahkan melalui TikTok bahawa dia mengalami alahan .
Situasi itu yang membuatkan dirinya terpaksa berehat sementara daripada menghasilkan video mukbang yang sering dinantikan oleh pengikutnya.
Lama tak post mukbang. Terimalah focaccia bread mushroom portobello sandwich ni. Thank you temankan late lunch.
Dalam hantaran tersebut, Atikah berkongsi tentang perubahan selera makannya yang semakin teruk kebelakangan ini, mencetuskan spekulasi bahawa dia mungkin sedang hamil.
“Kebelakangan ini, rasa mual memang susah nak hilang. Saya minta maaf kalau ramai yang tertunggu-tunggu video mukbang baru.
Menurutnya, dia tidak lagi boleh menikmati makanan yang mengandungi bawang merah dan bawang putih kerana hanya bau kedua-dua bahan tersebut sudah cukup membuatkan dia berasa mual.
Ads
“Tak boleh bau bawang putih langsung. Kalau bau je, mesti muntah.”
Atikah, yang juga dikenali dengan bakatnya dalam bidang masakan, turut berkongsi video sedang menyediakan hidangan Itali, Portobello Mushroom Focaccia Sandwich, dan menyatakan bahawa hanya makanan tersebut yang dapat diterima oleh tekaknya dalam tempoh ini.
Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai kehamilannya, peminat terus menyokong dan mendoakan yang terbaik buat pelakon asal Singapura itu.
Antara komen netizen adalah seperti berikut:
Ads
“Confirm ni. Mcm sy. Bab Bawang tu mmg sama. Alhamdulillah. Tc tau. Eat & rest well”
Sejak kecil lagi malah sejak berada di dalam kandungan lagi, anak sudah boleh dirangsang untuk menjadi lebih baik. Nak tahu apa tipnya?
Tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad wajib ibu ayah praktikkan sejak di dalam kandungan lagi. Cuba amalkan ni!
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga.
Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jaga pemakanan waktu hamil Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Mendengar dan berbual dengan pasangan adalah aspek penting dalam hubungan perkahwinan yang sihat. Ini mencerminkan komunikasi yang baik dan menguatkan ikatan antara suami dan isteri.
Apabila isteri bercakap, cuba untuk memberikan perhatian sepenuh hati. Matikan alat elektronik, tumpukan perhatian pada dia, dan berikan respons yang jelas. Dalam sesebuah rumah tangga, suami harus bersedia menjadi pendengar yang baik ketika isteri berbicara.
Suami Kalau Nak Otak Bergeliga
Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.
Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..
Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.
3 kali ganda lebih banyak!
Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.
Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu.
Selalulah Layan Isteri Bercakap
Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.
Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..
Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.
Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..
Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki..
Mohd Fhais-Dulu pendiam, sekarang dah jadi peramah gara-gara dengar celoteh isteri setiap hari.
Kesimpulannya selepas ini, suami kenalah selalu layan isteri bercakap.
Berikut adalah beberapa tip tentang bagaimana suami boleh memberikan perhatian dan menjadi pendengar yang baik ketika isteri ingin berbicara.
1. Berikan Waktu: Alihkan perhatian dari aktiviti lain dan berikan waktu yang cukup untuk berbicara dengan isteri. Jika anda sibuk, beritahu isteri bahawa anda akan mendengarkannya dalam beberapa saat ketika anda selesai dengan tugas yang sedang anda kerjakan.
2.Matikan Gangguan: Pastikan untuk mematikan peranti elektronik atau TV yang dapat mengganggu perhatian anda selama percakapan. Ini akan menunjukkan bahawa anda benar-benar peduli.
3.Perlihatkan Minat: Selama percakapan, tunjukkan minat anda dengan cara-cara seperti mengangguk, tersenyum, atau memberikan respon verbal yang sesuai. Ini akan menunjukkan bahawa anda aktif mendengarkan.
4.Hindari Mencelah: Jangan mencelah ketika isteri berbicara. Biarkan dia menyelesaikan pemikiran atau perasaannya sebelum anda memberikan tanggapan.
5.Tanya Pertanyaan Terbuka: Ajukan pertanyaan terbuka yang memungkinkan isteri untuk berbicara lebih banyak dan lebih mendalam tentang perasaannya. Ini dapat membantu anda lebih memahami apa yang dia rasakan dan fikirkan.
6.Jangan Kritik atau Jatuhkan Hukuman: Hindari mengkritik atau memberikan hukuman selama percakapan. Fokuslah pada mendengarkan dan mencuba untuk memahami sudut pandangnya.
7.Ekspresikan Empati: Jika isteri sedang menghadapi masalah atau kesulitan, ekspresikan empati dan sokongan. Katakan bahawa anda memahami perasaannya dan siap membantu jika diperlukan.
8.Jangan Menawarkan Solusi Terlalu Cepat: Terkadang, orang hanya ingin berbicara dan berkongsi perasaan mereka tanpa mencari solusi. Jadi, jangan terlalu cepat memberikan solusi jika itu bukan yang diminta.
9.Berbicara Terbuka: Jika ada masalah dalam hubungan atau hal-hal yang perlu dibincangkan, penting untuk berbicara terbuka dan jujur. Hindari menahan perasaan atau fikiran anda.
10. Pujian dan Penghargaan: Jangan lupa untuk memberikan pujian dan penghargaan ketika pasangan berbicara tentang hal-hal positif. Ini dapat meningkatkan perasaan dihargai dan dicintai.
Ingatlah bahawa komunikasi yang baik adalah kunci dalam hubungan yang sihat. Selain suami perlu mendengarkan dan memberikan perhatian kepada isteri, hal yang sama juga perlu berlaku sebaliknya. Kedua pasangan harus saling mendengarkan dan memahami satu sama lain untuk memperkuatkan ikatan dalam hubungan suami isteri.
Suri hati kepada pengarah terkenal, Syafiq Yusof iaitu Aisyeah Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 8.18 pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Syafiq sendiri di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar wajah anak lelaki pertamanya.
Syafiq yang juga anak kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan zuriat itu selain memperkenal nama bayinya sebagai Muhamad Nu’Aiman.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Anak ketiga, lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq,” tulis pengarah drama bersiri Special Force: Anarchy itu yang juga adik kepada Syamsul Yusof.
Meninjau di ruangan komen, ibunya juga turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cucu kelapannya itu.
Selain itu, rakan artis dan mengikutnya turut tumpang gembira serta meninggalkan ucapan tahniah.
Untuk rekod, Syafiq yang juga anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam serta isterinya mendirikan rumah tangga pada 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...