Kuih-muih tradisional sememangnya menjadi kegilaan dan kegemaran ramai. Kuih bakar antara kuih yang boleh dikatakan popular dan sangat sedap dimakan terutama ketika panas.
Jika mengikut cara tradisional, kuih bakar dimasak dengan menggunakan arang dari sabut kelapa yang akan memberikan aroma wangi dan sedap.
Namun, kini semuanya sudah mudah dan pantas. Dengan menggunakan air fryer sahaja anda sudah boleh buat kuih bakar tanpa bertungkus-lumus. Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ini hasil kuih bakarnya sangatlah menjadi dan yang pastinya sedap.
Kuih Bakar Super Simple
Bahan-Bahan:
- 1 Cawan air daun pandan
- 2 Cawan santan/1kotak kecil
- 2 Cawan tepung gandum
- 1 Cawan Gula
- 2 Biji telur
- 1 Sudu kecil garam
- 1 Sudu kecil esen vanilla
- 1 Sudu kecil pewarna hijau
- Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi (ikut citarasa)
Cara-Cara:
– Blend semua bahan tadi sampai sebati dan masukkn dlm loyang (loyang airfryer tu tak perlu guna baking paper pun takpe sebab tak melekat pun).
– Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar. Kira bahagi dua la bancuhan tu.
– Masukkan je dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit.
Tip: Tunggu betul-betul sejuk baru potong sebab nanti bahagian tengah tu akan mendap.
Sumber: Tsu Feh Sufiah