
Perkongsian menarik dari seorang suami ini yang memberi cara trik untuk menabung bersama isteri. Cara ini sesuai untuk suami isteri yang bekerja. Ia cara ekstrem yang pastinya buat tabung cepat penuh. Nak cuba ikut, ikuti perkongsian Hafizul Hakim
Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan.
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi
Cara ini boleh dijadikan azam tahun baru 2019 ni! Selamat mencuba!
“Mak Tahu Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir, Sebab Tu Sebelum ‘Pergi’ Dia Masak Sambal Ikan Bilis Untuk Aku Lepas Rindu. Allahu, Sebaknya!

Kita hanya mampu merancang, namun yang menentukan hanyalah Sang Pencipta. Kehilngan insan tersayang pastinya meninggalkan kesan yang mendalam. Lebih-lebih lagi kepergiannya dalam keadaan yang mengejut.
Perkongsian seorang lelaki yang kehilangan ibu tersayang secara mengejut membuatkan ramai yang turut berasa sebak. Sedikit sebanyak memberi tamparan yang hebat kepada lelaki ini.
Menurut cerita lelaki bernama Johan menerusi twitter, arwah ibunya dimasukkan ke hospital akibat semput sebelum dimaklumkan berada dalam keadaan tenat.
Lebih menyayat hati, si ibu seakan-akan dapat merasai masanya sudah ‘sampai’ kerana sempat memasak juadah terakhir buat si anak.
Yang membuatkan Johan sedih bila mana dia tidak sempat menatap wajah arwah ibunya buat kali terakhir. Sebaliknya, dia hanya dapat menjamah Sambal Ikan Bilis yang dimasak oleh arwah bagi melepaskan rindu.
Sebak bila membacanya!
Sambal ikan bilis. Nampak biasa, kan? Tapi pada aku, tak. Inilah air tangan mak yang terakhir, yang dapat aku nikmati.
Pagi 28 Julai 2017, dapat berita mak warded sebab sesak nafas. Tapi dimaklumkan tiada apa yang merunsingkan, sekadar semput biasa sahaja.
Kebetulan tiket penerbangan sebenarnya telah dibeli dan dijadualkan akan berlepas dari Pulau Pinang ke Johor pada awal pagi 29 Julai 2017 untuk sama-sama meraikan abang yang bakal melangsungkan perkahwinan.
So dalam hati, esok sambil datang kenduri abang. bolehlah melawat mak sekali.
Namun pada jam 11.59 pagi, dapat berita mak tidak sedarkan diri.
Aku siap sedia pack barang, nekad drive balik Johor pada masa itu juga. Jam 12.11 tengah hari dapat berita mak tenat. Allah, otak kosong. Call kakak sambil menangis.
Selang beberapa minit dapat panggilan,
“Mak dah tak ada.”
Allah, luluh hati. Alhamdulillah masih waras memandu dan teruskan perjalanan balik ke Johor dengan perasaan yang hanya Allah saja tahu.
Sampai di Kluang, Johor jam 8 malam. Mak dimaklumkan sudah selamat dikebumikan. Luluh hati, hanya nampak tilam tempat jenazah mak diletakkan sebelum disolatkan.
Sehari sebelum mak ‘pergi’, sempat mak masak peninggalan air tangan mak, ‘Sambal Ikan Bilis’ untuk aku melepaskan rindu.
Mungkin mak tahu aku tak dapat jumpa mak buat kali terakhir. Mak, Johan rinduuu….
Sumber: Twitter Megat
“Tiba-Tiba Ibunya Bersandar Di Bahu Anak Perempuannya. Ingatkan Bergurau Tetapi..” Mati Itu Boleh Berlaku Kepada Sesiapa Saja Secara Tiba-Tiba, Ikuti Tiga Kisah Benar Ustaz Ini. Moga Jadi Iktibar

Kematian adalah perkara yang pasti dilalui oleh setiap manusia. Malah Rasulullah menyuruh kita mengingati mati kerana mati itu pasti. Tidak kira walau di pelusuk dunia mana sekalipun kita berada, ia pasti datang.
Namun sebagai umat Islam pastinya menanam cita-cita untuk menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah.
Melalui perkongsian ustaz, Muhammad Muhammad Rafieudin Zainal Rasid sungguh bermanfaat untuk kita muhasabah diri agar kita mengingati mati yang pastinya datang tanpa kita ketahui.
IBRAH DARI 3 KISAH KEMATIAN!
“Saya ingin berkongsi 3 kisah kematian yang berlaku semalam.. Sementara menunggu giliran konsultasi bayi saya bersama doktor di klinik pakar kanak-kanak di Melawati yang terlalu lama, lebih 3 jam! Maka ada banyak masa untuk menaip ceritera.
KISAH 1
Seorang lelaki tua berusia lingkungan 70-an meninggal dunia setelah 2 tahun terlantar sakit. Ketika menguruskan jenazahnya di sebuah masjid, saya mendapati bibirnya terlalu kering sehingga mengelupas.
Anaknya mengatakan arwah ayahnya itu ada penyakit paru-paru berair dan dia tidak boleh makan dan minum melalui mulut. Hanya susu sahaja yang dimasukkan sebagai makanannya melalui perut yang telah ditebuk dan disumbatkan dengan tiub. Allahurobbi.
Arwah tersebut lumpuh dan tidak boleh berkata-kata. Hanya mampu memberi isyarat melalui mata dan sesekali mengalirkan air matanya. Paling menyedihkan, dia menanggung perit sakitnya itu selama 2 tahun.. Bayangkan 2 tahun tekaknya kering tanpa air dan makanan. Allahuakbar.. ???
Pengajaran yang dapat saya kongsikan adalah betapa nikmat sihat itu sangat wajib kita hargai dan mensyukurinya. Berapa ramai di antara kita yang tidak bersyukur dan menggunakan nikmat sihat dengan sebaik-baiknya? Bila Allah swt ambil nikmat itu, barulah kita menyesal dan sanggup berkorban wang ringgit untuk mendapatkan nikmat sihat itu kembali.. Allah.. Allah.. Marilah sama-sama kita menghargai nikmat sihat itu sebaiknya..
KISAH 2
Selesai menguruskan jenazah dalam kisah 1 di atas, saya menunggu waktu solat Jumaat di masjid yang sama. Datang seorang lelaki yang merupakan ahli jawatankuasa masjid berkenaan berkongsi kisah bahawa dia baru pulang dari menziarahi arwah anak saudara perempuannya yang berusia 17 tahun yang meninggal dunia kerana terjatuh dalam bilik air di rumahnya ketika mahu mengambil wuduk pada jam 11 malam (Khamis).
Dia menceritakan sebelum kejadian, arwah dalam keadaan sihat seperti biasa sehinggalah dia ke bilik air rumahnya dan tiba-tiba jatuh tergelincir dan kepalanya terhantuk ke dinding sebelum badannya terhempas ke lantai dengan kuat.
Ketika dalam perjalanan ke hospital, arwah masih sedar tetapi tidak dapat berkata-kata selain kejang beberapa kali sehinggalah disahkan meninggal dunia tidak sampai beberapa minit di hospital. Innalillahi wainnailaihi rojiiun..
Begitu pantas kematiannya tanpa siapapun dapat menduga ajalnya pada malam itu sedangkan siangnya masih sihat dan ceria. Pengajaran besar yang dapat kita ambil bahawa mati itu tidak mengira sama ada kita dalam keadaan bersedia ataupun tidak dan tidak mengira sama ada dalam keadaan sihat ataupun sakit.. Allahurobbi..
KISAH 3
Berlaku tengah malam tadi sekitar jam 12:30 malam saya mendapat mesej dari ‘whatsapp group’ kejiranan saya bahawa salah seorang jiran tetangga kami meninggal dunia di rumahnya.
Arwah seorang wanita berusia lewat 50-an meninggal dunia di sisi anak-anak dan menantunya saat sedang leka menonton televisyen bersama-sama. Anaknya bercerita bahawa ibunya itu tidak ada sakit yang serius atau kronik dan sebelum kejadian arwah masih lagi dalam keadaan sihat dan dapat berbual mesra bersama ahli keluarganya.
Namun, detik ajal tiba tepat pada waktu yang dijanjikan tanpa terlewat walau sesaat. Tiba-tiba ibunya bersandar di bahu anak perempuannya. Anaknya menyangka si ibu ingin bermanja atau bergurau tetapi keadaan menjadi kecoh apabila ibunya terus menggigil kekejangan. Setelah bantuan CPR dilakukan oleh anak-anaknya, ibunya tetap pergi bertemu Illahi dalam keadaan yang tiada siapa yang menjangkakannya.
Inilah di antara kisah-kisah kematian yang wajib kita ambil iktibar agar bersedia sentiasa. Ketahuilah, sesungguhnya mati itu tidak mengira..
Usia TUA ataupun MUDA,
Harta KAYA ataupun MISKIN,
Pangkat TINGGI ataupun RENDAH,
Badan SIHAT ataupun SAKIT dan
dalam keadaan kita BERSEDIA ataupun TIDAK..
Mati itu boleh berlaku kepada sesiapa saja secara tiba-tiba.. Mungkin esok, lusa ataupun selepas ini giliran kita hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. Kita yang hidup ini hanya mampu mengharapkan HUSNUL KHOTIMAH, kematian yang baik.
Mudah-mudahan begitulah hujung pengakhiran kita nanti. Aameen…”
-Ust. Rafie Zainal-
Pengerusi,
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia
Majlis Usrah Nur Fattah
013-322 7937
“Tak Boleh Penting Diri, Suami Isteri Perlu Bekerjasama..” – Mawi

Setiap orang pastikan mengimpikan untuk kekal bersama pasangan hidup hingga hujung nyawa. Sama juga buat pasangan penyanyi dan penyampai radio, Mawi dan isteri, Nora’ Asikin Rahmat.
Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tips keharmonian dalam rumah tangganya bersama isteri tercinta.
Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.
“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.
“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.
Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Nora’ Asikin atau Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.
Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi